Get Mystery Box with random crypto!

Tahniah Para Pemenang! Tahniah para pemenang! Anda memang kre | MyCARE 🇲🇾

Tahniah Para Pemenang!

Tahniah para pemenang!
Anda memang kreatif!

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Video Screenmaster 2022 yang telah diadakan secara atas talian pada hari ini iaitu hari Sabtu 30 April 2022 bersamaan hari ke-28 bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan Video Screenmaster 2022 ini.

Dari puisi hinggalah kompilasi foto, nasyid dan video telah dijadikan bahan untuk menghasilkan video kreatif masing-masing berdasarkan tema dan peraturan yang diberikan oleh penganjur.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan ringkas dan saranan oleh CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Bin Shaharul Anwar yang menekankan betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia membantu membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada genggaman Zionis bersama rakyat Palestin walapun kita berada jauh dengan menggunakan pelbagai cara termasuk penghasilan video seperti pertandingan ini.

Seperti yang kita maklum, salah satu cara membantu usaha tersebut adalah dengan menyantuni anak-anak yatim dan keluarga asnaf Palestine.

Pengurus Besar MyCARE, Puan Roha Hassan pula mengucapkan salam ukhuwwah dan tahniah kepada para peserta dan berharap dapat terus bekerjasama dari masa ke semasa.

Selanjutnya, dikongsikan Video Pemenang PERTAMA pertandingan Video Screenmaster ini.





Bagi menyaksikan video-video kreatif lain yang dihasilkan oleh para peserta, anda boleh menekan link yang kami kongsikan di bawah:-

https://youtube.com/playlist?list=PLHVDYbDxmdvcr8q7UeiDK89pdC3rFQXrA

"Nurturing Humanity, Making a Difference."