Get Mystery Box with random crypto!

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A ba | MyCARE 🇲🇾

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Rose2Rose dengan sukacitanya melancarkan Rose2Rose Motherhood Month (R2RMM)

Bersempena dengan hari ibu yang jatuh pada 8 Mei hari ini, Rose2Rose ingin mengajak rakyat Malaysia, untuk sama-sama menyayangi, menghormati, menghargai serta berbakti kepada para ibu. Rose2Rose mengangkat bulan Mei sebagai bulan keibuan, R2RMM.

Antara objektif R2RMM ini adalah untuk:
1) Mengiktiraf pengorbanan dan ketabahan seorang ibu.

2) Menunjukkan rasa sayang, prihatin dan penghargaan kepada ibu

3) Memberikan ketenangan di hati dan fikiran ibu-dengan menjadi anak yang baik serta bermanfaat dengan menabur bakti kepada orang sekeliling.

4) Membantah segala bentuk penindasan, penderaan fizikal, seksual dan mental terhadap ibu diseluruh dunia.

Marilah bersama-sama kami Rose2Rose meraikan ibu tidak kira sama ada ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat kerana setiap seorang ibu memiliki pengorbanannya yang tersendiri.

#ciumpelukibu
#terimakasihibu
#rose2rosemotherhoodmonth