Get Mystery Box with random crypto!

Telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri MyCARE Johor untu | MyCARE 🇲🇾

Telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri MyCARE Johor untuk meraikan rakan-rakan strategik MyCARE, para penyumbang terdiri daripada syarikat, masjid surau, institusi pendidikan dan orang perseorangan, aktivis dan para sukarelawan MyCARE.

Turut diadakan soft launching kempen kemanusiaan terbaharu bersama Econsave , Pelancaran MyQurbani Peringkat Johor, Penyerahan Mock Cheque daripada Rangkaian Tadika Iman, Rangkaian Tadika Darul Ilmu dan Pertubuhan AKRAB-PEKDIS Kulai.

Turut diserikan dengan kehadiran artis Ameng Spring dan kumpulan Buskers yang menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu raya serta lagu-lagu yang menggamit nostalgia.

Sidang akhbar turut diadakan melibatkan beberapa media seperti Bernama, TV3 dan Astro Awani.
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan membuka lebih banyak peluang kerjasama semua pihak dengan MyCARE.

Lihat album gambar di:
https://www.facebook.com/media/set?vanity=mycarejohor&set=a.3053749818207637