🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

*DO'A DI MUSIM HUJAN* Sediakan payung sebelum hujan.. Hafalk | Nasihat (Dakwah Sunnah)

*DO'A DI MUSIM HUJAN*

Sediakan payung sebelum hujan..

Hafalkan doa-doa bermanfaat sebelum gerimis menghilang..

A. Saat Angin Kencang

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺃﺭﺳﻠﺖ ﺑﻪ

ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﺃﺭﺳﻠﺖ ﺑﻪ

”Allahumma innii as’aluka khairaha wa khaira maa fiihaa wa khaira maa ursilat bihi.

Wa a’udzu bika min syarriha wa syarri maa fiihaa wa syarri maa ursilat bihi..”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan angin ini..

dan kebaikan yang terkandung padanya serta kebaikan apa yang dibawanya.

Dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya..

dan keburukan yang ada padanya dan keburukan apa yang dibawanya..”

(HR al-Bukhari: 899, at-Tirmidzi: 3449)


B. Bila Mendengar Petir

ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺴﺒﺢ ﺍﻟﺮﻋﺪ ﺑﺤﻤﺪﻩ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ
ﻣﻦ ﺧﻴﻔﺘﻪ

"Subhaanalladzi yusabbihur ra’du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatihi.."

“Maha Suci Allah yang petir bertasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat, kerana takut kepadaNya..”

(Shahih Mauquf; al-Muwaththa’: 2/992, Shahih al-Adabul Mufrad: 556 al-Albani)


C. Ketika Turun Hujan

”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan,

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻴﺒﺎ ﻧﺎﻓﻌﺎ

”Allahumma shayyiban nafi’an..”

"Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat..”
(HR al-Bukhari: 1032)


D. Apabila Hujan Lebat.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa,

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺣﻮﺍﻟﻴﻨﺎ ﻭﻟﺎ ﻋﻠﻴﻨﺎ,ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺂﻛﺎﻡ ﻭﺍﻟﻈﺮﺍﺏ ﻭﺑﻄﻮﻥ ﺍﻟﺄﻭﺩﻳﺔ ﻭﻣﻨﺎﺑﺖ ﺍﻟﺸﺠﺮ

“Allahumma hawaalaina walaa ’alaina. Allahumma ’alal aakami, wazh zhiraabi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari..”

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami.

Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan..”

(HR al-Bukhari: 1013, Muslim: 897)


E. Usai Hujan Turun.

ﻣﻄﺮﻧﺎ ﺑﻔﻀﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺭﺣﻤﺘﻪ

’Muthirna bi fadhlillahi wa rahmatihi..”

"Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.."

(HR. al-Bukhari: 846, Muslim: 71)

Sentiasa ada do'a kebaikan di setiap keadaan..

@nasihat_diri