🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

UBAT KUAT Semoga para pembaca tidak berfikir yang lain saat m | Nasihat (Dakwah Sunnah)

UBAT KUAT

Semoga para pembaca tidak berfikir yang lain saat membaca judul di atas. Penulis bukan sedang akan menjual ‘ubat’. Penulis hanya akan menjelaskan bahawa kesihatan dan kekuatan fizik, juga semangat hidup, itu bukan hanya dengan usaha fizik belaka. Seperti, mengambil makanan berkhasiat, ambil vitamin dan berolahraga. Namun ada faktor lain yang sangat penting, tapi malah kerap dilupakan. Apakah itu?

Antara lain:

1. Berdoa setelah bangun tidur, lalu berwudhu dan menunaikan solat

Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam menjelaskan,

“يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ ثَلاَثَ عُقَدٍ إِذَا نَامَ، بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ، عَلَيْكَ لَيْلاً طَوِيلاً، فَإِذَا اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، وَإِذَا تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَتَانِ، فَإِذَا صَلَّى انْحَلَّتِ الْعُقَدُ؛ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ”.

“Jika salah seorang kalian tidur, setan akan membuat tiga ikatan di tengkuknya. Setan mengencangkan setiap ikatan (sembari berkata), “Malammu masih panjang…”. Jika dia bangun dan mengingat Allah, maka akan lepas satu ikatan. Bila ia berwudhu maka akan lepas dua ikatan. Dan jika ia solat maka seluruh ikatan akan lepas. (Hasilnya) hari itu dia akan bersemangat dan bersih jiwanya. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan merasa malas”. HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu.

2. Membaca dzikir pagi dan petang

Di antara bacaannya:

“اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ”.

“Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kemalasan dan keburukan masa tua”[1]. HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu.

3. Membaca wirid sebelum tidur

Antara lain, wirid yang disebutkan dalam hadits Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu. Beliau mengisahkan bahawa Fathimah radhiyallahu’anha datang kepada Nabi shallallahu’alaihi wasallam untuk meminta pembantu. Beliau menjawab, “Mahukah engkau kuberitahu tentang sesuatu yang lebih baik untukmu dari itu? Bacalah sebelum tidur tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali”. HR. Bukhari dan Muslim.

Dalam kitab Mirqâtu al-Mafâtîh karya al-Mulla ‘Ali al-Qary dijelaskan bahawa wirid di atas boleh menghilangkan rasa letih akibat pekerjaan rumah tangga. Kerana itulah Nabi shallallahu ‘alaihiwasallam menjadikan wirid tersebut sebagai alternatif pengganti pembantu.

4. Menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhuma, bahwa Nabi shallallahu’alaihiwasallam bersabda,

“اِحْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ”.

“Jagalah Allah (dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya); nescaya Allah akan menjagamu”. HR. Tirmidzy dan beliau menyatakan hadits ini hasan sahih.

@nasihat_diri