Get Mystery Box with random crypto!

“Sayang, baju kotor semua dalam bakul nie ya?” tanya aku “Haa | QuoteTalks

“Sayang, baju kotor semua dalam bakul nie ya?” tanya aku

“Haah, oh dekat atas ada satu baju sayang sangkut belakang pintu” jawab isteri aku

Aku terus menaiki anak anak tangga untuk mengambil baju kotor isteri aku tanpa banyak soal lagi.

Setelah ambil, terus aku turun letak baju dalam mesin basuh beserta baju baju yang belum dicuci sekali.

“Eh bang, biarlah sayang basuh nanti esok”

“Takpe sayang, biar abang buat. Sayang rehat je.” jawab aku cuba untuk memujuk

Selesai menekan punat “start” mesin basuh, aku pergi ke arah peti ais. Lalu aku buka tengok lauk apa yang tinggal.

“Oh banyak dah habis” getus hati aku

Sementara tunggu mesin basuh siap cuci aku bersiap siap untuk ke supermarket. Tak jauh pun dari rumah. Jadi sempatlah beli lauk.

“Eh abang nak kemana tu?” Tanya isteri aku kehairanan

“Kejap sayang, abang nak beli lauk. Banyak dah habis abang tengok tu” jawab aku sambil mencapai kunci kereta

“Takpelah bang, nanti sayang boleh pergi beli sendiri”

“Takpe, nie kan tugas abang juga. Sayang tak perlu penat2 pun. Duduk rehat je ya” ujar ku memberi saranan untuk isteri aku berehat. Aku kasihan melihat dia, bangun awal pagi masak. Kemas rumah. Layan aku. Layan anak. Serba serbi dia buat. Kadang tengok dia langsung takde “me time”.

“Abang oke ke harinie? Sayang tengok takpernah2 abang buat semua harinie abang nak buat?” Soal isteri aku yang aku pasti sangat kehairanan

“Eh abang oke je, biar abang buat segala kerja sayang harinie ya” jawab aku menenangkan hati dia.

Sebab tu aku ambil keputusan untuk buat segala kerjanya, aku nak biar dia rehat je.

Aku menghidupkan enjin kereta lalu terus ke supermarket. Semasa memandu aku termenung memikirkan sesuatu.
Sebenarnya keadaan aku masa tu aku tak cukup duit, banyak masalah datang, bisnes jalan slow, orang mintak hutang lagi, banyak bil2 nak kena bayar.

Aku kusut.

Lagi entah kenapa aku rasa serba salah membiarkan isteri aku buat segalanya sebelum nie. Aku rasa bersalah sangat. Walhal itu tanggungjawab aku sebenanrya. Tugas aku.

Setelah aku ambil keputusan untuk bantu isteri aku, aku terus buat tanpa banyak soal. Aku cuba hilang kan rasa serba salah aku.

“Torn torn” bunyi horn kedengaran kuat dibelakang kereta aku. Ah lampu hijau rupanya. Aku khayal seketika di lampu isyarat.

Aku masuk gear D dan meneruskan perjalanan untuk kepasar.

Sampai sahaja di pasar, aku lihat dalam dompet aku ada RM50 sahaja, aku berkira kira lauk apa cukup untuk dibeli.

Tanpa memperdulikannya, niat aku cuba nak bagi isteri dan anak aku makan je.

Aku ambil ayam sekor, kepak sekilo, kaki ayam sekilo, sayur, bahan bahan mentah sedikit, telur sepapan, roti, dan beberapa barang kecil untuk anak aku.

“Cukup ke tidak nie?” Aku soal diri aku mengenangkan hanya ada RM50 sahaja dalam dompet.

“Semua sekali RM49.20”

Alhamdulilah ngam ngam! Aku tersenyum kerana duit yang aku ada cukup untuk keluarga aku.

Tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah. Sampai sahaja aku susun segala lauk pauk, simpan bahan bahan mentah, dan aku lihat mesin basuh sudah siap. Terus aku sidai baju.

“Alhamdulilah cuaca elok nie” ujar ku sambil melihat kelangit

Aku sempat menjengah isteri aku, rupanya dia perhatikan saja gerak geri aku dari tadi

“Terima kasih bang” sambil mengukirkan senyuman paling menawan aku rasa

Aku hanya mampu tersenggih saja. Hihi

Sejak haritu, esoknya secara tiba tiba aku rasa sesuatu yang lain. Rasa tenang je hati.

Bila aku fikirkan masalah2 yang aku hadap secara tak langsung aku jumpa jalan penyelesaian yang tak disangka.

Orang yang aku berhutang ada yang cakap bayar bila bila takpe, ada pulak yang halalkan, aku terkejut juga. Apa mimpi nie.

Bisnes aku yang slow, tiba tiba dapat perhatian. Pusat cuci kereta milik aku jadi tumpuan. Tempahan cuci kusyen juga dapat sambutan. Aku gembira dalam kehairanan.

Hari hari mendatang kemudian aku rasa sesuatu dalam hidup aku, terasa dipermudahkan urusan, masa aku yang selama nie rasa terkejar kejar menjadi banyak masa terluang. Aku luangkan sepenuhnya melayani isteri aku dan anak anak.