Get Mystery Box with random crypto!

Kerana rasa nie aku jumpa ustaz kebetulan dia datang beri tazk | QuoteTalks

Kerana rasa nie aku jumpa ustaz kebetulan dia datang beri tazkirah disurau aku. Dan aku menceritakan apa yang berlaku.

Ustaz tu cakap, itulah kelebihan seorang suami jika melayani isterinya. Mengalas tanggungjawab dan menunaikan nafkah sepatutnya.

Bukan hanya wang ringgit menjadi keutamaan, tapi dari segi rohani juga amat penting.

Jika hati isteri senang, maka urusan suami juga akan senang.

Aku bukanlah nak tunjuk yang aku mithali. Tidak sama sekali. Tapi ini pengalaman seorang suami yang melayani rohani isteri.

Kita tidak tahu bang, penat penat kita cari rezeki. Penat juga mereka melayani kita. Ada pula tu yang cari rezeki bersama. Lepas tu layan kau bang. Layan anak lagi. Layan rumah lagi. Penat.

Kita suami janganlah asyik menganggap isteri sahaja perlu taat pada suami. Tapi tanggungjawab kita yang sebenar benarnya kita tutup sebelah mata.

Lagi kalau sembang pasal poligami, semua nak tunjuk jaguh walhal yang satu pun terumbang ambing lagi. Ada pulak yang jenis melepak dengan kawan2. Ingat ingatlah. Isteri dan anak perlu perhatian kita.

Jangan macam tu ya para suami.

Tugas yang selama nie isteri buat itu hanya kerana dia membantu sahaja, kerana niat nak tolong kita. Lagipun hal ehwal urus keperluan rumah nie sunnah. Taknak pulak suami ikut ya.

Ingat, kebahagian suami terletak pada hati seorang isteri yang gembira.

Jadi inilah sebabnya kehidupan aku rasa teratur bila salah satunya aku telah melayani rohani isteri aku. Sungguh wanita itu memang perhiasan dunia.

Harap cerita nie dapat manfaat untuk semua para suami ya. So pilihan kita nak hidup dalam harmoni atau kucar kacir.

Sayangi isteri bukan hanya dengan ucapan tapi dengan perbuatan.

Begitulah.

-Saiful Bahari-
Saya sayang isteri saya

@QuoteTalks