Get Mystery Box with random crypto!

Bismillahirrahirrahmanirrahim. Malam ke 25 Ramadan. Doa yang b | Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah

Bismillahirrahirrahmanirrahim. Malam ke 25 Ramadan. Doa yang bakal dikongsikan sedikit panjang, namun mudahan tak jemu lidah ini mengungkap doa dan munajat kepada Allah..



Doa beserta Terjemahan yang dikongsikan oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani Hafizahullah
(Ramadan 1422 H)

اللهم هَذِه الَّليْلَة القَدْر أَقْبَلَتْ فَاقْسِم لي فِيْهَا خَيْرَ مَا قَسَمْتَ، وَاخْتِمْ لِي فِي قَضَائِكَ خَيْرَ مَا خَتَمْتَ، وَاخْتِم لِيْ بِالسَّعَادَةِ فِيْمَنْ خَتَمْتَ.

Ya Allah, telah datangnya malam al Qadar, maka bahagikanlah untukku kebaikan yang telah Kau bahagi-bahagikan padanya, akhirilah bagiku padanya dengan sebaik pengakhiran daripadaMu, dan akhirilah ianya bagiku dengan kebahagiaan seperti orang yang telah Kau berikan kepadanya pengakhiran dengan kebahagiaan.

اللهم اجْعَل اسْمِي وذُرِّيَّتِي فى هذه الليلة من السُّعَدَاء،
وَرُوحِي مع الشُّهَدَاء، وَإحْسَانِى فِى عِلِّيِّينَ، وَإِسَاءَتِي مَغْفُورَة.

Ya Allah, jadikanlah namaku dan zuriat keturunanku pada malam ini tercatat dalam kalangan orang yang berbahagia, rohku bertempat bersama para syuhada', segala kebaikanku tertulis dalam Kitab 'Illiyyin dan terampunnya segala kejahatanku.

اللهم افتح لي في هذه الليلة باب كل خير فتحته لأحد من خلقك وأوليائك وأهل طاعتك ولا تسده عني، وأرزقني رزقا تغيثني به من رزقك الطيب الحلال.

Ya Allah bukakanlah bagiku pada malam ini pintu segala kebaikan yang telah Kau bukakan sebelumnya kepada salah satu makhlukMu atau salah seorang auliya'Mu (kekasihMu) serta para ahli yang taat kepadaMu, dan janganlah Kau tutupinya daripadaku, rezekikanlahku dengan dengan rezeki yang baik lagi halal yang mana dengannya membantuku ke arah kebaikan .

اللهم ما قسمت فى هذه الليلة المباركة من خير وعافية وصحة وسلامة وسعة رزق فاجعل لى منه نصيبا، وما أنزلت فيها من سوء وبلاء وشر وفتنة فاصرفه عني وعن جميع المسلمين.

Ya Allah segala apa yang telah Kau bahagikan di malam yang diberkati ini daripada kebaikan, keafiatan, kesihatan, keselamatan, dan keluasan rezeki, maka jadikanlahku sebahagian yang mendapatkan keberuntungan daripadanya. Sementara apa sahaja kejahatan, bala, keburukan, dan fitnah, maka jauhilahku daripadanya dan daripada seluruh kaum Muslimin.

اللهم ما كان فيها من ذكر وشكر فتقبله مني وأحسن قبوله، وما كان من تفريط وتقصير وتضييع فتجاوز عني بسعة رحمتك يا أرحم الرحمين.

Ya Allah segala apa sahaja (kebaikan amalku) yang padanya ada zikir dan syukurku, maka terimalah ianya daripadaku dengan sebaik-baik penerimaan. Segala apa yang terkurang dan cacat celanya pada diriku, maka ku pohonkan agar Kau melepaskanku dari azabMu dengan berkat keluasan rahmatMu wahai Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi.

اللهم تغمدني فيها بسابغ كرمك، واجعلني فيها من أوليائك، واجعلها لي خيرا من الدهر مع عظيم الأجر وكريم الذخر.

Ya Allah Engkau meliputiku dengan keluasan kepemurahanMu, maka pada itu (nikmat kepemurahanMu) jadikanlah aku sebahagian daripada kekasihMu, jadikanlah padanya satu kebaikan yang lebih baik daripada yang pernah ku dapatkan sepanjang usia ini dengan keagungan ganjaranMu dan kepemurahanMu.

اللهم لا تصرفني من هذه الليلة إلا بذنب مغفور، وسعي مشكور، وعمل متقبل مبرور، وتجارة لن تبور، وشفاء لما في الصدور، وتوبة خالصة لوجهك الكريم.

Ya Allah jangan Kau memalingkanku (mengeluarkanku) daripada malam ini melainkan dengan dosa-dosa yang terampun, usaha-usaha yang diterima, begitu juga amalan-amalan yang diqabulkan dengan sebaik-baik qabul yang sempurna, perniagaan yang tidak merugikan selamanya, penawar bagi segala yang ada di dalam dada, dan taubat yang ikhlas semata-mata keranaMu Zat yang Maha Mulia.

الَّلهُمَّ اجْعَلنِي وَأَهْلِي وَذُرِّيَّتِي وَالمُسْلِمِينَ جَمِيْعًا فِيْهَا مِن عُتَقَائِكَ مِنْ جَهَنَّمَ وَطُلَقَائِكَ مِنَ النَّار.

Ya Allah jadikanlah bagiku keluargaku, zuriat keturunanku, dan seluruh kaum Muslimin menjadi sebahagian daripada mereka yang dibebaskan daripada neraka Jahannam dan dilepaskan daripada api nerakaMu.

اللهم اجْعَلْنِي فِى هَذِه الَّليْلَةِ مِمَّن نَظَرْتَ إِلَيْهِ فَرَحِمْتَهُ وَسَمِعْتَ دُعَاءَهُ فَأَجَبْتَهُ.