Get Mystery Box with random crypto!

Ya Allah, sesungguhnya kami berdoa kepadaMu dengan doa orang-o | Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah

Ya Allah, sesungguhnya kami berdoa kepadaMu dengan doa orang-orang yang berlutut kepadaMu, yang merendahkan jasadnya kepadaMu, yang hidungnya (nafasnya) menghembus namaMu, yang memenuhi kedua matanya denganMu. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menyingkapi keburukan (berpaling daripadanya) terhadap siapa-siapa yang menyeru kepadaNya.

يا ربنا اجعل خير أعمارنا آخرها، وخير أعمالنا خواتيمها، وخير أيامنا يوم أن نلقاك، واغننا بفضلك عمن سواك. اللهم ارزقنا شفاعة سيدنا محمد عليه أفضل الصﻻة والسﻻم، وأوردنا حوضه، واسقنا من يده الشريفة شربة هنيئة لا نظمأ بعدها أبدا. اللهم كما آمنا به ولم نره فلا تفرق بيننا وبينه حتى تدخلنا مدخله. اللهم اجزه عنا خير ما جزيت به نبياً عن قومه، ورسولا عن أمته، برحمتك يا أرحم الراحمين.

Wahai Rabb kami, jadikanlah yang terbaik daripada umur kami itu pada pengakhirannya, sebaik-baik amal kami adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari bertemunya kami denganMu, dan cukupilah kami dengan kurniaan-kurniaanMu sehingga kami tidak lagi memerlukan kepada selainMu. Ya Allah rezekikanlah kami syafaah junjungan kami Muhammad ke atas baginda sebaik-baik selawat dan salam, sampaikan kami kepada telaga baginda (al Kauthar), dan berilah kami minum daripada tangan baginda yg mulia dengan minuman yang pasti memuaskan sehingga kami setelah itu tidak lagi akan kehausan buat selama-lamanya. Ya Allah sebagaimana kami beriman kepada baginda Nabi dalam keadaan kami tidak pernah melihatnya, maka janganlah Kau pisahkan di antara kami dengannya sehinggalah dimasukkan kami (bersama Baginda) menerusi pintunya (Nabi saw). Ya Allah balasilah baginda Nabi dengan kebaikan atas apa yang telah dilakukan untuk kami sebagaimana kebaikan yang telah Engkau berikan kepada Nabi daripada kaumnya, Rasul daripada umatnya, dengan rahmatMu wahai yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi

اللهم كما بلغتنا رمضان، نسألك يا الله أن تجعلنا ممن وفق لقيام ليلة القدر وأن تجعلنا ممن وفق لدعاء في ليلة القدر وأن تجعلنا ممن استجيب دعائه. اللهم ارزقنا خيرها، وعفوها، وكرمها، وفضلها، يا الله، يا الله، يا الله. ربي إني طرقت بابك فإفتح لي أبواب سمواتك، وأجرني من عظيم بلائك.

Ya Allah sebagaimana telah Engkau sampaikan kami kepada Ramadan, maka kami bermohon kepadaMu ya Allah agar menjadikan kami sebahagian dari mereka yang Engkau terima untuk membangunkan ibadah di malam al Qadar, dan golongkanlah kami dalam kalangan orang yang diberi taufiq untuk berdoa pada malam al Qadar, dan masukkanlah kami bersama orang yang Engkau makbulkan doanya. Ya Allah, kurniailah kami kebaikan padanya (di malam al Qadar), kemaafan padanya, kemuliaan padanya, kurniaan keagungan padanya. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Wahai Rabbku. Sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu maka bukakanlah untukku pintu langitMu, dan peliharalah aku dari besarnya balaMu.

اللهم يا مسخر القوي للضعيف، ومسخر الجن لنبينا سليمان، ومسخر الطير والحديد لنبينا داود، ومسخر النار لنبينا إبراهيم، سخر لي عبادك الطيبين من حولي، وسهل لي أموري، وأرزقني من حيث لا أحتسب. ربي بحولك وقوتك و عزتك و قدرتك أنت القادر علي ذلك وحدك لا شريك لك.

Wahai Allah yang mempermudah kekuatan bagi orang yg lemah, yang menundukkan jin bagi Nabi kami Sulaiman, yang menundukkan burung dan besi kepada Nabi kami Daud, yang menundukkan api kepada Nabi kami Ibrahim, maka permudahkanlah bagi ku (mendekat kepada) hamba2Mu yang baik yang ada di sekelilingku, permudahkan urusanku, dan rezkikanlah ku dengan rezki yang tak disangka2. Ya Rabbku dengan dayaMu, kekuatanMu, kemuliaanMu, kekuasaanMu. Engkaulah Maha Kuasa atasku kerana Engkau itu yang satu tiada sekutu bagiMu.

يا ودود يا ودود ، ياذا العرش المجيد ، يا مبدئ يا معيد، يا فعالا لما يريد.