🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Keajaiban Sedekah Subuh 1. Masukkan derma seikhlas walaupun | Da'wah & Tarbiyah

Keajaiban Sedekah Subuh

1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu subuh.

Jangan tertinggal walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.

2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid, atau beri makan kepada anak yatim, orang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak menerima sumbangan.

Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan.

3. Waktu tiap kali menderma ke " Tabung Subuh " tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira ( elevated emotion).

Kemudian, ucapkan alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keyakinan.

Ingat, Allah Maha Mendengar.

Yakinlah bahwa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka sangka. ( oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta daripada pelbagai pintu dan arah.

Yakin juga bahwa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni ( Maha Kaya ) dan Al Mughni ( Maha Pemilik Kekayaan).

4. Jika tidak sempat sediakan " Tabung Subuh" di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau.

Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.

Dalam sesebuah hadis Nabi SAW, menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekali gus kerugian yang bakal dideritanya bila mana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda;

" Tidak ada satu Subuh- pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa:

" Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq. " , sedangkan yang satu lagi berdo'a " Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)"

( HR Bukhary 5/270 )

5. Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai tanda kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari.

Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik.

Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.

6. Berikan kefahaman kepada anak-anak kita untuk bersedekah dan memilik tabung subuh dan lagi baik masing-masing punya sendiri.

Mudah mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.