Get Mystery Box with random crypto!

Da'wah & Tarbiyah

Logo of telegram channel tarbiah — Da'wah & Tarbiyah D
Logo of telegram channel tarbiah — Da'wah & Tarbiyah
Channel address: @tarbiah
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 8.98K
Description from channel

Tanpa Tarbiah pasti Rebah!
Berdakwah dan ambil Ibrah!
Qowiy~
Journey to Jannah..
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Anything can direct
@vampireho
@Sofiamohdzain

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


The latest Messages

2022-09-01 03:18:45 Jangan terlalu ringan kalimah “kafir”, “munafiq” dan seumpamanya.

‎Allah mengingatkan kita dalam surah al-Hujurat ayat 11 :

‎ولا تنابزوا بالألقاب

‎“dan janganlah memanggil dengan gelaran yang buruk”

‎Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili رَحِمَهُ الله dalam tafsir beliau mengingatkan bahawa jangan guna kalimah kafir atau munafiq kepada orang Muslim, kerana itu boleh mengakibatkan kesan buruk kepada si pemanggil dan yang dipanggil.

#FawaidTadabbur
231 views00:18
Open / Comment
2022-09-01 03:06:58 Banyak bicara tak terluah,
kerana yakin tidak ramai akan memahami.

Tetapi mujur berimankan Allah.
Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

-HilalAsyraf
#share
246 views00:06
Open / Comment
2022-09-01 00:46:48
Ini antara doa yang diajarkan Nabi saw. baca doa ni pada waktu pagi selepas solat Subuh. Jom kita amalkan

#share
321 views21:46
Open / Comment
2022-09-01 00:44:47 Al-Quran bukan diturunkan untuk ustaz atau ulama’ sahaja. Bahkan diturunkan buat sekalian manusia.

Baca, fahami, amal.
Dengan syarat, kita menuntut ilmu. Perlahan-lahan mencari makna dan ruh al-Quran.
Insya Allah.

#share
322 views21:44
Open / Comment
2022-08-31 15:28:07 Jangan terlalu lama melontarkan diri ke zaman silam. Kerana kejayaan dibina dengan masa yang ada di hadapan, bukan di belakang.

Masa silam untuk diambil sebagai pengajaran. Adapun masa depan, untuk kita corak sebagai kejayaan.

#share
457 views12:28
Open / Comment
2022-08-30 10:42:56 Mengapi-apikan manusia supaya bergaduh adalah perbuatan yang sangat tidak baik.

‎Nabi ﷺ sebut ini adalah golongan orang jahat :

‎الشماءون بالنميمة، المفرقون بين الأحبة، الباغون البراء العنت

‎“orang yang suka mengadu domba, memecahbelahkan orang yang berkasih sayang, orang yang mencacatkan manusia yang suci dengan kata-kata yang jahat. (HR Ahmad : 17998)

‎Ini suatu jejak kotor yang ditinggalkan oleh tokoh besar perosak agama pada zaman Nabi ﷺ, iaitu Abdullah Ibn Saba’. Maka jangan kita ikutinya. Kelak kita akan berpecah belah. #FawaidHadith

#share
672 views07:42
Open / Comment
2022-08-30 10:42:39 Yang memiliki sifat Maha Mengetahui ialah Allah. Yang tidak tahu serba serbi itu kita.

Maka janganlah berduka terlalu lama dengan musibah yang kita hadapi kerana Allah aturkan perjalanan yang kita tak ketahui, tapi Allah Maha Tahu.

Dongak semula, kesat air mata. Ujian sebenarnya untuk jadikan kita kuat.

#share
620 views07:42
Open / Comment
2022-08-30 10:41:47 Kenapa perlu kita ziarah dan muliakan ulama' tua daripada yang muda

1. Kerana mereka lebih banyak beramal soleh
2. Kerana waktu mereka mengaji dulu, dunia tidak seperti sekarang
3. Kerana mereka pernah berguru dengan ulama' silam yang kita hanya dengar nama sahaja
4. Kerana mereka lebih lama mengajar dan mendidik anak bangsa
5. Usia mereka semakin lanjut, bila² masa sahaja Allah Taala boleh jemput

Jadi jangan kita sisihkan mereka dan hanya tumpu pada ulama' muda. InsyaAllah selagi masih ada ruang dan kesempatan, santunilah mereka sebaiknya dengan adab akhlak yang mulia.

Kata Allahyarham Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam "Pepatah Melayu sebut, patah tumbuh hilang berganti, tapi pepatah ini tidak 'valid' dengan ulama', kerana hilang mereka tidak akan berganti"

#KasihUlamak

Kredit : Tengku Yusuff
602 views07:41
Open / Comment
2022-08-29 13:36:25 TANDA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA.

قِيْلَ لِأَحَدِ الْعُلَمَاءِ: أَيُّ شَيْءٍ يَفْعَلُ اللهُ بِعَبْدِهِ إِذَا أَحَبَّهُ؟ قَالَ: يُلْهِمُهُ الْاِسْتِغْفَارَ عِنْدَ التَّقْصِيْرِ وَالشُّكْرَ لَهُ عِنْدَ النِّعْمَةِ

Seorang ulama ditanya,

“Adakah tanda jika Allah mencintai hamba-Nya?”

“Allah kan permudah dirinya beristighfar kala berbuat dosa dan bersyukur kala mendapat nikmat.”

Kredit : Kalam Sufi

#KalamUlama
706 views10:36
Open / Comment
2022-08-29 13:35:37 “Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini utk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu, ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yg penuh dgn kemunafikan dan pendustaan “

- Imam ibn At’thoillah As sakandari -

#share
@tarbiah
811 views10:35
Open / Comment