Get Mystery Box with random crypto!

Kenapa perlu kita ziarah dan muliakan ulama' tua daripada yang | Da'wah & Tarbiyah

Kenapa perlu kita ziarah dan muliakan ulama' tua daripada yang muda

1. Kerana mereka lebih banyak beramal soleh
2. Kerana waktu mereka mengaji dulu, dunia tidak seperti sekarang
3. Kerana mereka pernah berguru dengan ulama' silam yang kita hanya dengar nama sahaja
4. Kerana mereka lebih lama mengajar dan mendidik anak bangsa
5. Usia mereka semakin lanjut, bila² masa sahaja Allah Taala boleh jemput

Jadi jangan kita sisihkan mereka dan hanya tumpu pada ulama' muda. InsyaAllah selagi masih ada ruang dan kesempatan, santunilah mereka sebaiknya dengan adab akhlak yang mulia.

Kata Allahyarham Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam "Pepatah Melayu sebut, patah tumbuh hilang berganti, tapi pepatah ini tidak 'valid' dengan ulama', kerana hilang mereka tidak akan berganti"

#KasihUlamak

Kredit : Tengku Yusuff