🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Rahsia di sebalik solat 5 waktu SOLAT SUBUH Sabda Rasulull | Da'wah & Tarbiyah

Rahsia di sebalik solat 5 waktu

SOLAT SUBUH
Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya,
“Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepada nya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :
Dibebaskan daripada api neraka
Dibebaskan dari nifaq. (sifat orang munafiq)

SOLAT ZUHUR
Rasulullah s.a.w bersabda.
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat”

SOLAT ASAR
Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
“Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir”

SOLAT MAGHRIB
Selepas itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud,
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat dimana taubat Nabi Adam a.s diterima”

SOLAT ISYAK
“Seorang mukmin yang iklas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudia meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan”

Sabda Rasulullah s.a.w
“Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam mlam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahayang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath”

Marilah sesama kita jaga dan perbaiki solat semoga Allah menerima amalan kita
.
.
.
Sumber Jabatan Agama Islam Perak