🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Allah SWT mencipta setiap makhluk itu secara berpasang-pasanga | Da'wah & Tarbiyah

Allah SWT mencipta setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita, siang dan malam, langit dan bumi dan sebagainya. Akan tetapi, Allah SWT telah memilih manusia sebagai makhluk yang paling kerana dikurniakan akal fikiran.

Tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk menguji mereka dengan ditimpa ujian-ujian supaya Allah SWT mengetahui siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Di samping itu juga, Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki.

Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang paling besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita ini (yang bukan mahramnya), berdua-duan dengannya, bercampur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini, diperakui oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani bahawa wanita adalah fitnah yang paling bahaya berbanding selain daripada mereka. [Lihat: Jawahir al-Bihar, 668/2]

Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih.

Agama Islam telah mengajar atau meletakkan beberapa garis panduan dalam kepada kaum lelaki apabila berinteraksi dengan wanita dan begitu juga sebaliknya. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara kita daripada fitnah wanita ini serta menjadikan wanita-wanita Islam ini sebagai wanita yang solehah. Amin.

#share