🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

DOSA TERBUKA VS TERTUTUP. Ketahuilah, buat dosa tertutup dala | Da'wah & Tarbiyah

DOSA TERBUKA VS TERTUTUP.

Ketahuilah, buat dosa tertutup dalam keadaan malu diketahui orang ramai VS buat dosa terbuka menonton konsert HARAM & MAKSIAT Billie Eilish = tidak sama!

Maksiat yang dinormalisasikan terbuka, wajiblah ditegur terbuka. Jika ada kawan yang minum arak senyap-senyap dan kita terjumpa, itu tidaklah perlu buat status reveal maksiat tertutup.

Tetapi kalau maksiat itu dibuat terbuka dengan bangga, rasa biasa, orang like & share oleh tokoh awam, maka ini bahaya dan keliru!

Manakala unsur Irja' dalam kefahaman tersebut yang sememangnya usul aqidah Jemaah Tabligh perlulah ditegur terbuka juga. Lagipun memang si pelaku itu sememangnya mengaku dan diperakui Geng Jemaah Tabligh.

Supaya orang tahu perbuatan itu mungkar dan tahu asal usul kefahaman salah tersebut dari Jemaah Tabligh.

Ini bukannya disebabkan satu kesalahan satu ahli, kemudian disalahkan satu jemaah; tetapi ini kerana ajaran usul jemaah yang salah lalu dimanifestasikan oleh salah seorang ahli.

InshaAllah ada rezeki hari ini atau esok, saya senaraikan ringkas kekeliruan ajaran Jemaah Tabligh & Sufi.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta,
Semakin kenal depa, inshaAllah semakin benci.

Moga Allah menunjukkan kita Sirath al-Mustaqim.

Amin...

- Abu Harith Aiman Banna (AHAB)