🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Hai nk share 6 KESILAPAN APABILA MENGGUNAKAN PELEMBAB MUKA | Tips Skincare by HR

Hai nk share

6 KESILAPAN APABILA MENGGUNAKAN PELEMBAB MUKA

Ramai yang abaikan cara pemakaian pelembab muka dengan betul. Atau tak sedar yang cara rutin dia sebenarnya tak tepat.

1. Menggunakan facial oil sahaja untuk melembab
Walaupun facial oil sangat baik untuk menghidrat dan menenangkan kulit yang kering dan iritasi, tak bermakna boleh digunakan sebagai pelembab. Pelembab mengandungi ramuan yang menarik molekul air ke dalam kulit, sementara produk berasaskan minyak mengandungi bahan-bahan yang hanya merawat permukaan kulit.

2. Menggunakan pelembab semasa kulit kering
Pelembab lebih berkesan apabila kulit masih lembab sebab dapat serap lembapan dan menguncinya dalam jangka masa yang lebih lama. Korang mesti menggunakan pelembab sejurus selepas membersihkan muka sebab bila biarkan muka terdedah terlalu lama tanpa pelembab, lembapan semulajadi pada kulit akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.

3. Lapisan produk yang salah
Untuk mendapatkan manfaat dari produk, termasuk pelembab, produk korang perlu dilapis dengan betul. Dulukan krim yang paling ringan dan bersifat waterbased dan kemudian kepada yang lebih tebal teksturnya. Sebagai contoh, cleanser, serum, pelembab dan akhirnya sunscreen.

4. Exfoliate kulit tanpa melembab
Pengelupasan boleh menyebabkan gangguan pada skin barrier dan keradangan, menjadikan kulit lebih teruk. Gunakan pelembab untuk memulihkan tahap penghidratan.

5. Menggosok terlalu kuat
Pelembab kena diurut perlahan-lahan. Mengurut secara fizikal dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu penyerapan. Terlalu banyak menggosok boleh melemahkan fungsi skin barrier dan menyebabkan keradangan. Akibatnya kulit korang terdedah pada jangkitan bakteria dan fungus.

6. Tidak menggunakan pelembab yang sesuai dengan kulit
Pelembab terbaik ialah yang sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Korang boleh pilih apa saja jenis pelembab yang penting korang tahu kandungan mana yang paling sesuai untuk menangani masalah kulit korang.

Khadijah Mustafa

@Tips_SkincarebyHR