🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Semalam duk tawaf Guardian sebab ada diskaun 40% untuk skincar | Tips Skincare by HR

Semalam duk tawaf Guardian sebab ada diskaun 40% untuk skincare. Ini antara produk yang aku ambil, aku nak produk ANTIOKSIDAN.

1. Cosmoderm Bi Phased Toning Essence - RM15+
2. Nivea Recharging Night Cream - RM26+

Produk-produk yang mengandungi antioksidan (Viitamin E, Vitamin C, Ubiquinone dll) ni berfungsi untuk membantu mengatasi masalah-masalah kulit yang berpunca daripada UV termasuk:
1. Kulit kusam
2. Jeragat
3. Garis-garis halus.
4. Secara tak langsung juga membantu memudarkan parut-parut gelap jerawat

Kalau korang ada concerns seperti di atas, boleh cuba dua produk ni, digabungkan dengan amalan penggunaan sunscreen yang baik.

Tapi untuk kulit ACNE PRONE, kena beringat sebab Vitamin E boleh mencetuskan breakout sekiranya tak sesuai. Dua kedua-dua produk ini WANGI -- individu berkulit sensitif kena berwaspada.

Beli kat mak ataupun laki korang pun okay ni. Jangan laki jiran kau pulak Suruh dorang pakai dua ni pada waktu malam. Siang pakai SUNSCREEN.

Kanda Aziz

@Tips_SkincarebyHR