🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Tips Skincare by HR

Logo of telegram channel tips_skincarebyhr — Tips Skincare by HR T
Logo of telegram channel tips_skincarebyhr — Tips Skincare by HR
Channel address: @tips_skincarebyhr
Categories: Beauty
Language: English
Subscribers: 7.36K
Description from channel

I talked a lot about skincare and its creepy. Need tips on skincare etc ? Subscribe now.
🗣️ Promote Skincare : @PromoteSkincareHR
💅 Preloved Group : @PrelovedSkincarebyHR
💌 Paid Review / Gift Review / Giveaway Collaboration / Campaign : @BesidesNur

Ratings & Reviews

4.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 17

2021-10-29 15:58:24 ACNE SPOT TREATMENT

Kalau jenis yang kerap naik jerawat, tak kesah lah time period je ke atau time makan benda yang korang allergy je atau sebagainya, i suggest korang standby satu spot treatment product untuk acne korang tu.

Acne spot treatment ni adalah produk yang kita hanya apply kat acne je, bukan seluruh muka. Selalu nya active ingredients dia adalah benzoyl peroxide atau salicylic acid. Ni yang common lah ada kat drugstore.

Kalau jenis spot treatment untuk jerawat jenis bacterial infection selalu nya guna clindamycin atau tretinoin (Dalacin T/T3 Mycin/Tidact) tapi ni sejenis antibiotic so syiro taknak sentuh lah sebab ni kalau pharmacist atau doktor suruh pakai baru boleh pakai.

Okay, so ramai yang mengadu bila pakai acne spot treatment ni area jerawat jadi menggelupas lah hitam lah etc. Sebenarnya ada cara dia tau. Lain active ingredients akan work best untuk certain jenis acne.

1. Acne takde mata, for example like cystic acne

- go for AHA (lactic acid atau glycolic acid). You can use any exfoliating toner or serum yang ada kandungan AHA ni. Beginner pun okay je sebab ni kan spot treatment je.

2. Acne yang ada mata which you boleh nampak dia ada nanah/putih, for example like pustules

- this is when you boleh apply salicylic acid. Dia akan membantu jerawat tu jadi cepat masak and soothes redness around jerawat tu at the same time.

3. Acne yang dah pecah

- Haa, time ni baru boleh apply benzoyl peroxide sebab antara tiga-tiga ni, this one paling drying. So, tugas dia kat sini adalah untuk keringkan jerawat yang dah pecah tu.

Begitulah cerita dia. Takyah tanya contoh produk sebab kat drugstore berlambak, just kena rajin sikit je baca label sebab confirm ada terpampang kat packaging.

Cc : Syiro

@Tips_SkincarebyHR
1.1K views12:58
Open / Comment
2021-10-29 14:19:52 Hi guysss. Sapa yg free japgi jom join our zoom class. Tak lama pun just 1 hour je. Ni i kasi link terus

HIFU Malay Zoom Live Sharing

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/87027438319
Meeting ID: 870 2743 8319
Passcode: 778899

Collaboration with @Tips_SkincarebyHR
1.0K views11:19
Open / Comment
2021-10-28 16:38:17
Blemish treatment ni I pakai dekat atas jerawat hari2, pastu 7 hari camtu dh kecut! Nk lompat2 weh waktu tu.

Dahlah jerawat besar + merah, sakit pastu atas dahi pula tu, nk sujud time solat pun sakit

Skin I takdelah breakout teruk sangat, cuma ada masa mmg akan naik kat tepi pipi / atas hidung. Atas dahi paling sakit selalunya hahaha

Maybe sbb tak jaga pemakanan + time tu mmg tgh malas pakai skincare eheh. Wktu tu ada seketul tepi pipi, 2 ketul atas dahi.

After my acnes kecut, I akan continue routine without the blemish treatment but continue using ampoule & serum axis y.

Ampoule ni helps utk kurangkan redness & kuatkan balik my skin barrier, serum helps utk hilangkan scars & brighten the spots.

Una

@Tips_SkincarebyHR
1.1K views13:38
Open / Comment
2021-10-28 16:00:06 HATI-HATI BELI UBAT JERAWAT ATAS TALIAN TANPA KONSULTASI DAN PRESKRIPSI!

Semua orang ingin kulit yang cantik dan gebu. Jadi, di media sosial, bila ada orang yang kongsikan rutin penjagaan muka bagi merawat kulit muka berjerawat yang terbukti berkesan untuk mereka, lazimnya ia akan jadi tular, dikongsi ribuan kali.

Masalah timbul bila ada produk/ubat yang disyorkan itu mengandungi bahan terkawal yang mempunyai risiko kesan sampingan. Ia tidak sesuai untuk sesetengah pengguna, malah mendatangkan bahaya jika diambil tanpa pengetahuan dan pengawasan.

Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.
—EX: contoh produk
—TX: rawatan
—RX: preskripsi
—SE: kesan sampingan

1. Benzoyl Peroxide 5-10%
Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.
— EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.
— TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.
— RX: tak perlu preskripsi doktor.
— SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.

2. Clindamycin (sapuan)
Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.
— EX: Dalacin T, T3 Mycin
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: tak perlu preskripsi doktor
— SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

3. Tretinoin / Adalapene (sapuan)
Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.
— EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.

4. Antibiotik oral (kapsul/tablet)
Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.
— EX: Docycline, Tetracyclin,
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

5. Isotretinoin (kapsul)
Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.
— EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin
— TX: jerawat tahap teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.

Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.

Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

Wargamaya ditegah membeli ubat rawatan jerawat yang dikategorikan sebagai ubat terkawal dalam Akta Racun 1952, melalui jualan atas talian. Selain itu, disarankan juga agar pembeli berhati-hati dengan ubat alami tetapi tidak berdaftar. Bimbang dicampur bahan terkawal(eg: steroid, tretinoin)

Jika ada masalah jerawat yang teruk, dapatkan khidmat nasihat doktor dan farmasi. Kalian akan diberitahu semua maklumat ubat yang diberi kepada kalian. Perlu tahu sebelum ambil.

Utamakan kesihatan dan keselamatan, sebelum kecantikan!

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda

@Tips_SkincarebyHR
1.0K views13:00
Open / Comment
2021-10-27 16:25:08
Kalau korang baru nak ada skincare routine just mulakan dengan yang basic je dulu. Kalau confuse nak pakai mana dulu ingat this rule of thumb, pakai texture product yang cair sehingga texture yang pekat.

Ini urutan basic skincare routine.
• Cleanser
• Toner
• Serum (kalau ada any skin concern)
• Moisturiser
• Sunscreen

For my routine pulak sentiasa berubah ikut keadaan kulit. Gambar ni adalah my current routine, hari ni tak pakai moisturiser sebab kulit rasa gatal bila pakai semalam maybe sebab dok kemas habuk kat bilik.

Ini cuma basic sahaja. Tapi time rajin, saya ada 10 skincare steps nak ditepek tau haha

So listen to your skin ok

@Tips_SkincarebyHR
1.2K views13:25
Open / Comment
2021-10-27 08:15:06 Tips on how to reduce/avoid skincare pilling :

1. Apply turutan pemakaian skincare yg betul.

- always apply liquid product dulu, baru oil & cream based product

2. Wait for the product fully absorb dulu baru apply next step

- trick ni hanya apply between step moisturizer - sunscreen - foundation
- usually terjadi nya pilling ni sebab product yg tend to pilling tu tak fully set lagi you dah apply next step, maka nya jadi lah bergumpal

3. Adjust amount of application, elakkan apply terlalu banyak

- yang ni basic logic lah. Lagi banyak amount of product yg kita apply in each application, lagi lambat lah produk tu amik masa nak absorb.

4. Adjust cara apply produk tersebut

- produk yang memang tend to pilling ni lagi kita gosok beriye lagi lah senang dia jadi bergumpal. So my trick is korang spread untuk rata kan kat muka pastu dap dap je. Tak payah gosok beriye. Usually this trick works for sunscreen & foundation.

5. Exfoliate

- yes, exfoliation is one of way you boleh kurang kan risiko pilling sebab kulit yg banyak sel kulit mati ambil masa yg lebih lama utk product to fully absorb. Bila kulit properly exfoliate, our product dapat absorb dengan lebih baik.

Last but not least, kalau semua tips ni tak menjadi maka nya korang kena terima hakikat yg produk tu memang tak sesuai utk digunakan bersama dalam 1 routine. So, pandai pandai lah adjust guna dalam routine yg berlainan

Credit : Syiro

@Tips_SkincarebyHR
1.2K views05:15
Open / Comment
2021-10-26 16:06:01
Makeup Revolution Foundation! Saya tgk dalam youtube , t*ktok ig lawa gila gais! geram hakuh! lawoooo

Kalau korang tgk dia punya coverage ya ampun , sekali pakai je dah lawa . i never try this , but the effects and finishing yg saya tgk mmg cantik gila . korang pernah cuba ? cer share sikit , what do you think ? it worth to try ? baru nak mencuba lol

Harga im not sure , nanti kita tgk how much harga dia and i will share it with you guys ya! saboooo

People rated this :

_______________________________________________

Haa decide ler nak beli yg mana ? jangan ikut org erk! ikut skin and poket sendiri tak semestinya mahal je elok! remember that! kalau pekerja watson paksa ko ambik benda tak penting tu abaikan je , point ler tu! hahaha nak selamat shopping online sendiri pilih sendiri decide lol

Happy shopping!


@Tips_SkincarebyHR
297 views13:06
Open / Comment
2021-10-26 16:04:02
Makeup Forever Foundation! Kedaidadah juga

Foundation kedaidadah gak , harga tak mahal mana . sesuai utk daily use ya ibuk ibuk

Kategori affordable , tak mahal tak murah mcm loreal maybelline tu ler , range harga beshe beshe tp formula dia luar biasa

People rated this :
256 views13:04
Open / Comment
2021-10-26 16:03:01
YSL Foundation

High end foundation . Formula dia jenis tak berat sama mcm Dior tadi but dior lighter i think , cover all the flaws! great for oily skin but giving you a dewy finishing! exclusive gitu!

Harga ? hmmm eja balik benda ni sama mcm D I O R tadi?

RM Y S L ?

RMYves Saint Laurent ? Faham ? boleh agak tak?

People rated this :
257 views13:03
Open / Comment
2021-10-26 16:02:02
DiorSkin Foundation

High end foundation . Formula dia jenis tak berat , cover all the flaws! great for oily skin but giving you a dewy finishing! exclusive gitu , look makeup wet , basah basah mahal mcm model tu

Harga ? hmmm eja balik benda ni D I O R ?

D I O R ? Dapat ?

People rated this :
249 views13:02
Open / Comment