2021-10-11 16:57:01
Malam ni I nak share pasal centella.
APA ITU CENTELLA ASIATICA?
Centella Asiatica adalah tumbuhan herba yang tumbuh subur di iklim panas kerana ia tak berupaya tumbuh di kawasan beriklim sejuk. Ia berasal dari tanah lembap di kebanyakan negara tropika dan subtropika, tumbuh di kawasan paya termasuk di bahagian India, Pakistan, Sri Lanka, Madagascar, Afrika Selatan, Filipina dan Malaysia.
Ia dikenali dengan banyak nama, termasuk pennywort, tiger grass and gotu kola. Di Malaysia Centella Asiatica lebih dikenal sebagai "pegaga", sangat popular di kalangan orang Asia. Ia biasanya dimakan mentah dalam salad atau roti dan juga dijadikan jus.
Dengan wujudnya penyelidikan moden, ia digunakan dalam perawatan kulit. Centella Asiatica kini digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit, terutama jenama Korea. Ini kerana sifat penyembuhan kulit yang luar biasa yang dijumpai. Kita telah mula menggunakan tanaman ajaib ini dalam perumusan produk.
Kajian mengatakan Centella boleh digunakan dalam rawatan penyakit kulit. Kebanyakan kajian in vitro membuktikan centella dapat merangsang fibroplas, mengaktifkan Smadspathway, meningkatkan sintesis kolagen dan mempercepat penyembuhan luka.
Jadi if korang nak redakan merah-merah radang. Malah nak kecutkan pertumbuhan jerawat. Boleh masukkan kedua-dua produk ni dalam rutin penjagaaan kulit.
Reference ; DOI:10.1002/ptr.5110
Semoga bermanfaat
@Tips_SkincarebyHR
570 viewsedited 13:57