Get Mystery Box with random crypto!

Ahza Adhwa & Pelaburan

Logo of telegram channel ulasanekonomisaham — Ahza Adhwa & Pelaburan A
Logo of telegram channel ulasanekonomisaham — Ahza Adhwa & Pelaburan
Channel address: @ulasanekonomisaham
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.46K
Description from channel

Sebuah channel untuk mereka yang ingin belajar berkenaan ekonomi dan saham menerusi ulasan berita terkini.
Untuk persoalan boleh tanya pentadbir di @ahzaadhwa

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 2

2021-08-13 14:56:24 Hari ini Binance umumkan untuk menghentikan produk di Malaysia. Dengan tindakan Suruhanjaya Sekuriti membuat teguran awam (investor's alert) dan tindakan undang-undang (arahan menghentikan operasi di Malaysia), ini sekaligus memberitahu yang pihak berkuasa Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan wang deposit dan hal-hal lain berkaitan broker Binance.

Tapi, masih ada beberapa pelabur masih berdegil tidak mahu keluarkan wang daripada Binance. Guna broker Binance ni seperti guna broker forex tidak berdaftar. Tapi, broker forex tidak berdaftar ada pegawai pemasaran yang bertanggungjawab dalam operasi di Malaysia. Contohnya, ICM Capital, kita boleh cari Jamil Baharom kalau ada masalah deposit dan pengeluaran. XM Global, boleh cari Zulle untuk soalan kaitan operasi atau urusan lain-lain.

Kalau guna broker saham macam WeBull dan Tiger Broker, boleh utarakan masalah dengan Suruhanjaya Sekuriti US atau kalau syarikat ini bankrap boleh tuntut nilai aset semasa dengan SIPC. Sebagai warga asing, SIPC masih melindungi aset pelanggan yang layak dengan tuntutan sehingga 250k USD ikut penilaian semasa. Pada krisis perbankan tahun 2007-2008, syarikat broker MF Global muflis dan SIPC melancarkan pampasan terhadap 100% pelanggan MF Global yang berakhir tahun 2016. Kes lain seperti kes muflis Bernard L. Madoff Investment Securities LLC (syarikat ponzi yang dilindungi SIPC) juga mencapai 100% tuntutan yang dibayar SIPC. Walaupun begitu, potensi untuk syarikat yang dilindungi SIPC muflis ibarat menunggu satu individu memenangi "jackpot" kerana keberangkalian kes untuk terjadi yang sangat--- rendah. Tapi boleh tengok lah, kalau syarikat ponzi pun asalkan SIPC lindungi, mereka akan bayar, inikan pula syarikat broker yang menjalankan urusan perniagaan sah.

Pendek kata, kalau nak guna broker yang tidak dikawal selia di Malaysia, pelabur mesti ada langkah kedua atau rancangan tambahan untuk melindungi aset pelabur di dalam Binance. LATEST compliance Binance dalam negara tier 1 seperti US dan UK adalah tidak WUJUD kerana Binance diharamkan oleh negara-negara penting ini. Financial Service Authority (UK) dan Suruhanjaya Sekuriti US masing-masing mengharamkan Binance.

Kalau saya cari broker tidak dikawal atur di Malaysia, tidak dikawal atur di US dan UK ini saya memang dah tarik diri. Banyak lagi broker berdaftar lain saya boleh cari.
231 views11:56
Open / Comment
2021-08-03 09:23:42 Siapa yang tinggal di Kedah boleh hubungi Farmasi Aurora untuk dapatkan stok ujian kendiri Covid-19.

https://www.facebook.com/farmasi.aurora.3

Owner baru restock. Senang guna. Ujian kendiri ni cepat habis. Dapatkan segera ya.
233 views06:23
Open / Comment
2021-08-01 11:00:41 Huobi Labuan, dilesenkan oleh Labuan Financial Services Authority kepada Huobi Labuan Limited. Lesen Labuan FSA tidak boleh digunakan untuk penyediaan servis kepada rakyat Malaysia. Labuan FSA adalah entiti offshore yang bermakna Huobi Labuan boleh menjalankan operasinya di W. P Labuan dan luar Malaysia.

Bawak lari aset dari Binance ke Huobi Labuan juga tidak bererti aset anda selamat daripada tindakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
610 views08:00
Open / Comment
2021-07-31 10:35:55 Perkembangan terkini kait Covid-19:

1. Ketua Epidiomologi Ireland semalam mengatakan bahawa sekatan ekonomi sebab virus Covid-19 boleh berpanjangan hingga 15 tahun.

2. WHO memberi amaran bahawa Delta varian adalah tanda awal virus SARS-COV-2 untuk terus wujud di dalam masyarakat.

Ps tapi ramai ingat bila kita sebut virus Covid terus wujud ni anggap perkara remeh. Untuk tunjukkan makna "behind the lines"
1. Pekerja syarikat akan mengambil cuti lebih seminggu sebab kena kuarantin.
2. Kadar kematian hanya akibat Covid-19 akan sentiasa 200 - 400 orang sehari.
3. Wad ICU akan sentiasa penuh akibat penyakit Covid-19.

Ini yang pakar kata "virus SARS-COV-2" akan terus wujud dalam masyarakat dan "kita mesti hidup" dengannya.

Bukannya jadi normal macam biasa bo....

@ulasanekonomisaham
179 views07:35
Open / Comment
2021-07-30 11:55:45 TERKINI: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini mengarahkan Binance Holdings Limited (didaftarkan di Cayman Islands), Binance Digital Limited (didaftarkan di UK), Binance UAB (didaftarkan di Lithuania) dan Binance Asia Services Pte Ltd (didaftarkan di Singapura) untuk MENGHENTIKAN PENYEDIAAN SERVIS UNTUK RAKYAT MALAYSIA termasuk semua jenis promosi dan semua jenis aktiviti untuk rakyat Malaysia dalam tempoh 14 hari daripada 26 Julai 2021.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini juga mengeluarkan notis untuk pelabur Malaysia mengeluarkan semua baki wang dan aset dari dalam Binance dan kumpulan syarikatnya dengan serta merta.

Ps baik withdraw cepat sebelum tindakan SC. Nanti duit kena beku kejung dalam Binance.

@ulasanekonomisaham
260 viewsedited  08:55
Open / Comment
2021-07-30 11:14:37 ​​Kita ada perkembangan terkini berkenaan dengan virus SARS-COV-2 yang membawa penyakit Covid-19. CDC US semalam telah keluarkan amaran segera dengan perkataan di highlight bahawa varian Delta daripada virus SARS-COV-2 boleh dianggap seperti virus baru sepenuhnya. Walaupun ianya adalah variasi daripada SARS-COV-2, tetapi kemampuan penyebarannya menyamai virus yang membawa Chicken Pox. CDC US juga mewajibkan pemakaian pelitup muka walaupun untuk orang yang telah menerima dua dos vaksin.

Pendedahan ini adalah yang terkini berdasarkan data semasa.
577 views08:14
Open / Comment
2021-07-29 18:11:13 ​​US PENDING HOME SALES REPORT
103 views15:11
Open / Comment
2021-07-29 18:09:45 US GDP QoQ Advance Actual 6.5%, Forecast 8.4%, Previous 6.4% (DXY weakened)
Goldman Sachs: Moderates perspective on China offshore equity markets from "overweight" to "market weight", reiterates overweight on Chinese A-shares.
109 views15:09
Open / Comment
2021-07-29 14:25:40 Ada yang pegang saham kait komoditi besi, copper, aluminium ke?
235 views11:25
Open / Comment
2021-07-29 14:24:28 CHINA RELEASED 170K TONNES OF COPPER, ALUMINIUM AND ZINC FROM STATE RESERVES, ACCORDING TO THE NATIONAL RESERVES ADMINISTRATOR.
233 views11:24
Open / Comment