Get Mystery Box with random crypto!

#Undi18

Logo of telegram channel undi18 — #Undi18 U
Logo of telegram channel undi18 — #Undi18
Channel address: @undi18
Categories: Telegram
Language: English
Subscribers: 1.29K
Description from channel

Pemerkasaan demokrasi bermula dengan anak muda. We are a non-partisan platform that’s building a movement of champions for democracy. #Undi18
For more info about what we do, follow here > https://linktr.ee/Undi18

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


The latest Messages 10

2022-01-14 10:40:32 Kenyataan Media Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional 14 Januari 2022
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Harus Bebas dan Telus Dala
m Siasatan Terhadap Tuduhan ke atas Tan Sri Azam Baki
230 viewsQyira Y, 07:40
Open / Comment
2022-01-14 09:25:47


RADIANT HOPE (VERSI BM): 50 SET PERCUMA UNTUK DIMENANGI! MOHON SEKARANG!

Sebagai meraikan pelancaran versi BM, Reef Stakes akan menyumbangkan 50 set secara PERCUMA (beserta pos) kepada individu/organisasi yang memerlukannya dalam kerja hakiki mereka. Ini termasuk guru-guru, pemandu pelancong, ahli konservasi dan sebagainya.

Kami mengalu-alukan permohonan daripada individu/organisasi dari seluruh Nusantara yang melaksanakan pendidikan alam sekitar. Ini termasuk dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan mana-mana negara yang berbahasa Melayu.

Untuk memohon, mudah sahaja, lengkapkan borang permohonan di pautan berikut dan anda akan dihubungi oleh Reef Stakes jika dipilih:

https://forms.gle/HetEi8MUfkxgkoj58

Jangan lupa kongsikan juga dengan individu/organisasi yang mungkin terlibat dalam pendidikan alam sekitar!
12 viewsQyira Y, 06:25
Open / Comment
2021-12-30 09:19:47 Kenyataan Media Sekretariat Solidariti Rakyat - 30 Disember 2021

#Lawan Untuk Ruang Demokratik Rakyat, 16 Anak Muda Saman Kerajaan


Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) telah menyaman Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas salah laku mereka yang menahan peserta-peserta "Malam Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi" pada 19 Ogos yang lepas. Malam tersebut yang sepatutnya menjadi malam memperingati 13,385 rakyat Malaysia yang telah pergi akibat Covid-19 bertukar menjadi malam pihak polis yang menahan para peserta dengan kasar dan ganas.

16 orang anak muda yang terlibat bersolidariti pada malam itu telah memfailkan writ saman kepada kerajaan Malaysia dan PDRM pada 30 Disember di atas faktor berikut:

1. Penangkapan yang salah
2. Serangan yang tidak wajar
3. Pelanggaran hak perlembagaan di bawah Perkara 5, 8, 9 dan 10
4. Pelanggaran tanggungjawab berkanun
5. Salah laku jawatan awam


“Saya telah melihat bagaimana peserta diheret, ditengking dan didera oleh pihak polis pada malam itu. Ini bukanlah ciri negara yang demokratik dan kerajaan yang “prihatin”. Malam peringatan itu adalah cerminan derita rakyat di luar sana. Tapi tindak balas kerajaan bukanlah untuk mengerti dan menyelesaikan masalah rakyat tapi untuk mendiamkan tangisan mereka. Bukankah kerajaan itu harus adil dan mengerti? Bukankah zalim kalau keperitan kita semua diabaikan begitu sahaja?” - Asraf Sharafi, jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat

Kejadian pada malam tersebut adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya terjadi memandangkan peserta yang terlibat hanya ingin mengenang rakan-rakan, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa Covid-19. Hanya sekadar menyalakan lilin, membaca puisi dan meletakkan bunga ros sebagai simbolik telah dilayan dengan kasar sehingga ada yang dikasari serta diheret. Malah disebabkan tangkapan tersebut peserta diletakkan dalam keadaan yang lebih tidak selamat dengan terpaksa duduk berhimpit di tempat tertutup.

“Kes ini amat penting untuk dibawa ke mahkamah kerana kes ini merupakan cerminan kepada doktrin pembahagian kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Kekhilafan dan salah laku oleh mereka yang berkuasa haruslah disemak dan diimbang. Tingkahlaku pihak PDRM pada malam 19 Ogos menunjukkan salahguna kuasa yang ketara dan pengabaian akan hak asasi setiap rakyat Malaysia yang sedia ada dalam Perlembagaan kita.” - New Sin Yew, Peguam, AmerBON Advocates.

Kami ingin sekali lagi tegaskan bahawa ruang demokrasi jangan ditutup walaupun ketika musim pandemik malah ia perlu dipandu. Pihak polis selaku penjaga keselamatan awam malah harus lebih meraikan pihak-pihak yang ingin menggunakan ruang tersebut untuk menuntut pertanggungjawaban kerajaan dan bersolidariti atas kesusahan yang menimpa rakyat.

Dikeluarkan oleh:
Sekretariat Solidariti Rakyat
119 viewsQyira Y, 06:19
Open / Comment
2021-12-30 09:08:55 SIDANG MEDIA SEKRETARIAT SOLIDARITI RAKYAT: #Lawan Untuk Ruang Demokratik Rakyat, 16 Anak Muda Saman Kerajaan

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) telah menyaman Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas salah laku mereka yang menahan peserta-peserta "Malam Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi" pada 19 Ogos yang lepas. Malam tersebut yang sepatutnya menjadi malam memperingati 13,385 rakyat Malaysia yang telah pergi akibat Covid-19 bertukar menjadi malam pihak polis yang menahan para peserta dengan kasar dan ganas.

LIVE: https://www.facebook.com/MyUndi18/videos/649837106455056/

https://t.me/LawanMsia
163 viewsQyira Y, 06:08
Open / Comment
2021-12-29 07:33:57 CHECK YOUR EMAIL

Results are out! Be sure to check your spam folders too!

SEMAK EMEL ANDA

Keputusan telah keluar! Pastikan anda menyemak folder spam anda juga!

#DemokrasiLab #UNDI18 #InnovateDemocracy
263 viewsCharlene, 04:33
Open / Comment
2021-12-29 07:33:52
267 viewsCharlene, 04:33
Open / Comment
2021-12-28 06:28:42 APPLICATIONS CLOSED

Thank you for all your applications! Keep an eye on your email inbox this week for the results!

PERMOHONAN DITUTUP

Terima kasih atas permohonan anda! Pastikan anda menyemak peti masuk emel anda minggu ini bagi mendapat keputusan!

#DemokrasiLab #UNDI18 #InnovateDemocracy
314 viewsCharlene, 03:28
Open / Comment
2021-12-28 06:28:36
292 viewsCharlene, 03:28
Open / Comment
2021-12-23 13:12:01
Arkib video Demokrasi Lab

Pakar bagi Cabang 3, Menggalakkan Keterangkuman dalam Politik Malaysia ialah Jernell Tan daripada All Women's Action Society (AWAM) !

Mempunyai minat untuk menggalakkan keterangkuman dalam politik Malaysia? Mohon sekarang di demokrasilab.net sebelum 24 Disember 2021 (Jumaat), 11:59 malam!

Demokrasi Lab’s video repository

The subject matter expert for Track 3, Promoting Inclusivity in Malaysian Politics is Jernell Tan from All Women's Action Society (AWAM) !

Want to promote inclusivity in Malaysian politics? Apply now at demokrasilab.net before 24 December 2021 (Fruday), 11:59 pm!

#DemokrasiLab #UNDI18 #InnovateDemocracy
156 viewsCharlene, 10:12
Open / Comment
2021-12-23 03:41:59
188 viewsQyira Y, 00:41
Open / Comment