🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 138

2021-03-02 11:47:06
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 (𝗣𝗝𝗠) : 𝟱 𝗗𝗜𝗩 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗧𝗗 𝗞𝗘-𝟴𝟴

TAWAU, 2 Mac 21 – Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) menerusi Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Briged) dengan kerjasama Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu (26 RAMD) bersama pihak KAFA Nurus Shuhada telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan baik pulih dan mengecat semula kelas KAFA Nurus Shuhada di Tawau, Sabah mulai 25 Feb 21 hingga 1 Mac 21 bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat (HTD) ke-88.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=287486839461916&id=116434123233856

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraDanRakyatBerpisahTiada
#TenteraDaratMalaysia
136 views08:47
Open / Comment
2021-03-02 07:08:39
𝗘𝗞𝗦 𝗧𝗔𝗖𝗢𝗣 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟭 : 𝗦𝗘𝗞𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 - 𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦

𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗱𝗮𝗿𝗮 – merupakan teknik yang digunakan untuk menghantar bekalan muatan ke pasukan barisan hadapan dengan menggugurkannya melalui pesawat udara ke kawasan operasi atau Zon Pengguguran (DZ).

Seksyen Hantaran Udara (SHU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan bahagian yang bertanggungjawab memastikan bekalan muatan yang diperlukan oleh barisan hadapan sampai dengan pantas dan berkesan agar operasi ketenteraan yang dirancang dapat dilaksanakan.

Teknik pengguguran yang biasa digunakan ialah teknik pengguguran udara Heavy Equipment (HE), Container Delivery System (CDS) dan Low Cost Low Altitude (LCLA) yang akan digugurkan melalui Pesawat Angkut C-130 ataupun A-400M.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5143149549089699/

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraDaratMalaysian
#TenteraUdaraDirajaMalaysia
157 views04:08
Open / Comment
2021-03-02 03:02:56
𝗧𝗘𝗠𝗨𝗕𝗨𝗔𝗟 𝗘𝗦𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 : 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔

Saksikan siaran langsung 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 di 𝗧𝗩𝟭, 𝗷𝗮𝗺 𝟵.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 ini bersama Menteri Kanan Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bagi mengupas tajuk : Setahun Malaysia Prihatin (Kementerian Pertahanan) : Kedaulatan Terpelihara, Rakyat Sejahtera.

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
#MindefMalaysia
154 views00:02
Open / Comment
2021-03-01 12:13:17
𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘-𝟴𝟴 - 𝗦𝗜𝗡𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 : 𝗧𝗨𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

PORT DICKSON, 1 Mac 21 - Pada hari ini genablah 88 tahun Penubuhan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan bagi meraikan tarikh keramat penubuhan itu, Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-88 telah berlangsung di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan yang sinonim sebagai tempat lahir TDM manakala Port Dickson pula merupakan bandar yang diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat.

Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang digariskan oleh kerajaan, perbarisan pada kali ini diadakan secara statik dan berskala kecil dengan hanya 120 Pegawai dan 856 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Kol Zulmadi bin Ariffin serta telah sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5140004566070864/
199 views09:13
Open / Comment
2021-03-01 07:49:57 𝗦𝗞𝗨𝗔𝗗, 𝗦𝗜𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 !! - 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 - 𝟭𝟵 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 & 𝗔𝗧𝗠

Saksikan perjalanan program vaksinasi Covid-19 Peringkat Kementerian Pertahanan & Angkatan Tentera Malaysia secara eksklusif. Liputan khas oleh tim Skuad, Siap Sedia!! di saluran YouTube Angkatan Tentera Malaysia.





#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
#LindungDiriLindungSemua
#SkuadSiapSedia
177 views04:49
Open / Comment
2021-03-01 04:44:28
171 views01:44
Open / Comment
2021-03-01 04:44:18 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗠𝘆𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮

Proses pendaftaran vaksinasi melalui MySejahtera dalam 5 langkah mudah.

Ketahui lebih lanjut mengenai program imunisasi kebangsaan di:

www.vaksincovid.gov.my

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
#LindungDiriLindungSemua
165 views01:44
Open / Comment
2021-03-01 04:18:01
188 views01:18
Open / Comment
2021-03-01 04:17:44 𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini. Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/295556095328261

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraDaratMalaysia
184 views01:17
Open / Comment
2021-03-01 02:28:29
309 views23:28
Open / Comment