Get Mystery Box with random crypto!

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 140

2021-02-25 05:59:13 𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛

Ragu-ragu pada vaksin COVID-19...Ayuh tonton Forum Perdana Ehwal Islam malam ini 25 Feb 21 jam 9.00 malam ( Tv1 RTM - Radio Televisyen Malaysia ) bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamd-Al Bakri dan ahli panel lain.

#LindungDiriLindungSemua
#JagaNegaraKita
53 views02:59
Open / Comment
2021-02-24 16:07:16
79 views13:07
Open / Comment
2021-02-24 16:03:49 https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5106679656070022/

𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 - 𝟵𝟰 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵

MELAKA, 24 Feb 21 - 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT), Kem Terendak yang merupakan Pusat Simpanan Vaksin (PSV) ATM telah menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekitar jam 11 pagi tadi.

Menurut Pegawai Memerintah 94 HAT, Brig Jen (Dr) Hj Muhamed Hatta bin Hj Manis berkata 94 HAT menerima fasa pertama sebanyak 390 vial (bebuli) vaksin dengan setiap vial menghasilkan 6 dos. Ini menjadikan keseluruhan 2340 dos bagi kegunaan 1170 frontliner melibatkan kakitangan kesihatan dan anggota tentera yang bertugas di sekitar Kem Terendak, Melaka.

Vaksin berkenaan telah dibawa daripada Hospital Besar Melaka dengan diiringi oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia dan juga Polis Tentera.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
#kitajagakita
#LindungDiriLindungSemua
74 views13:03
Open / Comment
2021-02-24 15:46:23 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗘𝗝𝗔𝗦 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵

SIMUJAN, 23 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) yang dirancang diseluruh negara terutama dalam membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Berita lanjut layari:

https://www.airtimes.my/2021/02/23/tentera-darat-komited-laksana-projek-jiwa-murni-bantu-rakyat-terjejas-covid-19/

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
#LindungDiriLindungSemua
70 views12:46
Open / Comment
2021-02-24 11:53:24
https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5105869749484346/

𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔..... 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔

Kita tidak perlu hidup dalam ketakutan, penawarnya mungkin tiada, tapi vaksinnya adalah usaha kita untuk kembali normal seperti biasa. Perubahan dan penerimaan itu terletak pada diri sendiri....
Kita boleh mengubahnya

*LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA*

Kredit: RTM - Radio Televisyen Malaysia

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
22 views08:53
Open / Comment
2021-02-24 11:48:41
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 (𝗣𝗝𝗠) : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗗 𝗞𝗘-𝟴𝟴

GEDONG, 24 Februari 2021 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah malancarkan Projek Jiwa Rakyat bersempena Sambutan Hari Tentera Darat ke – 88 yang bertemakan “Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara” dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan rumah seorang penduduk kampung Gedong, Sarawak semalam.

Encik Rahim bin Bujang Ahmad yang menghidapi penyakit strok tingal di rumah yang usang dan kesusahan yang dialaminya telah menarik perhatian ADUN Gedong untuk membantu keluarga Encik Rahim ini dengan membaik pulih kediaman beliau melalui bantuan kepakaran dari pasukan Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5103962979675023/
26 views08:48
Open / Comment
2021-02-24 11:45:30
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 : 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦-𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Malaysia telah membuat perolehan vaksin COVID-19 dari beberapa syarikat pharmaseutikal antarabangsa bagi menjayakan Pelan Vaksinasi Kebangsaan.

Sumber infografik daripada:
BERNAMA

#ATMSentiasaBersepadu
#LindungDiriLindungSemua
27 views08:45
Open / Comment
2021-02-24 04:53:28 𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 - 𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔

93 Depot Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera (93 DPP AT) merupakan antara lima lokasi bagi ATM sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) telah menerima Vaksin COVID-19 buatan Pfizer-BioNTech berjumlah sebanyak 4,680 dos bagi fasa pertama pada 22 Feb 21.

Layari link berikut untuk berita lanjut:




#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#JagaNegaraKita
#LindungDiriLindungSemua
56 views01:53
Open / Comment
2021-02-24 04:06:38
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 : 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔

Bersama-sama kita menjaga keselamatan diri, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia. Jangan lupa untuk mendaftar program vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

https://fb.watch/3RkLOpqgJe/

#ATMSentiasaBersepadu
#LindungDiriLindungSemua
#BersamaPerangiCoVid
68 views01:06
Open / Comment
2021-02-23 17:13:59 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗟𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 - 𝗡𝗣𝗥𝗔

Bagi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), badan yang mengambil tanggungjawab menjadi penentu kepada kebenaran untuk penggunaan vaksin itu, ada juga kumpulan yang tidak dibenarkan mengambilnya, termasuklah bagi vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang dipanggil COMIRNATY.

Berita lanjut layari Berita Harian Online

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/789401/ada-kumpulan-tidak-digalakkan-ambil-vaksin-npra
70 views14:13
Open / Comment