🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Dakwah Jari Jemari✍

Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍ D
Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍
Channel address: @dakwah_jarijemari
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.58K
Description from channel

Kami hanya menyampaikan apa yang perlu, tidak sehebat ulama'. Cuma insan biasa yang mencari erti kehidupan 💐
❤️ "Dari Jari Sampai Ke Hati" ✍
Semoga jari kami bermanfaat buat anda semua 😊

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 50

2021-09-26 04:26:20 Assalammualaikum wbt ,
Sedikit Nukilanku Untuk Semua…

Berhijrahlah kita segera kerana waktu kita makin suntuk, Nyawa kita Terlalu Murah Kini , Seperti Nyawa Di Hujung Tanduk , Bila2 Masa Sahaja Akan Diambil .

Jika dahulu kurang bersedekah
Maka Segerakanlah Sedekahmu,

Jika Dahulu kurang membaca Quran
Maka Segerakanlah Membaca Quran

Jika Dahulu tidak menjaga solat
Maka Jagalah Solat Di awal waktu

Jika Dahulu Tidak Menyantuni Org Sekeliling
Maka Segerakanlah Menyantuni Mereka

Wahai Sayang Semua,
Berhijrah Bukan Kerana Ingin Baik Dari Orang Lain,
Tetapi Berhijrah Kerana Ingin Baik Dari Sebelum Ini Utk Diri Kita .

Coretan Pagiku
Puan Saira

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
58 viewsSrikandi , 01:26
Open / Comment
2021-09-26 02:06:39 Minta ampun pada setiap waktu dan saat.

Pada setiap maksiat ada keburukan bagi si pelakunya walaupun maksiat tersebut telah dilupakannya.

Dia akan merasa sempitnya hati, tiada berkat dalam hidup dan sukar mengamalkan ibadah.

Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya sentiasa beristighfar setiap waktu terhadap dosa-dosa kita yang kita ingat walaupun yang telah kita lupakan.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
50 viewsSrikandi , 23:06
Open / Comment
2021-09-25 19:53:23 Pernah terfikir tak?
Ibu ayah kita dijemput Ilahi
Adik beradik kita tiada disisi
Sahabat² kita
Kawan² kita
Orang² sekeliling
Insan² yang kita sayang
Pergi buat selamanya
Pergi dan tidak akan kembali.

Bagaimanakah keadaan kita?
Diri kita, hati, akal, dan jasad.
Dan pernah terfikir atau tidak
Kita yang dicabut nyawanya
Apakah persiapan diri kita?
Amal ibadah?
Dosa pahala?
Apa akan berlaku selepas itu?

Tangisan?
Gelak tawa?
Senda gurau?
Percakapan?
Perbuatan?
Mereka yang mengenali kita,
Adakah akan ada di sisi kita?
Di saat² akhir nafas kita?

Adakah kita sudah bersedia atau tidak?

Muhasabah diri

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
52 viewsSrikandi , 16:53
Open / Comment
2021-09-25 16:43:31
Akan sampai satu zaman yang susah untuk mendapatkan tiga perkara

Persaudaraan kerana Allah, satu Dirham yang halal dan ilmu yang bermanfaat.

-Mafhum Hadis Nabi SAW-

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
57 viewsSrikandi , 13:43
Open / Comment
2021-09-25 15:38:53 Kalau mahu berkawan, biarlah kerana Tuhan. Jangan kerana sebarang kepentingan. Jangan sekali pun cuba mengambil kesempatan.

Sucikan niatmu kerana Allah. Ikhlaskanlah hati dalam berukhuwah.

Kalau mahu berkasih, pastikan niatmu jernih. Biar tulus asal tujuannya. Biar telus pula cara kemudinya.

Kulihat sebegitu banyak hati telah terluka, apabila manusia terpedaya dengan permainan syaitan. Kulihat sebegitu banyak ukhuwah terlerai, dan si iblis bertepuk tangan. Bersorak merai kemenangan, melihat manusia saling bermusuhan.

Syurga Allah itu luas, sahabatku. Kau, aku, dia, mereka, kesemuanya muat di situ. Justeru, mengapa mesti ada istilah cemburu? Mengapa ada benci, sakit hati dan tikam-menikam sesama sendiri?

Mengapa mesti timbul soal curiga, soal siapa mempergunakan siapa, atau soal engkau-engkau, dan aku-aku? Tak perlu!

Soal rezeki, ajal dan jodoh pertemuan sudah lama ditentukan. Lalu, apa perlunya persaingan?

Lebih baik kita berpimpin tangan. Saling bergabung menewaskan syaitan. Bagiku, begitu lebih tenang. Kita sama-sama boleh menang!

- Bonda Nor -

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
72 viewsSrikandi , 12:38
Open / Comment
2021-09-25 09:45:09 “QS. Ali 'Imran Ayat 191”

الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُوْنَ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۚ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بَاطِلًاۚ سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
78 viewsSrikandi , 06:45
Open / Comment
2021-09-24 17:55:04 Lalai berbuat taat itu merupakan azab yang berat bagi para kekasih Allah. Apatah lagi maksiat yang nyata.

( Tuan Guru Syeikh Rohimuddin An-Nawawi )

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
102 viewsSrikandi , 14:55
Open / Comment
2021-09-24 17:42:22
Yang benar dikatakan pembohong. Yang bohong di katakan benar.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
98 viewsSrikandi , 14:42
Open / Comment
2021-09-24 12:31:51 "Datangnya kematian tidak menunggu sehingga kamu akan menjadi lebih baik. Jadilah kamu orang yang baik dan tunggulah kematian."

[Habib Ali Zainal Abidin]


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
90 viewsSrikandi , 09:31
Open / Comment
2021-09-24 11:22:38 Allah SWT berfirman yang bermaksud.;

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.."

( Ali 'Imran: Ayat 102 )

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
88 viewsSrikandi , 08:22
Open / Comment