2022-03-26 13:11:24
Sebenarnya penawar Anxiety ada dalam Surah Ad-Dhuha, sangat lembut cara Allah tegur kita.
Nak tahu macam mana? Jom kita baca terjemahan dan huraian mengenai Surah Ad-Dhuha.
Semoga manfaat. TAG kawan-kawan kita.
AL-QURAN sentiasa menjadi didikan yang terbaik buat diri kita. Akan sentiasa menjadi panduan dalam kita meniti kehidupan yang kadangkala mengecewakan.
Cuba kita kembali merenung diri sendiri tatkala kita ditimpa musibah dan rasa tertekan dengan kehidupan. 3 persoalan yang kita perlu persoalkan ketika rasa kecewa. Yang pertamanya, adakah bila kita kecewa, kita kembali merenung alam sekeliling dan bertafakur serta melihat seketika apa yang berlaku kepada alam.
Tiga perkara ini antara intipati yng terkandung di dalam Surah Ad-Dhuha yang mana bercerita tentang alam, visi dan sejarah. Rasulullah SAW dimotivasikan oleh Allah SWT menerusi ayat 3 Surah Ad-Dhuha yang bermaksud : (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Satu ayat ini menjadi tema yang paling penting kenapa Surah Ad-Dhuha ini turun.
Ayat 4 & 5 surah ini mengajar kita tentang masa depan. Kenapa ramai di kalangan kita tertekan? Kerana kita tidak jelas akan matlamat dan tujuan hidup kita. Pertama, Allah SWT kata, akhirat perlu ada dalam fikiranmu wahai Muhammad SAW. Keduanya, sebagaimana di akhirat nanti Allah SWT menjanjikan yang terbaik, begitu jugalah di dunia. Allah SWT menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan di dunia buat Rasulullah SAW. Kesimpulan ayat ini, kita akan sentiasa bermotivasi apabila kita mengetahui tujuan dan matlamat kehidupan kita.
( Ustaz Azhar Idrus )
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
448 views10:11