2022-02-15 17:58:48
Bukan sahaja masalah zina berleluasa dikalangan orang yang sudah berumahtangga. Jantan sama jantan, betina sama betina sedang menjadi barah dalam masyarakat melayu islam.
Puak-puak yang bangga tunjuk kepada umum tukar jantina, bangga Allah tak bagi bala. Bahkan ramai yang menyokong mereka ini dari kalangan melayu islam.
Itu belum murtad terang terangan. Ada group bersungguh-sungguh mereka berkumpul. Rosakkan fahaman dari akar umbi anak-anak muda dalam media sosial, dalam apps game.
Selagi khalifah Islam belum ada, selagi itulah maksiat ini akan berterusan. Ia ibarat seperti bah tsunami yang deras. Kita hanya fikirkan diri sendiri dan keluarga sahaja, itu pun boleh jadi terlepas.
Allah sudah tunjuk kepada kita tanda-tanda untuk kita berfikir dan muhasabah diri. Hint yang paling besar saya nampak Kobid dan pesta maksiat berterusan di Saydi.
Jaga sungguh-sungguh anak-anak kita. Kena kembali kepada Al Quran dan Hadith. Kena betul-betul pilih alim ulama yang benar-benar ikhlas ajak manusia mentauhidkan Allah. Hidupkan 5 amal dalam rumah. (nanti saya perincikan)
Minta sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah bimbing kita. Jangan tinggal solat malam dan solat fardu kena setup awal waktu. Hanya Allah boleh selamatkan kita. Jika tiada kesungguhan dalam berdoa, kepada siapa lagi kita nak minta.
Jaga iman. Jaga amal.
-EncikMatt-
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
#DariJariSampaiKeHati
@Dakwah_JariJemari
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
56 views14:58