🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Dakwah Jari Jemari✍

Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍ D
Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍
Channel address: @dakwah_jarijemari
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.58K
Description from channel

Kami hanya menyampaikan apa yang perlu, tidak sehebat ulama'. Cuma insan biasa yang mencari erti kehidupan 💐
❤️ "Dari Jari Sampai Ke Hati" ✍
Semoga jari kami bermanfaat buat anda semua 😊

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 4

2022-02-22 02:16:08 "Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."

(Surah At-Taubah, 9:7) 

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
46 views23:16
Open / Comment
2022-02-22 02:02:09 Hari ini orang sangka kelebihan, keistimewaan, kebaikan yang dia dapat adalah satu penghormatan. Tapi rupanya, boleh jadi kesenangan yang dia dapat adalah bala bencana yang paling besar dalam kehidupan dia kerana dengan kesenangan itu dia semakin jauh dari Allah.

Qarun diberikan kekayaan, jauh dari Allah. Firaun diberikan kekuasaan, jauh dari Allah.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
46 views23:02
Open / Comment
2022-02-21 15:14:22 Orang kata, apabila memandang ke arah sesiapa, gunakan cermin.

Jangan gunakan kanta pembesar. Kalau guna kanta, nampak jelas segala buruknya. Yang kecil boleh jadi besar. Yang setitik boleh jadi sebukit.

Kalau guna cermin, Insya-Allah akan terbias diri kita sendiri. Kalau tidak suka tabiatnya yang malas membantu, boleh nampak juga adakah kita sendiri punya sifat itu?

Kalau kita tak suka dia berlagak, tanya diri kita, sifat itu ada pada kita atau tidak?

Memang Allah selalu bantu kita untuk muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang dihantar hamba-Nya yang lain untuk bantu kita refleksi diri.

Yang penting, kita kena tanya hati. Mahu berubah atau tidak? Mahu jadi lebih baik atau tidak?

Kalau mahu berubah, Alhamdulillah. Kalau tidak mahu, terpulanglah.

Hidup di dunia ini bukan lama mana. Kalau nak diikutkan ego kita, hmm ... menjawablah di akhirat sana.

( BondaNor )


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
57 views12:14
Open / Comment
2022-02-21 02:51:13 Lisan.

Jika dia tidak sempurna, bukan bererti kita boleh sesuka hati mencela.

Beringatlah yang kau kritik dan kata buruk itu adalah hasil ciptaan Allah. Wujudnya menurut ketetapanNya yang terbaik. Sama seperti kita semua.

Apakah kau merasa lebih berkuasa dari Allah? Sehingga lisanmu tidak terjaga. Kemudian, dengan penuh bangga menghambur kata nista, mengecam hanya kerana ketidaksempurnaannya.

Teman, kita sama hambaNya. Aku hanya ingin berpesan. Jagalah lisanmu. Lidah memang tidak bertulang. Akan tetapi jika kita meletakkan akal sebelum memulakan bicara, pasti tidak akan membinasakan dirimu mahupun menyakiti perasaan orang lain.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
62 views23:51
Open / Comment
2022-02-21 02:32:32 Dapatkanlah dari ibumu doa . Dari ayahmu nasihat . Jadikan keduanya senjata . Dengannya kau akan mampu mengalahkan segala kesulitan dunia .

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
55 views23:32
Open / Comment
2022-02-21 02:14:24 Bila sebut pasal ujian ni takkan boleh pisah dengan rasa penat & susahnya dalam menempuh apa jua cabaran.

Sama juga dengan syurga. Ianya takkan boleh pisah dengan erti "Sabar" yang tinggi pada ujian.

Hanya orang yang benar-benar yakin dengan setiap ketetapan Tuhan sahaja yang mampu harunginya walaupun susah manapun dirinya untuk terus kuat dalam menempuh ujian yang hebat.

Percaya,Tuhan tak pernah kejam dengan hambaNya.
Mana mungkin Dia akan hadirkan segala masalah & ujian dengan sengaja.

Pasti ada makna yang tersirat yang ingin disampaikan.

Sambutlah ujian dengan penuh rasa kasih sayang.
Kerana dengan ujian inilah tanda Tuhan masih pandang.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
54 views23:14
Open / Comment
2022-02-20 15:54:08 Firman Allah سبحان و تعالىٰ :
"Adapun orang yang takut akan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, serta dia menahan dirinya daripada menahan hawa nafsu. Maka syurgalah tempat kediamannya."

(QS. al-Nazi'at : 40-41)

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
22 views12:54
Open / Comment
2022-02-20 13:04:49 "Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap, seseorang pada pagi harinya beriman dan pada petangnya telah menjadi kafir, atau petangnya masih beriman dan pagi harinya telah menjadi kafir, menjual agamanya dengan kepentingan dunia."

(HR. Muslim)

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
40 views10:04
Open / Comment
2022-02-20 09:28:51 MUHASABAH DIRI SENDIRI

Orang yang bijak adalah orang yang memandang aib-aibnya sendiri, sedangkan orang yang lalai adalah... Orang yang sibuk dengan aib-aib orang lain.

Ingatlah...
Pada hari kamu nampak kelemahan diri kamu, itulah anugerah / hidayah dari Allah petanda kamu dekat dengan Allah. Tetapi... pada hari kamu nampak keburukan orang lain, itu petanda kamu jauh dari Allah SWT.

Tulislah sesuatu untuk menegur diri sendiri... Bukan untuk menghina orang lain.

Kita ini banyak dosa... Jangan menghitung dosa orang lain... Sehingga terlupa dosa sendiri.

Jika semua perbuatan baik mesti diceritakan, dimana indahnya nilai keikhlasan?

“Nikmatilah ketenangan dengan membuat kebaikan tanpa diketahui orang”


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
52 views06:28
Open / Comment
2022-02-20 04:24:31 "Sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah (penghormatan) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari yang mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan.

Jika dia mempunyai apa-apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat.

Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat akan diletakkan kepadanya."

(HR. al-Bukhari)

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
   @Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
48 views01:24
Open / Comment