2021-03-16 03:57:15
BERAMAL SOLEH PADA BULAN SYA'BAN
Al Hafidz Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan,
قال أنس : كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرؤها، وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان.
"Dahulu kaum muslimin apabila memasuki bulan Sya'ban, mereka pun membaktikan diri dengan mushaf untuk membacanya.
Mereka juga mengeluarkan zakat harta mereka sebagai dokongan kekuatan bagi orang lemah dan miskin untuk berpuasa Ramadhan."
Lathaif Al Ma'arif 1/135
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
PUASA SYA'BAN BAGAIKAN SOLAT RAWATIB
Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah mengatakan,
قال أهل العلم :صوم شعبان مثل السنن الرواتب بالنسبة للصلوات المكتوبة، ويكون كأنه تقدمة لشهر رمضان،
أي كأنه راتبة لشهر رمضان، ولذلك سُن الصيام في شهر شعبان.
وفي الصيام في شعبان فائدة أخرى وهي توطين النفس وتهيئتها للصيام.
"Ulama menjelaskan, puasa Sya'ban seperti solat sunnah rawatib bagi solat fardhu. Seakan-akan puasa Sya'ban adalah pendahuluan (sebelum datangnya) bulan Ramadhan.
Ertinya puasa bulan Sya'ban seakan-akan menjadi rawatibnya bulan Ramadhan. Oleh kerana itu disunnahkan berpuasa di bulan Sya'ban. Dan pada puasa di bulan Sya'ban ada manfaat yang lain, oaitu sebagai latihan dan persiapan jiwa untuk berpuasa di bulan Ramadhan."
Fatawa Arkanil Islam 491
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
AKTIVITI ULAMA DI BULAN SYA'BAN
Al-Hafidz Ibnu Rajab Al Hanbali rahimahullah berkata,
" كان عمرو بن قيس رحمه الله إذا دخل شعبان أغلق تجارته وتفرغ لقراءة القرآن وكان يقول : طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان."
"Dahulu Amr bin Qais rahimahullah apabila telah masuk bulan syaban beliau menutup dagangannya dan memfokuskan diri untuk membaca Al Qur'an serta berkata, 'Beruntunglah orang-orang yang memperbaiki diri sebelum bulan Ramadhan.'"
Lathaiful Ma'arif 138
•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
BULAN SYA'BAN BULANNYA PARA PEMBACA AL QUR'AN
Berkata Al Imam Al Hafidz Ibn Rojab rahimahullah:
Berkata Salamah ibn Kuhail:
Dahulu bulan Sya’ban disebut dengan bulan Al Qur'an.
Dahulu Habib Ibn Abi Tsabit ketika memasuki bulan Sya’ban beliau pun berkata:
Ini adalah bulannya para pembaca Al Qur'an.
Sedangkan Amr Ibn Qais al-Mala’i menutup kedainya apabila memasuki bulan Sya’ban, dan memfokuskan waktunya untuk membaca Al Qur'an.
Sumber : Lathaiful Ma'arif ((1/135))
@nasihat_diri
118 viewsdurrah, 00:57