2022-03-05 14:24:16
Kau akan lihat zaman itu.
Manusia akan lebih percaya penipuan dari kebenaran. Dan kau akan pelik, walau banyak mana kebenaran dihidang.
Mereka akan tetap percaya kepada penipuan.
Imam Al-Nawawi berkata:
“Ia berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai, Mereka ini terdapat pada setiap zaman.“
(Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).
"Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajal yang sebenar," katanya.
Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat dalam Musannad Abdurrazzaq: “Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajal yang besar.”
Maka dinamakan sebagai dajal kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. - (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).
"Dajal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang,"
Bila kita belajar tafsir, baru akan sedar kenapa disunatkan baca Al-Kahfi.
Dulu yang Abang tau surah Kahfi ni untuk elak fitnah dajjal. Takat tu je la Abang tau. Rupanya fitnah dajjal ni datang dalam macam-macam bentuk.
Antaranya dugaan kekayaan dan pengikut (popular).
Kahfi, ayat 46 "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan".
Maksudnya, selain harta, ada makbapak yang rasa sangat bangga dengan prestasi anak-anak sehinggakan terbawak-bawak kebanggaan tu depan masyarakat.
Inilah rupanya antara fitnah dajjal yang kita tak sedar, bilamana kehendak persekitaran memaksa kita untuk berbangga dengan anak-anak. Kita rasa benda tu biasa je, tak salah. Tapi rupanya ia adalah satu bentuk fitnah juga.
Kadang-kadang Abang rasa makin belajar banyak benda, makin Abang sedar rupanya banyak benda 'biasa' yang jangan dibiasakan buat.
Baru Abang faham apa maknaya "Dunia ini bagaikan penjara bagi orang yang beriman".
Rupanya banyak benda yang kita kena avoid diri kita dari buat.
Apa yang majoriti buat tak semuanya kita kena ikut.
Tapi bila kita dah berada di kelompok yang menjadikan sesuatu perkara tu sebuah kebiasaan, nak taknak kita terikut-ikut juga. Sungguh lah, besar betul ujian duduk atas dunia ni.
Ayat ni juga mentafsirkan tentang dugaan populariti (banyak pengikut). Ini petikan Al-Kahfi ayat 45, kisah tentang pemilik dua kebun.
Dajjal sesatkan kita dengan kekayaan.
Di zaman ni dikala cash jadi king, semakin kaya orang itu, semakin berharta orang tu, maka semakin kuat pengaruhnya, makin ramai followersnya.
وَ إِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَ إِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan."
(QS. Al-An'am 6: Ayat 116)
Baru 2 ayat je tapi dia punya tafsir melangkaui zaman.
Rupanya kisah membangga-banggakan anak and cash is king ni dah ada dalam Al-Kahfi lama dah.
Kena rajin-rajin sikit baca Al-Kahfi setiap minggu.
Rasanya apa yang disebut dalam Al-Kahfi tu semua dah muncul sekarang.
Zaman fitnah macam gelombang, zaman kaya tak pernah cukup, zaman kumpul pengikut, zaman membanggakan harta dan anak.
Yang dikatakan gigit sunnah dengan geraham, inilah zamannya.
Shauqi Hasan
Semoga kita bertemu hamba Allah yang diberi ilmu di pertemuan dua lautan.
@QuoteTalks
1.3K viewstoolkit, 11:24