Get Mystery Box with random crypto!

QuoteTalks

Logo of telegram channel quotetalks — QuoteTalks Q
Logo of telegram channel quotetalks — QuoteTalks
Channel address: @quotetalks
Categories: Quotations
Language: English
Subscribers: 7.07K
Description from channel

The Quote ,
Motivational ,
LoveQuotes,
Tips ,
Lets spread the positive vibes together🌷
Warning: Promotion only available on Friday
🔥🔥🔥🔥🔥🔥
for promote pm @RiYahaya / @MamaFiyah
Share quote here👉 @QTFC_bot

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


The latest Messages 2

2022-07-29 03:57:08 Lakukan kebaikan diam-diam. Ibarat tangan kanan memberi, tangan kiri tak mengetahui.

Kebaikan yang ikhlas adalah dalam pengetahuan kita dan Allah SWT sahaja.

@QuoteTalks
711 viewstoolkit, 00:57
Open / Comment
2022-07-27 03:23:33 [FUTUH DAN HIJAB DALAM MENUNTUT ILMU]

Kata seorang sahabat, ada dikalangan penuntut ilmu yang hanya belajar selama 2-3 tahun sudah boleh digelar alim.

Sebaliknya ada yang telah puluhan tahun lamanya menuntut ilmu bertalaqi dan mentelaah, namun tetap tidak alim-alim.

Mengapa?

Kerana ilmu itu adalah milik Yang Maha 'Alim. Guru, kitab dan pengajian hanyalah asbab semata-mata. Sekiranya Allah berkehendak untuk memberi futuh pada yang baru menuntut ilmu, nescaya Allah akan beri walaupun ia tidak banyak gurunya, tidak banyak telaahnya, tidak lama tempoh pengajiannya.

Dan sekiranya Allah Ta'ala tidak berkehendak memberi futuh dan keberkatan pada yang telah lama mencari ilmu, maka belajarlah dan mengajilah puluhan tahun lamanya pun tak akan menjadi alim.

Kerana itulah kita tidak boleh menganggap ilmu itu diraih dengan usaha diri semata-mata. Tidak boleh berkata, "Cukuplah aku belajar di Mesir 10 tahun, aku pasti menjadi alim."

Seolah-olah tempoh pengajian dan usaha dirinya telah menjamin keilmuannya. Sedangkan yang memberi ilmu dan futuh itu hanyalah Allah Ta'ala.

Walau ramai mana gurunya, talaqqi yang dihadhirinya, jutaan kitab yang ditelaahnya, bertahun-tahun lamanya ia menuntut ilmu, namun sekiranya Allah tidak memberikan futuh padanya, tidak membuka pintu ilmu dan makrifat untuknya, maka ia masih lagi terhijab dari ilmu.

Kita boleh mendakwa kita sudah khatam pelbagai kitab, berguru dengan ramai guru, melazimi pengajian dalam pelbagai ilmu, namun ingatlah, segala perkara tersebut tidak langsung menjamin kita menjadi alim yang rabbani.

Sekiranya kita ada merasakan walaupun sedikit bahawa daya dan kemampuan dalam mencari ilmu, mencari kebenaran, membaca dan mengkaji adalah daripada diri sendiri semata-mata, begitu juga selagi kita merendahkan orang lain, menganggap diri kita lebih hebat dan alim dari orang lain, seolah-olah ilmu itu diperoleh oleh dirinya sendiri dan bukan dari Allah Ta'ala, selagi itu dirinya telah menjadi hijab daripada ilmu dan Allah Ta'ala. Bahkan ilmu yang diperolehinya selama ini telah menjadi hijab antara dirinya dengan Allah Ta'ala.

'KeAKUan' itu telah menjadi hijab.

Aku banyak berguru.
Aku lama mengaji.
Aku rajin menuntut ilmu.
Aku kuat muzakarah.
Aku sudah berilmu.
Aku bersusah payah mencari ilmu.

Aku aku dan aku.

Tanpa sedar, ia telah bergantung dengan dirinya. Dengan usahanya semata-mata.

Ia sudah alpa bahawa yang memberi ilmu dan membuka jalan ilmu hanyalah Allah Ta'ala.

Ilmu itu cahaya.

Sejauh mana ia sidiq, khidmat dan menjaga adab dengan Allah Ta'ala, dengan Nabi SAW, dengan masyaikh dan gurunya, dengan ibu bapanya dan dengan dirinya sendiri, menjaga amal dan hubungan dengan Allah Ta'ala, sejauh itulah ia akan diberikan pembukaan/futuh dan barokah dalam perjalanan ilmunya..

العبرة لمن صدق وليس لمن سبق..

#اللهم_افتح_علينا_فتوح_العارفين
Cc SentapTalaqiers

Telegram @QuoteTalks
849 viewstoolkit, 00:23
Open / Comment
2022-07-18 05:55:51 7 SEBAB HILANGNYA REZEKI
(suami, isteri dan keluarga)

Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.

1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.

2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.

4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan adalah untuk dikongsikan.

5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.

6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.

7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.

Kredit: Nur Zyella

@QuoteTalks
935 viewstoolkit, 02:55
Open / Comment
2022-07-12 02:11:25
Zikir zikir pembuka rezeki

@QuoteTalks
907 viewstoolkit, 23:11
Open / Comment
2022-07-01 03:06:57 Tahajud Itu Sumber Ketenangan Hidup

Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz.

Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan Ustaz. Dia baru darjah 6.

Suatu malam ustaz, saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya. Saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk.

Saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, tengok saja dia dan tanya

"Kenapa dik?"

"Saya ambil wuduk abah."

"Kenapa ambil wuduk?"

"Adik tak solat isyak lagi?"

"Adik nak solat tahajud bah."

Dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkan dia. Kemudian anak saya solat di ruang tamu.

Saya tengok dia berdiri ustaz.

Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia.

Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis.

Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

"Ya Allah, ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah.

Ayah saya tak tahajud Ya Allah. Ibu saya tak. Dia sebut nama saya dalam doa dia Ustaz.

Saya datang, saya peluk, saya cium anak saya Ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis?

"Adik nak tengok abah solat dengan adik. Bangun malam dengan adik."

Berjurai air mata saya Ustaz.

"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud. Tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi."

Saya kesat air mata dan janji dengan dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Sahabat,

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita.

Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita tenang. Hati kita menang untuk kehidupan akhirat. Dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya.

Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita.

Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@QuoteTalks
985 viewstoolkit, 00:06
Open / Comment
2022-06-28 02:47:02 TIPS REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

@QuoteTalks
908 viewstoolkit, 23:47
Open / Comment
2022-06-25 11:35:07 Kisah menghalalkan hutang 80K selepas 3 tahun lamanya . Tak mudah . Tapi alhamdulillah Allah permudahkan .

Selepas 3 tahun tiba-tiba ‘dia’ muncul balik . Kalau diingat cerita dulu memang perit sangat . Perit tu kenapa ? Dah la duit ditipu , bila Syu nak up cerita tentang kena scam dengan company dia , dia failkan saman malu . Sedangkan tujuan Syu tulis adalah supaya orang lain alert and tak kena tipu oleh dia . And yes , rupanya ramai yang kena tipu sampai beratus ribu pun ada .

So apa jadi selepas dia saman Syu ? Of course Syu bayar lawyer to protect me . Instead of dia nak bayar hutang dia pada Syu, dia sanggup bayar lawyer untuk saman Syu. Ya Allah, sakit hati tu tuhan je yang tahu . Then kes berjalan , but tiba-tiba lawyer dia tarik diri taknak fight . But still , Syu dah pun berhabis lagi sebab bayar lawyer .

Then , masa berganti masa , hari berganti hari . Selepas 3 tahun , Syu dapat whatsapp dia . I was so shocked . Syu tahu apa yang jadi kat dia lepas terperangkap dengan hutang yang banyak. Orang berhutang ni memang takkan hidup senang bukan je kat dunia , akhirat jugak mereka takkan terlepas .

At first Syu marah sangat kat dia . Syu bagitau apa yang dia buat kat Syu tu memang sangat2 tak baik . Then Syu ignore je whatsapp dia , bimbang makin balas takut Syu terkeluar ayat2 yang tak sepatutnya .

I called my ustaz . Syu tanya apa yang Syu kena buat . Syu bagitau Syu susah nak halalkan duit tu tapi Syu jugak taknak continue bisness tu balik. Syu sangat takut kalau berhubungan lagi , akan datang lebih banyak masalah . And seriously , Syu taknak dah apa-apa masalah dengan manusia .

Ustaz bagitau ”Syuhada , tarik nafas dalam-dalam and bagitau dia SAYA HALALKAN SEMUANYA DUNIA AKHIRAT”. At first , susah Syu nak terima . Then ustaz kata , last few weeks baru je belajar Surah Al-Insyirah. Dan 2 ayat dalam surah tu ada sebut

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

“Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Maksudnya di sini , nak halalkan satu hutang yang besar tu memang sukar . Tapi kalau kita manusia yang percaya dengan Al-Quran , yakinlah dalam hati bahawa setiap kesukaran itu akan ada kemudahan atau rezeki yang lebih besar Allah akan bagi. Ustaz sambung lagi “Selepas doa , mintak pada Allah moga Allah gantikan yang lebih baik selepas ni”.

Seriously , serentak jatuh air mata ni masa ustaz bagitau tu . Bukanlah berdendam , cuma bila orang buat jahat kat kita of course kita rasa sakit hati kan ? Cuma itulah, bila sakit hati, memang kita susah nak tenang . So alhamdulillah today Syu berjaya overcome my ego and bagitau dia yang Syu dah halalkan kesemua hutang dan setiap perbuatan yang dia buat tu. Seriously takde sekelumit dendam dah and trust me “This is the best feeling ever”

So my advice :

1. Jangan ajar diri berhutang atau ambik duit orang. Hidup takkan senang dan tenang. Sentiasa akan ada masalah hidup sampai satu tahap kita rasa hidup ni terlalu susah .

2. Percaya yang setiap kesusahan tu akan ada hikmahnya . Syu sangat percaya apalah sangat 80K tu dibanding dengan ganjaran yang Allah nak bagi .

3. Nak memaafkan orang tu memang susah . But once you dapat memaafkan orang , insyaAllah u akan dapat satu ketenangan yang luar biasa . Sebab tu orang kata , orang yang paling kuat adalah orang yang dapat memaafkan orang yang buat jahat kat dia.

Sorry terpanjang pulak coretan Syu malam ni . Syu tulis ni bukan sebab nak bagitau yang Syu ni baik, no jauh sekali . Syu tahu yang ramai dalam dilema perasaan sebab orang berhutang pastu tak bayar, dan kita pulak susah hati mengharapkan orang bayar balik sampaikan jadi gaduh-gaduh, menyumpah mencerca and hati sendiri tak tenang . So yes maybe u dapat sesuatu dari my story. Doa selalu, insyaAllah Allah bantu.

psttttt As usual, yang baik korang boleh ambik , yang tak baik jangan ambik ok

DAN SELEPAS KESUSAHAN , PASTI AKAN ADA KEMUDAHAN, PASTI AKAN DIGANTIKAN DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK DARI ALLAH . yakin tu !

Love,
syusyu.

@QuoteTalks
960 viewstoolkit, 08:35
Open / Comment
2022-06-25 08:02:33 Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah

Muhasabah.

@QuoteTalks
839 viewstoolkit, 05:02
Open / Comment
2022-06-24 03:06:16
CARA MENGHITUNG TASBIH DGN JARI

Berdasarkan hadis yg diriwayatkatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

‎مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barang siapa yg bertasbih sebanyak 33x, bertahmid sebanyak 33x, dan bertakbir sebanyak 33x setelah melaksanakan shalat fardhu sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yg keseratus dgn ucapan laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walalhul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qodiir.

"Maka kesalahannya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim no. 597).

‎جزاكم الله خيرا وبراك الله فيكم،،
Kredit: dakwah sentap

@QuoteTalks
18 viewstoolkit, 00:06
Open / Comment
2022-06-23 02:49:19
Pasangan adalah rezeki

@QuoteTalks
149 viewstoolkit, 23:49
Open / Comment