Get Mystery Box with random crypto!

Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah

Logo of telegram channel ramadanrecaps — Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah R
Logo of telegram channel ramadanrecaps — Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah
Channel address: @ramadanrecaps
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 195

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 5

2022-04-25 00:23:00 Bismillahirrahirrahmanirrahim. Malam ke 26 Ramadan. Doa yang bakal dikongsikan sedikit panjang, namun mudahan tak jemu lidah ini mengungkap doa dan munajat kepada Allah..



Doa beserta Terjemahan yang dikongsikan oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani Hafizahullah
(Ramadan 1422 H)

اللهم هَذِه الَّليْلَة القَدْر أَقْبَلَتْ فَاقْسِم لي فِيْهَا خَيْرَ مَا قَسَمْتَ، وَاخْتِمْ لِي فِي قَضَائِكَ خَيْرَ مَا خَتَمْتَ، وَاخْتِم لِيْ بِالسَّعَادَةِ فِيْمَنْ خَتَمْتَ.

Ya Allah, telah datangnya malam al Qadar, maka bahagikanlah untukku kebaikan yang telah Kau bahagi-bahagikan padanya, akhirilah bagiku padanya dengan sebaik pengakhiran daripadaMu, dan akhirilah ianya bagiku dengan kebahagiaan seperti orang yang telah Kau berikan kepadanya pengakhiran dengan kebahagiaan.

اللهم اجْعَل اسْمِي وذُرِّيَّتِي فى هذه الليلة من السُّعَدَاء،
وَرُوحِي مع الشُّهَدَاء، وَإحْسَانِى فِى عِلِّيِّينَ، وَإِسَاءَتِي مَغْفُورَة.

Ya Allah, jadikanlah namaku dan zuriat keturunanku pada malam ini tercatat dalam kalangan orang yang berbahagia, rohku bertempat bersama para syuhada', segala kebaikanku tertulis dalam Kitab 'Illiyyin dan terampunnya segala kejahatanku.

اللهم افتح لي في هذه الليلة باب كل خير فتحته لأحد من خلقك وأوليائك وأهل طاعتك ولا تسده عني، وأرزقني رزقا تغيثني به من رزقك الطيب الحلال.

Ya Allah bukakanlah bagiku pada malam ini pintu segala kebaikan yang telah Kau bukakan sebelumnya kepada salah satu makhlukMu atau salah seorang auliya'Mu (kekasihMu) serta para ahli yang taat kepadaMu, dan janganlah Kau tutupinya daripadaku, rezekikanlahku dengan dengan rezeki yang baik lagi halal yang mana dengannya membantuku ke arah kebaikan .

اللهم ما قسمت فى هذه الليلة المباركة من خير وعافية وصحة وسلامة وسعة رزق فاجعل لى منه نصيبا، وما أنزلت فيها من سوء وبلاء وشر وفتنة فاصرفه عني وعن جميع المسلمين.

Ya Allah segala apa yang telah Kau bahagikan di malam yang diberkati ini daripada kebaikan, keafiatan, kesihatan, keselamatan, dan keluasan rezeki, maka jadikanlahku sebahagian yang mendapatkan keberuntungan daripadanya. Sementara apa sahaja kejahatan, bala, keburukan, dan fitnah, maka jauhilahku daripadanya dan daripada seluruh kaum Muslimin.

اللهم ما كان فيها من ذكر وشكر فتقبله مني وأحسن قبوله، وما كان من تفريط وتقصير وتضييع فتجاوز عني بسعة رحمتك يا أرحم الرحمين.

Ya Allah segala apa sahaja (kebaikan amalku) yang padanya ada zikir dan syukurku, maka terimalah ianya daripadaku dengan sebaik-baik penerimaan. Segala apa yang terkurang dan cacat celanya pada diriku, maka ku pohonkan agar Kau melepaskanku dari azabMu dengan berkat keluasan rahmatMu wahai Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi.

اللهم تغمدني فيها بسابغ كرمك، واجعلني فيها من أوليائك، واجعلها لي خيرا من الدهر مع عظيم الأجر وكريم الذخر.

Ya Allah Engkau meliputiku dengan keluasan kepemurahanMu, maka pada itu (nikmat kepemurahanMu) jadikanlah aku sebahagian daripada kekasihMu, jadikanlah padanya satu kebaikan yang lebih baik daripada yang pernah ku dapatkan sepanjang usia ini dengan keagungan ganjaranMu dan kepemurahanMu.

اللهم لا تصرفني من هذه الليلة إلا بذنب مغفور، وسعي مشكور، وعمل متقبل مبرور، وتجارة لن تبور، وشفاء لما في الصدور، وتوبة خالصة لوجهك الكريم.

Ya Allah jangan Kau memalingkanku (mengeluarkanku) daripada malam ini melainkan dengan dosa-dosa yang terampun, usaha-usaha yang diterima, begitu juga amalan-amalan yang diqabulkan dengan sebaik-baik qabul yang sempurna, perniagaan yang tidak merugikan selamanya, penawar bagi segala yang ada di dalam dada, dan taubat yang ikhlas semata-mata keranaMu Zat yang Maha Mulia.

الَّلهُمَّ اجْعَلنِي وَأَهْلِي وَذُرِّيَّتِي وَالمُسْلِمِينَ جَمِيْعًا فِيْهَا مِن عُتَقَائِكَ مِنْ جَهَنَّمَ وَطُلَقَائِكَ مِنَ النَّار.

Ya Allah jadikanlah bagiku keluargaku, zuriat keturunanku, dan seluruh kaum Muslimin menjadi sebahagian daripada mereka yang dibebaskan daripada neraka Jahannam dan dilepaskan daripada api nerakaMu.

اللهم اجْعَلْنِي فِى هَذِه الَّليْلَةِ مِمَّن نَظَرْتَ إِلَيْهِ فَرَحِمْتَهُ وَسَمِعْتَ دُعَاءَهُ فَأَجَبْتَهُ.
33 views21:23
Open / Comment
2022-04-25 00:22:57 Audio from
31 views21:22
Open / Comment
2022-04-19 17:39:54
Some reflections
51 views14:39
Open / Comment
2022-04-17 13:11:32 JAWAPAN HABIB UMAR BEN HAFIDZ TENTANG BAGAIMANA UNTUK MENANGANI RASA MALAS BERIBADAH PADA BULAN RAMADAN DAN TIDAK DILALAIKAN DENGAN PERKARA-PERKARA LAIN?

1) Banyak makan dan minum penyebab kemalasan maka kurangkanlah.

2) Ambil masa rehat sekadar ḥājāt sahaja.

Mujahadah kurangkan masa tidur. Para salafussoleh tidur selama 2-4jam sahaja. Cuba kurangkan 5 minit hari demi hari. Mudah-mudahan kita kurang tidur tapi semangat beribadah. Dapatkan waktu-waktu mustajab duʿāʾ.

3) Pandai memilih kawan pada bulan ramaḍān.

Kawan di sini bukan sekadar kawan sembang tapi media massa di hadapan kita iaitu telefon bimbit. Ceramah dan tawṣiya di televisyen tiada masalah jika kita menambah faedah darinya. Orang sekarang duduknya dan waktunya banyak bersama media sosial. Jadi pilihlah sama ada kita ingin yang soleh atau fāsiq.

4) Perbanyakkan mengulang kalimāt Allāh dalam hati.

5) Baca ayat 22 Surah Al-Hasyr. 100x sehari.

هُوَ اللّٰهُ الَّذِيْ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِۚ هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيْمُ

6) Jaga waktu ʾistiġfār sebelum berbuka puasa dan ketika sahur.

7) Baca ayat Kursi, Al-Insyirah, 3 Qul. Dibaca setiap kali selesai solat fardhu.

ʿUlamāʾ juga mengatakan bahawa maksiat adalah faktor paling berpengaruh seseorang menjadi malas walaupun mereka mengetahui akan fadhilatnya. Mereka tidak akan mampu untuk bangun malam walau minum air apa pun.

Terdapat sebuah riwayat bahawa seorang lelaki bertanyakan kepada Imam Ḥasan al-Baṣrī : ‘’Wahai Abū Saʿīd, sesungguhnya aku ini tidur dalam keadaan sejahtera, aku cintakan qiyamullail, dan aku juga telah bersiap sedia dengan wuduk aku, namun mengapakah aku masih tidak bangun?’’

Maka jawab Imam Ḥasan al-Baṣrī :

ذُنُوبُكَ قَيَّدَتْكَ

Maksudnya: Dosa-dosa kamu mengikat kamu (dari mengerjakan qiyām al-layl.

Lihat Fasl Kitāb al-zuhd wa-al-raqāʼiq (9/400).

Dosa ini bukan sahaja dari segi ibadah tetapi juga bagaimana kita bermuamalah dan bermuasyarah.

Moga Allāh jauhkan kita dari dosa yang membelenggu kita

Ustadz Fathurrahman al-Banjari
67 views10:11
Open / Comment
2022-04-14 08:39:01
jom niat baca Alquran bulan Ramadan ni dengan niat khusus drpd Habib Al-aydrus
81 views05:39
Open / Comment
2021-07-08 11:09:35
93 views08:09
Open / Comment
2021-05-05 05:21:33 Allāh mentions in the Qurʾān,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلَٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ

“O you who have believed, let not your wealth and your children divert you from remembrance of Allāh ﷻ. And whoever does that - then those (who do that) are the losers.”
[Qur'ān, Sūrah Munāfiqūn (63), verse 9]

There are two major objects in this world that divert a person from the remembrance of Allāh:
1) Wealth
2) Children

Therefore, these two things have been named in particular. Otherwise, it refers to all the means of enjoyments in the world. The importance of the verse is that love of wealth and children to some extent is not bad. Being engaged with them to a certain degree is not only permissible but also obligatory. But there is a dividing line between permissible and impermissible love that must always be borne in mind.

The criterion is that this love must not deviate one from Allāh's remembrance. The word dhikr (remembrance) in this context has been variously interpreted by different commentators. Some say it refers to the five daily prayers (Ṣalāh), while others say it refers to Zakāh or Ḥajj. Some refer it to the Qur’ān. Ḥasan al-Baṣrī رحمه الله expresses the view that the word dhikr here refers to all forms of obedience and worship. This is the most comprehensive interpretation. [Qurṭubī]

In short, we are permitted to be involved in material wealth up to the degree that it does not divert us from Allāh ﷻ’s obedience. If one becomes engrossed in the material wealth or becomes absorbed in the forbidden or abominable things, which divert him from his duties and obligations towards Allāh the sentence “فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ” ... “they are the losers” will apply, because he has sold the great and eternal reward of the Hereafter for the petty and perishable enjoyment of this world. What loss could be greater than this!

[Ma'āriful Qur'ān, Volume 8, Page 474-475]
163 views02:21
Open / Comment
2021-05-05 05:21:33
May Allāh ﷻ accept our worship.
85 views02:21
Open / Comment
2021-05-05 05:21:33
84 views02:21
Open / Comment
2021-05-04 17:24:41 Tanda Lailatul Qadar itu tinggi nilainya pada diri kita, iaitu kita sibuk mencarinya di malam-malam terakhir bulan Ramadan.

Orang yang tidak pandai menghargai, tidak akan menghargai.

Semoga kita tidak menjadi antara orang-orang yang sombong dengan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT.

t.me/tintanasihat
66 views14:24
Open / Comment