Get Mystery Box with random crypto!

Tips Skincare by HR

Logo of telegram channel tips_skincarebyhr — Tips Skincare by HR T
Logo of telegram channel tips_skincarebyhr — Tips Skincare by HR
Channel address: @tips_skincarebyhr
Categories: Beauty
Language: English
Subscribers: 7.36K
Description from channel

I talked a lot about skincare and its creepy. Need tips on skincare etc ? Subscribe now.
🗣️ Promote Skincare : @PromoteSkincareHR
💅 Preloved Group : @PrelovedSkincarebyHR
💌 Paid Review / Gift Review / Giveaway Collaboration / Campaign : @BesidesNur

Ratings & Reviews

4.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 9

2022-01-16 12:50:54 Cuci Muka Dengan Betul

Untuk elak jerawat, adalah penting untuk kita singkirkan segala minyak berlebihan, kotoran serta peluh yang melekat pada kulit kita dengan pencuci muka.

Tapi ingat! Elakkan guna harsh cleanser atau pencuci muka yang kasar, serta mengandungi nilai pH yang tinggi, yang boleh menyebabkan kulit kita jadi kering serta rosakkan skin barrier.

Orang kulit kering, tolong elak guna cleanser jenis gel. Nanti skin korang jadi makin kering. Gel cleanser ni biasanya hanya sesuai untuk orang kulit oily to combination saja. Yang kulit kering korang boleh cuba pakai milk cleanser.


Lembapkan Kulit

Pelembap dapat bantu kulit kita kekal lembap sepanjang hari. Namun, tak dinafikan, kebanyakan moisturizers or pelembap di pasaran sana, ada yang mengandungi oil, synthetic fragrance, atau ingredients lain yang boleh menyebabkan kulit iritasi serta menyebabkan pimples muncul.

Jadi. Untuk elakkan ancaman jerawat ni berlaku, pilihlah moisturizer yang fragrance-free, noncomedogenic moisturizers, serta oil-free moisturizer yang bukan hanya sekadar dapat melembapkan kulit, tapi jugak mampu membaik pulih skin barrier kita. Contohnya macam Ceramide Barrier Booster yang mengandungi ceramide liposome.


Guna Mineral Filter Sunscreen

Kalau kulit tengah berjerawat, adalah sangat digalakkan untuk korang pakai Mineral Filter Sunscreen yang oil - free, alcohol - free, frangrance - free and etc. Pakai sunscreen yang selesa. Yang tak buatkan kulit korang rasa belengas serta berminyak.

Kalau sunscreen yang korang pakai tu berminyak, macam chemical filter sunscreen, so dia akan galakkan lagi pertumbuhan jerawat. Jerawat kan suka tempat berminyak. So kalau korang tambah lagi benda benda berminyak atas muka tuu, makanya nanti, jerawat korang akan jadi makin teruk lah.


Gunakan Acne Treatment/ Acne Spot/Acne Solution

Acne Treatment produk macam benzoyl peroxide, salicylic acid, atau sulfur dapat bantu kecutkan acne. Ia akan bertindak bantutkan pertumbuhan jerawat. Ia jugak dapat bantu kurangkan kemerahan, pembengkakan, serta iritasi pada kulit yang berpunca daripada jerawat.


Limitkan penggunaan make up

Kebanyakan orang suka sangat cover pimple dengan make up. Nak tutup cela lah kononnya. Betul tak?

Tapi, korang tahu tak. Bila buat macam tu. Ia akan buatkan pori korang tersumbat dan akan trigger lebih banyak jerawat?

Sebaiknya, elakkan make up yang heavy waktu kulit tengah berjerawat. Kalau nak make up sangat pun, elakkan guna foundation yang greasy dan heavy. Make up light light sudah.


Elakkan sentuh kulit

Yang ni payah sungguh lah nak elak kan?
Sejenis tangan semua gatal ni, memang payah. Haha. Tapi cubalah gaiss. Cuba minimakan sentuhan pada kulit muka. Kalau sayang muka. Please lahh. Avoid.

Kat tangan kita ni ada berjuta juta jenis bacteria dan kotoran yang melekat. Kita ni kan pegang macam macam. Pegang kucing lah, kain buruk lah, korek idung lah, pegang phone, pastu tak cuci tangan, sentuh muka. Hurmm. Memang mendapatlah cite dia. Memang mengundang encik Jerawat dengan sangat mudah.

Abistu kalau gatal muka nak buat macam mana?
Elakkan garu guna jari. Cuba gosok dengan belakang tapak tangan. Ia akan lebih membantu legakan kegatalan tu.

Haaa ini baru ada TUJUH point Cara Elak Ancaman Jerawat pada kulit muka kita. Ada lagi TUJUH point yang Wani nak kongsikan pada content yang seterusnya.

Siapa nak sambungan PART 2 sila komen NAK

Credit : Wani

@Tips_SkincarebyHR
782 views09:50
Open / Comment
2022-01-16 05:55:45
ANCAMAN JERAWAT?
MACAM MANA NAK ELAK? (PART 1)

Kenal Pasti Jenis Kulit

Semua orang berpontesi untuk ada jerawat, tak kisah lah dia jenis kulit apa sekalipun. Tapi oily skin adalah yang "the most pimple - prone" sebab kulit jenis ni paling banyak menghasilkan sebum.

Lagi satu, kulit yang jugak senang naik jerawat adalah combination skin. Biasanya orang jenis kulit kombinasi ni akan selalu naik jerawat area T zone iaitu hidung, dahi dan dagu sebab kawasan tu adalah kawasan berminyak.

Penting tauu untuk kita kenal jenis kulit kita, supaya ianya dapat memudahkan kita choose the right skincare product that will suit our skin.
366 views02:55
Open / Comment
2022-01-14 16:01:32 Apa beza Garnier Micellar Water Pink & Biru?

Kalau berdasarkan packaging dia,

Pink: Untuk kulit sensitif
Biru: Untuk kulit berminyak & berjerawat

Yang warna biru, ada tulis "Pure Active".

Tapi bila I tengok list ingredient dua dua product ni, I ada perasan something.

Ingredients kedua dua product ni almost sama. Sebenarnya sama, kecuali yang warna biru ada extra satu ingredient which is: Alcohol Denat. Alcohol Denat ni biasanya sebagai solvent.

Tapi, alcohol denat ni berpotensi besar akan mengeringkan kulit!

Kesan dia, kalau kulit yang tak tahan, akan jadi kering, pedih, merah, irritated. Sensitive skin memang patut avoid alcohol denat. Dah la dia listkan sebagai bahan yang ke empat dalam ingredient so ada banyak percentage dia.

However, maybe oily-acne prone skin ni ada yang elok kalau pakai product yang ada alcohol denat. I'm not so sure myself. Tak semua alcohol tu tak elok. I'm only saying for alcohol denat tau.

So basically, if you have sensitive, dry skin, use the pink one. Even normal skin or combination skin pun ok je kalau nak guna yang pink. If you know your skin is okay with alcohol denat, can buy the blue one.

That's all. Thanks for reading!

@Tips_SkincarebyHR
411 views13:01
Open / Comment
2022-01-14 09:33:38
Hi. Admin nak iklankan kejap. Sapa sapa yg ada buat bisnes and nak E-BOOK PERCUMA meh isi link ni

FREE je guys tayah bayar pape pun. Grab je ebook ni even korang tak guna sekarang.

Min dah isi dah, korang bila lagi

https://ossifal.com/ebook-lengkap-percuma-panduan-fb-ads-ke-whatsapp/

@Tips_SkincarebyHR
197 views06:33
Open / Comment
2022-01-13 06:36:37
Bila nak kena pakai sunscreen ni?
Semua dah terjawab dalam ilustrasi kat bawah ni.

Jadi apa lagi alasan korang untuk skip SUNSCREEN?

Pokoknya dalam situasi apa sekalipun. Takde alasan untuk tak pakai sunscreen! Selagi masih hidup dan masih punya kulit sila apply.

Cuba korang share sunscreen apa yg korang guna

@Tips_SkincarebyHR
816 viewsedited  03:36
Open / Comment
2022-01-12 16:01:20 Ada yg tanya. Kenapa kulit kering tu penyebab jeragat makin worse?
Kenapa perlu pakai pelembap kalau kulit jeragat?

Okay camni.

Penyebab utama kulit kering adalah dari sinar uv. Bila terdedah uv, kolagen kita rosak. Sifat antioksida kulit musnah. Uv yang tembus kulit secara tak langsung merosakkan lapisan sel kulit.

Sel melanocytes akan dirangsang tuk hasilkan sel melanin. Penghasilan pigmen melanin yang berlebihan tu yang jadi jeragat.

Sebabtu penting pakai uv shield sunscreen tuk lindung dari uv dan elak dari dehydrated berlaku.

Dan moisturizer roselle yang ada HA tuk ikat air dan CERAMIDE tuk seal air.

Vitamin E as antioksidan.

Essential serum tuk percepat produce kolagen. Semuanya saling berkaitan.

Dapat sesuatu?

@Tips_SkincarebyHR
418 views13:01
Open / Comment
2022-01-08 16:30:46
Semalam duk tawaf Guardian sebab ada diskaun 40% untuk skincare. Ini antara produk yang aku ambil, aku nak produk ANTIOKSIDAN.

1. Cosmoderm Bi Phased Toning Essence - RM15+
2. Nivea Recharging Night Cream - RM26+

Produk-produk yang mengandungi antioksidan (Viitamin E, Vitamin C, Ubiquinone dll) ni berfungsi untuk membantu mengatasi masalah-masalah kulit yang berpunca daripada UV termasuk:
1. Kulit kusam
2. Jeragat
3. Garis-garis halus.
4. Secara tak langsung juga membantu memudarkan parut-parut gelap jerawat

Kalau korang ada concerns seperti di atas, boleh cuba dua produk ni, digabungkan dengan amalan penggunaan sunscreen yang baik.

Tapi untuk kulit ACNE PRONE, kena beringat sebab Vitamin E boleh mencetuskan breakout sekiranya tak sesuai. Dua kedua-dua produk ini WANGI -- individu berkulit sensitif kena berwaspada.

Beli kat mak ataupun laki korang pun okay ni. Jangan laki jiran kau pulak Suruh dorang pakai dua ni pada waktu malam. Siang pakai SUNSCREEN.

Kanda Aziz

@Tips_SkincarebyHR
743 views13:30
Open / Comment
2022-01-07 16:31:01 Hai nk share

6 KESILAPAN APABILA MENGGUNAKAN PELEMBAB MUKA

Ramai yang abaikan cara pemakaian pelembab muka dengan betul. Atau tak sedar yang cara rutin dia sebenarnya tak tepat.

1. Menggunakan facial oil sahaja untuk melembab
Walaupun facial oil sangat baik untuk menghidrat dan menenangkan kulit yang kering dan iritasi, tak bermakna boleh digunakan sebagai pelembab. Pelembab mengandungi ramuan yang menarik molekul air ke dalam kulit, sementara produk berasaskan minyak mengandungi bahan-bahan yang hanya merawat permukaan kulit.

2. Menggunakan pelembab semasa kulit kering
Pelembab lebih berkesan apabila kulit masih lembab sebab dapat serap lembapan dan menguncinya dalam jangka masa yang lebih lama. Korang mesti menggunakan pelembab sejurus selepas membersihkan muka sebab bila biarkan muka terdedah terlalu lama tanpa pelembab, lembapan semulajadi pada kulit akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.

3. Lapisan produk yang salah
Untuk mendapatkan manfaat dari produk, termasuk pelembab, produk korang perlu dilapis dengan betul. Dulukan krim yang paling ringan dan bersifat waterbased dan kemudian kepada yang lebih tebal teksturnya. Sebagai contoh, cleanser, serum, pelembab dan akhirnya sunscreen.

4. Exfoliate kulit tanpa melembab
Pengelupasan boleh menyebabkan gangguan pada skin barrier dan keradangan, menjadikan kulit lebih teruk. Gunakan pelembab untuk memulihkan tahap penghidratan.

5. Menggosok terlalu kuat
Pelembab kena diurut perlahan-lahan. Mengurut secara fizikal dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu penyerapan. Terlalu banyak menggosok boleh melemahkan fungsi skin barrier dan menyebabkan keradangan. Akibatnya kulit korang terdedah pada jangkitan bakteria dan fungus.

6. Tidak menggunakan pelembab yang sesuai dengan kulit
Pelembab terbaik ialah yang sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Korang boleh pilih apa saja jenis pelembab yang penting korang tahu kandungan mana yang paling sesuai untuk menangani masalah kulit korang.

Khadijah Mustafa

@Tips_SkincarebyHR
669 views13:31
Open / Comment
2022-01-07 12:34:09
What's happening?! Guardian buat sale kaw kaw lagi

40% all skincare 50% all comestics

Korang ada nak share product yg patut grab time sale ni ? Meh share dengan kitorang

@Tips_SkincarebyHR
797 views09:34
Open / Comment
2022-01-06 10:10:21 Cuba share sikit korang pakai toner apa, brand apa tu. Harga sekali

@Tips_SkincarebyHR
599 views07:10
Open / Comment