🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 14

2023-03-23 12:08:03
934 views09:08
Open / Comment
2023-03-23 10:20:26
Awas cuaca buruk sepanjang Ramadan !

Hari ini, 23 Mac 2023 bermulalah fasa peralihan monsun yang menandakan berakhirnya monsun timur laut. Peralihan monsun dijangka berlarutan sehingga ke pertengahan Mei akan datang .

Sepanjang fasa peralihan monsun, angin akan bertiup lemah dari pelbagai arah. Langit cerah dan cuaca panas di pagi hari manakala ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat akan lebih kerap berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan pantai barat serta pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, barat dan tengah Sarawak.

Awas ! risiko banjir kilat adalah tinggi.

Selain itu, risiko berlakunya hujan batu dan pembentukan fenomena belalai air / darat juga tinggi ketika peralihan monsun .
1.7K views07:20
Open / Comment
2023-03-23 05:26:05
Anak Bulan Ramadan 1444 Hijrah yang berjaya kelihatan di beberapa lokasi di Malaysia semalam .

Kredit imej :-
Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Jabatan Mufti Melaka.
JUPEM Labuan dan Putrajaya.
1.3K views02:26
Open / Comment
2023-03-22 17:36:57
Pernah tengok rupa anak Bulan ?
Imej yang tertera ini merupakan anak Bulan Ramadan 1444 Hijrah yang berjaya dirakam di Balai Cerap Selangor.

Halus tak ? Sebab itu sangat sukar untuk mencarinya di langit.

Anak Bulan atau Hilal merupakan fasa sabit pertama yang kelihatan setelah ijtimak atau fasa Bulan baru .

Kredit imej :- Balai Cerap Selangor.
4.7K views14:36
Open / Comment
2023-03-22 15:12:44
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan .
Selamat menunaikan ibadah puasa.
1.6K views12:12
Open / Comment
2023-03-22 13:39:15
Selamat mencerap Hilal Ramadan 1444 Hijrah kepada semua pencerap .

* Imej dari satelit Himawari-9 jam 06:00 PM, 22 Mac 2023.
1.6K views10:39
Open / Comment
2023-03-22 11:55:59
Tahukah Anda ? :-

Pulau Perak yang terletak di Yan, Kedah merupakan titik rujukan paling barat Malaysia yang digunakan dalam penghitungan kalendar Hijrah di Malaysia.

Ia secara rasmi telah diwartakan sebagai titik rujukan paling barat bermula dari Muharram 1444 Hijrah iaitu pada tahun 2022 yang lalu bagi menggantikan Tanjung Chinchin, Langkawi, Kedah.

Titik rujukan paling timur Malaysia pula berada di Tanjung Atiam, Lahad Datu, Sabah.
2.0K views08:55
Open / Comment
2023-03-22 08:09:18 Bila kita akan mula berpuasa ?
Jom baca .

* Imej yang tertera merupakan Hilal ( anak Bulan ) Ramadan 1440 Hijrah yang lalu .

Balai Cerap Teluk Kemang .
..

Hari ini, 22 Mac 2023 merupakan hari ke 29 Syaaban 1444 hijrah dan akan dilaksanakan cerapan hilal Ramadan pada petang nanti.

Sedikit analasis :-

Bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam takwim hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :-

Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) keduanya tidak kurang dari 6.4 darjah.

* Jika Hilal kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika Hilal tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika Hilal tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.

Berpandukan data kiraan Astronomi untuk keseluruhan Malaysia ;

- Ketika cerapan dilaksanakan pada petang nanti, Bulan telah memasuki fasa Bulan baru atau ijtimak. Bulan telah memasuki fasa Bulan baru pada jam 01:23 AM, 22 Mac 2023.

- Bulan akan terbenam selepas Matahari terbenam.

- Hilal telah terbentuk.

- Keadaan Bulan telah memenuhi Syarat kriteria Imkanur Rukyah.

Disebakan faktor - faktor tersebut, awal Ramadan akan bermula ketika masuk waktu Maghrib 22 Mac 2023 dan kita akan berpuasa keesokan harinya ( 23 Mac 2023 ).

Walaubagaimanapun, sebarang keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja - raja.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan .
Selamat menunaikan ibadah puasa.
363 views05:09
Open / Comment
2023-03-22 08:09:15
325 views05:09
Open / Comment
2023-03-22 05:28:59
Selamat Menyambut Hari Air Sedunia 2023.

Hari ini merupakan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993.

Tema Hari Air Sedunia tahun ini adalah “Accelerating Change” atau membawa maksud Memacu Perubahan yang memberi fokus kepada semua pihak yang berkepentingan secara sinergi dalam melestarikan sumber air secara mampan.
608 viewsedited  02:28
Open / Comment