🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 12

2023-04-10 07:48:23
1.6K views04:48
Open / Comment
2023-04-10 07:46:50 Peta kenampakan Hilal ( anak Bulan ) Syawal 1444 hijrah pada hari cerapan Hilal 20 April 2023/29 Ramadan 1444 berpandukan kriteria :-

1) Imkanur Rukyah Neo MABIMS.
2) Odeh.
3) Shaukat.
4) Yallop.
..

Secara rasmi, bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam kalendar hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah Neo MABIMS seperti berikut :-

Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

* Jika Hilal ( anak Bulan ) kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika Hilal tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika Hilal tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat KIR, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.

Jika seseorang mendakwa melihat Hilal, ia perlu melaporkan kepada pihak berautoriti bagi menetusahkan sama ada apa yang didakwa itu betul - betul Hilal atau sebaliknya melalui bukti bergambar, kesaksian dan sebagainya. Keputusan rasmi akan diumumkan penyimpan mohor besar Raja - Raja melalui sidang media bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
..

Secara teknikalnya, Bulan akan memasuki fasa Bulan baru atau ijtimak pada 20 April 2023, jam 12:12 PM manakala cerapan Hilal Syawal akan dilaksanakan pada petang 20 April 2023 tersebut atau bersamaan 29 Ramadan 1444 hijrah.

Apa yang boleh disimpulkan, berpandukan peta yang tertera, keadaan Bulan di Malaysia pada 20 April 2023 itu tidak memenuhi mana - mana kriteria kenampakan Hilal.

Keadaan Bulan berada jauh di bawah had kenampakan sama ada dengan menggunakan mata kasar ataupun alat bantu optik .

Kebarangkalian yang sangat - sangat tinggi Hilal tidak akan kelihatan ketika cerapan dan Ramadan akan digenapkan menjadi 30 hari. 21 April 2023 hari terakhir berpuasa dan 22 April 2023 kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.

Walaubagaimanapun, kita tunggu hasil cerapan nanti dan tunggu pengumuman rasmi penyimpan mohor besar Raja - raja .
1.6K views04:46
Open / Comment
2023-04-09 04:47:17 Bacaan tambahan :-
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/790-bayan-linnas-siri-ke-97-tersalah-berbuka-puasa-awal-kerana-azan-di-radio
2.3K views01:47
Open / Comment
2023-04-09 04:35:22
Hampir setiap tahun berlaku situasi seperti ini. Masalah teknikal atau kecuaian sebegini boleh berlaku di mana - mana sahaja.

Mengikut hukum, puasa pada hari tersebut dikira batal dan perlu diganti.

Untuk mengelakkan ia berlaku, orang ramai sepatutnya perlu melatih diri untuk lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing - masing. Tidak hanya bergantung 100% mendengar azan di Masjid/surau dan radio semata.

Waktu solat boleh semak di :-
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=24&pageId=24

Ketepatan jam juga perlu diperhatikan .
Pastikan jam anda semua mengikut waktu piawai Malaysia seperti yang tertera di :-

https://mst.sirim.my/index.php?small
..
2.1K views01:35
Open / Comment
2023-04-08 05:38:10
807 views02:38
Open / Comment
2023-04-08 05:38:05 Hilal Syawal 1443 hijrah dilaporkan kelihatan di Wilayah Persekutuan Labuan. Satu - satunya lokasi cerapan rasmi di Malaysia yang dapat menyaksikan Hilal. Data di Labuan ketika itu menunjukkan ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 4.77 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 5.15 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.34%.

Boleh dikatakan keadaan Bulan tahun lalu berada di antara batas kenampakan Hilal. Hilal tidak mustahil kelihatan tetapi dengan kebarangkalian yang rendah.

Disebabkan Hilal telah kelihatan, maka hari raya Aidilfitri diumumkan awal sehari berbanding apa yang tertera di dalam kalendar.
..

Kesimpulannya,
Keadaan Bulan bagi menentukan masuknya awal bulan Syawal 1444 Hijrah dengan Syawal 1443 Hijrah sangat berbeza.

Kebarangkalian untuk Hilal kelihatan pada hari cerapan iaitu pada 20 April 2023 sangat - sangat rendah ( lebih rendah berbanding tahun lalu ) atas banyak faktor seperti keadaan Bulan yang sangat rendah di ufuk akan diganggu serakan cahaya Matahari, faktor cuaca, langit berawan dan sebagainya.

Kebarangkalian tinggi Ramadan 1444 Hijrah akan digenapkan menjadi 30 hari. 21 April 2023 hari terakhir berpuasa dan 22 April 2023 kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.

Apa - apa pun kita tunggu pengumuman rasmi oleh penyimpan mohor besar Raja - raja.

Sekian.
Wallahu A'lam.
811 views02:38
Open / Comment
2023-04-08 05:38:05 Raya awal sehari ?

Isu umat Islam di negara ini akan menyambut hari raya Aidilfitri awal sehari seperti tahun lalu berbanding apa yang tertera di dalam kalendar kembali hangat tahun ini. Pelbagai dakwaan telah tersebar merata.

Benarkah kita akan beraya awal sehari ?

Sebelum pergi lebih jauh, kita fahami terlebih dahulu bagaimana penyusunan kalendar hijrah di Malaysia.

Sejak tahun 1443 Hijrah, bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam kalendar hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah ( KIR ) seperti berikut :-

Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

* Jika Hilal ( anak Bulan ) kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika Hilal tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat KIR yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika Hilal tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat KIR, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.

Jika seseorang mendakwa melihat Hilal, ia perlu melaporkan kepada pihak berautoriti bagi menetusahkan sama ada apa yang didakwa itu betul - betul Hilal atau sebaliknya melalui bukti bergambar, kesaksian dan sebagainya. Keputusan rasmi akan diumumkan penyimpan mohor besar Raja - Raja melalui sidang media bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
..

Ok faham setakat ini ?
..

Analisis data Hilal Syawal 1444 Hijrah dan perbandingan dengan Syawal 1443 Hijrah.

Data yang dirujuk adalan titik paling timur dan paling barat Malaysia.
..

Secara teknikalnya, Bulan akan memasuki fasa Bulan baru atau ijtimak pada 20 April 2023, jam 12:12 PM manakala cerapan Hilal Syawal akan dilaksanakan pada petang 20 April 2023 tersebut atau bersamaan 29 Ramadan 1444 hijrah.

Di Tanjung Atiam, Sabah ( titik timur ) ;
Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 1.53 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 2.02 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.09%.

Di Pulau Perak, Kedah ( titik barat ) ;
Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 2.18 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 2.71 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.13%.

Berpandukan data yang tertera, keadaan Bulan pada 20 April 2023 itu tidak memenuhi sebarang syarat KIR. Altitud Bulan dan jarak lengkung antara Bulan-Matahari jauh di bawah syarat yang telah ditetapkan.

Secara teori, keadaan Bulan berada jauh di bawah had kenampakan sama ada dengan menggunakan mata kasar ataupun alat bantu optik. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya juga sangat kecil sehingga menjadi antara faktor ia sangat sukar kelihatan.

* Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya tidak termasuk di dalam syarat KIR. Saja saya lampirkan sebagai perbandingan.
..

Tahun lalu kenapa kita boleh menyambut hari raya Aidilfitir awal ? Apa faktor yang membezakan Syawal tahun ini dengan tahun lalu ?

Tahun lalu, di titik rujukan paling timur ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 4.65 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 5.02 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.33% manakala di titik rujukan paling barat pula ketika Matahari terbenam, altitud Bulan sekitar 5.26 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari sekitar 5.66 darjah. Peratusan permukaan Bulan yang bercahaya adalah sekitar 0.40%.

Altitud Bulan telah melepasi syarat KIR iaitu tidak kurang dari 3 darjah tetapi jarak lengkung ( elongasi ) masih di bawah syarat tidak kurang dari 6.4 darjah. Keadaan Bulan ketika itu tidak memenuhi syarat KIR sepenuhnya.

Walaupun tidak memenuhi syarat KIR, Hilal dilaporkan berjaya kelihatan ketika cerapan dilaksanakan.
763 views02:38
Open / Comment
2023-04-07 06:48:53
Duduk di Malaysia atau UAE ? tak perlu kalut sangat dengan UAE yang dijangka raya awal sehari . Masa kita dengan UAE pun dah berbeza beberapa jam apatah lagi keadaan Bulan yang semestinya turut ada perbezaan .
1.5K views03:48
Open / Comment
2023-04-06 17:15:54
PINK MOON

Sebahagian suku orang asli di Amerika Utara menggelar Bulan purnama yang berlaku pada bulan April sebagai Bulan merah jampu kerana kebanyakan kawasan di sana ketika April akan ditumbuhi bunga liar bernama Phlox yang berwarna merah jambu .

Jadi , daripada keadaan itu la gelaran Bulan merah jambu diberikan kepada Bulan purnama yang berlaku pada Bulan April .

Selain Bulan merah jambu , terdapat juga gelaran lain untuk Bulan purnama yang berlaku pada bulan April ini .

Antaranya ialah ,
Sprouting Grass Moon, Egg Moon, dan Fish Moon .

..

* Bulan merah jambu hanya gelaran semata. Tidak merujuk kepada perubahan warna pada Bulan . .
499 views14:15
Open / Comment
2023-04-06 15:35:55 Assalamualaikum
Cuba pandang ke langit sekarang . Ada Bulan purnama . Untuk pengetahuan semua, hari ini Bulan telah memasuki fasa purnama .
758 views12:35
Open / Comment