Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 10

2023-04-13 07:19:01
Kemaskini indeks pencemaran udara setakat jam 12:00 PM, 13 April 2023
1.8K views04:19
Open / Comment
2023-04-13 06:15:42
Jangkaan suhu semenanjung pada hari ini, jam 02:00 PM berpandukan unjuran model GFS .
1.2K views03:15
Open / Comment
2023-04-13 04:00:19
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui status terkini berkenaan kualiti udara Malaysia , aplikasi MyIPU iaitu aplikasi rasmi milik Jabatan Alam sekitar tersebut wajib untuk anda miliki atau boleh ke laman sesawang mereka di :-

http://apims.doe.gov.my/home.html
2.7K views01:00
Open / Comment
2023-04-13 03:43:52
Pagi ini Stesen di Larkin, Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada paras 111 .
1.9K views00:43
Open / Comment
2023-04-12 18:08:50
4.6K views15:08
Open / Comment
2023-04-12 13:28:19
1.1K views10:28
Open / Comment
2023-04-12 11:45:53
1.2K views08:45
Open / Comment
2023-04-12 10:19:41
1.3K views07:19
Open / Comment
2023-04-12 10:19:36 Dua gerhana di bulan Ramadan tanda kemunculan Imam Mahdi ?

1) Setakat hari ini, tiada satu pun catatan daripada mana - mana pihak yang menunjukkan pernah berlakunya peristiwa gerhana Bulan di awal Ramadan dan gerhana Matahari di pertengahan Ramadan kerana ia telah menyalahi Sunatullah.

Gerhana Matahari hanya boleh berlaku di akhir bulan hijrah ketika Bulan memasuki fasa Bulan baru manakala gerhana Bulan hanya berlaku di pertengahan bulan hijrah ketika Bulan purnama.

Tambahan pula dua gerhana di Bulan Ramadan tidak membawa sebarang petanda yang luar biasa kerana ia peristiwa yang pernah berlaku banyak kali antaranya ialah pada Tahun 1916 , 1917 , 1937 , 1938 , 1959 , 1960 , 1981 , 1982 dan banyak tahun lagi.

2) Para Ulama menyatakan hadis yang menyentuh kemunculan Imam Mahdi yang ditandai dengan gerhana Bulan di awal Ramadan dan gerhana Matahari di pertengahan Ramadan adalah sangat lemah untuk dijadikan sandaran atau hujah yang kukuh kerana terdapat masalah pada sanad Hadis dan perawinya. Sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah manakala terdapat seorang perawi yang tidak boleh dipercayai yang bernama Amar bin Shamir.

Imam Dar al-Qutni yang meriwayatkan hadis ini menyatakan bahawa perawi ini tidak boleh dipercayai. Riwayat tersebut sememangnya ada disebut dalam Kitab Sunan Dar al-Qutni melalui jalan riwayat yang berlainan. Namun para ulama hadis menyatakan bahawa hadis ini adalah munqati’ dan Amar bin Shamir merupakan seorang yang sangat diragui. Di dalam kitab Mizanul I’tidal, Imam al-Dzahabi telah mengumpulkan ulasan para ulama mengenai terhadap Amar bin Shamir. Antaranya: Imam Yahya Bin Mu’en berkata: “Perawi yang tidak dikenali”. Berkata Imam Jauzjani: “Dia seorang penipu”. Ibni Hibbaan menyatakan: “Seorang Syiah yang mencaci sahabat dan mereka-reka hadis dengan menggunakan nama-nama ulama yang berautoriti”. Berkata Imam Bukhari: “Hadisnya munkar.” Imam Yahya berkata: “Perawiannya tidak patut diterima”. Berkata Imam Sulaimani: “Amar mereka-reka cerita bagi menyokong dakwaan Syiah”. Imam Nasaai berkata: “Perawiannya ditolak.”
..

3) “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”

Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901).
1.3K views07:19
Open / Comment
2023-04-12 05:24:00
Kualiti udara merosot .
Stesen pemantau kualiti udara di Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat pagi ini manakala hampir kesemua stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara sederhana .
1.4K views02:24
Open / Comment