Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0

The latest Messages 11

2023-04-12 02:41:33
Matahari pagi ni .
1.9K views23:41
Open / Comment
2023-04-11 17:26:29
Perbandingan saiz ikan Mola - mola atau Sunfish dewasa dengan anak Mola - mola
595 views14:26
Open / Comment
2023-04-11 14:40:23
957 views11:40
Open / Comment
2023-04-11 13:30:33
Peristiwa menarik malam ini :-

1) Malam ini penduduk di semenanjung boleh menyaksikan lintasan Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) dalam lingkungan waktu 07:45 PM sehingga 07:53 PM. ISS akan mula terbit di langit arah barat laut dan bergerak menuju ke arah selatan-tenggara. ISS akan kelihatan seperti satu titik cahaya seperti bintang tetapi tidak berkelip yang bergerak laju dalam satu garis lurus.

* Sebagai panduan, ISS malam ini akan kelihatan melintas berhampiran planet Zuhrah.

2) Planet Zuhrah akan kelihatan berada berdekatan dengan gugusan bintang terbuka Pleiades di langit arah barat sekitar waktu Maghrib sehingga Isya'.

3) Waktu terbaik untuk menyaksikan planet Utarid apabila Utarid berada di kedudukan Elongasi timur terbesar hari ini. Ketika berada di kedudukan Elongasi timur terbesar, ia akan mencapai kedudukan paling tinggi di langit arah barat selepas Matahari terbenam. Utarid Boleh disaksikan sekitar waktu Maghrib.
2.2K views10:30
Open / Comment
2023-04-11 12:26:20
1.1K views09:26
Open / Comment
2023-04-10 13:41:30 Memandai - mandai . . .

1) Tiada gerhana Bulan pada 6 April 2023 . Yang berlaku cuma Bulan memasuki fasa purnama.

2) 20 April 2023 ini akan berlaku gerhana Matahari Hibrid yang melibatkan gerhana Matahari cincin/anulus, gerhana Matahari penuh dan juga gerhana Matahari separa. Durasi maksimum gerhana itu nanti adalah sekitar 1 minit 16 saat. Di Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana Matahari separa yang berlaku pada waktu tengah hari.

3) Pertukaran tarikh bulan baru tidak mengambil kira peratusan permukaan Bulan yang bercahaya.

Bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam kalendar hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :-

Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

* Jika Hilal ( anak Bulan ) kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika Hilal tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika Hilal tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.
366 views10:41
Open / Comment
2023-04-10 13:41:30
325 views10:41
Open / Comment
2023-04-10 11:18:57 Memandai - mandai . . .

1.4K views08:18
Open / Comment
2023-04-10 11:18:55
1.3K views08:18
Open / Comment
2023-04-10 10:50:39 https://vt.tiktok.com/ZS8tcc8m9/
1.0K views07:50
Open / Comment