Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 9

2023-04-14 17:07:04
Ada sesiapa yang nampak cahaya seperti ini di langit Malaysia malam ini tadi ?

Ini gambar yang berjaya diambil dari negara jiran kita, Indonesia.

Ia adalah roket Ariane 5 yang digunakan untuk melancarkan misi Jupiter Icy Moons Explorer (JUICE) ke orbit sebelum memulakan perjalanan ke bulan planet Musytari.

Roket dilancarkan sekitar jam 08:14 PM ( waktu Malaysia ), 14 April 2023 dari tapak pelancaran ELA-3, Guiana Space Centre, Kourou, French Guiana .
1.4K views14:07
Open / Comment
2023-04-14 12:16:19
Status gelombang haba Malaysia, 14 April 2023 :-

Jeli di Kelantan hari ini telah diletakkan di bawah status gelombang haba.
* Takrifan gelombang haba di Malaysia adalah suhu maksimum harian melebihi 37°C sehingga 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.

Manakala beberapa kawasan lain telah diletakkan dibawah status berjaga-jaga.
* Suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut

Kawasan yang terlibat adalah :-

Perlis.
Kedah : Sik.
Perak : Hulu Perak, Kinta, Batang Padang.
Kelantan : Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah.
Pahang : Lipis, Jerantut, Raub, Bentong, Maran.
Negeri Sembilan : Jempol.
Terengganu : Kuala Terengganu.
3.0K views09:16
Open / Comment
2023-04-13 17:48:52
Segamat satu - satunya stesen yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) tidak sihat ketika ini pada paras 152.

* Kemaskini setakat jam 10:00 PM.
2.4K views14:48
Open / Comment
2023-04-13 12:14:33
704 views09:14
Open / Comment
2023-04-13 11:53:46
Kalau tanya budak - budak TADIKA pun mesti dorang dapat bezakan ini gambar Bulan atau Matahari.

Macam mana wartawan tidak boleh membezakannya ? Cerita pasal gerhana Matahari tepek gambar gerhana Bulan
800 views08:53
Open / Comment
2023-04-13 11:23:32
865 views08:23
Open / Comment
2023-04-13 11:23:27 Masyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan berautoriti sebelum mengeluarkan sebarang komen.

8. JAKIM menyeru kepada masyarakat awam supaya menghentikan sebarang polemik dan menunggu hasil keputusan cerapan Syawal 1444H yang akan diisytiharkan pada malam 29 Ramadan 1444H/ 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Malaysia.

Sekian.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
13 April 2023
749 views08:23
Open / Comment
2023-04-13 11:23:27 KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

MAKLUMBALAS LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 13 APRIL 2023 BERTAJUK
“CERAPAN ANAK BULAN LEBIH KETAT DAN TELITI’’

Bil. 9/2023

1. JAKIM ingin merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti’’ yang disiarkan pada Khamis, 13 April 2023.

2. Laporan akhbar berkenaan bahawa hasil cerapan 1 Syawal 1443H / 2 Mei 2022 yang lalu tidak sah dan terbatal adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana hasil cerapan tersebut telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Pada petang 29 Ramadan 1443H, anak bulan telah berjaya dikesan melalui teleskop oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak oleh jawatankuasa berkenaan. Selain itu, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut juga telah dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit. Imej yang diperolehi kemudiannya disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur. Satu perbincangan khusus juga kemudian dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan imej yang diperolehi dengan membandingkan data-data hilal yang disediakan sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat. Kenampakan hilal tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong.

3. Secara teknikalnya, data hilal Syawal 1443H adalah tidak memenuhi syarat Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) yang telah ditetapkan iaitu “ketika matahari terbenam ketinggian hilal sekurang-kurangnya 3⁰ dan Jarak Lengkung hilal Matahari 6⁰ 24``”. Data hilal Syawal pada ketika itu adalah berada pada ketinggian 5⁰ 27`` dan Jarak Lengkung 5⁰ 28``. Daripada data tersebut dapat dirumuskan bahawa kedudukan hilal berada pada kedudukan kritikal atau 50/50 untuk dapat dilihat kerana salah satu syarat telah dipenuhi dan beza dengan syarat Kriteria Imkanur Rukyah terlalu kecil.

4. Selain itu juga, tempoh cerapan hilal yang agak lama iaitu 27 minit dan keadaan cuaca yang baik membantu kepada proses cerapan dan peluang kenampakan hilal. Umur hilal yang mencecah 15 jam 28 minit juga menunjukkan bahawa lebar sabit hilal adalah lebih matang dan peluang kenampakan ketika itu adalah lebih cerah. Oleh kerana peluang kenampakan hilal pada ketika itu adalah 50/50, perkara ini telah dibincangkan dan diberi perhatian oleh Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah supaya segala kemungkinan tersebut diberi perhatian yang sewajarnya. Penjelasan lanjut berhubung isu ini boleh diikuti menerusi laman Facebook rasmi JAKIM dalam rancangan Tanya JAKIM yang disiarkan secara langsung menerusi pautan https://fb.watch/jTb3oYTnYQ/?mibextid=cr9u03 .

5. JAKIM juga menyangkal laporan artikel berkenaan yang menyatakan bahawa laporan kenampakan hilal Syawal 1443H tidak direkodkan dalam laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan kerana semakan JAKIM di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mendapati rekod tersebut boleh diakses di pautan https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan.

6. Sehubungan itu, kenyataan bahawa pengisytiharan kenampakan hilal Syawal 1443H/ 2 Mei 2022 di Labuan terbatal adalah amat tidak tepat dan sangat mengelirukan.

7. Semua pihak disarankan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau sebarang kandungan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal supaya tidak berlakunya kegusaran dan polemik yang boleh menjurus kepada ketidaktenteraman awam.
725 views08:23
Open / Comment
2023-04-13 08:27:20 MANUSIA PERTAMA KE ANGKASA

12 April 2023 merupakan ulang tahun ke 66 kejayaan manusia pertama di era moden ini ke angkasa .

Manusia pertama yang berjaya ke angkasa tersebut ialah Yuri Alekseyevich Gagarin atau Yuri Gagarin dari Kesatuan Soviet.

Beliau telah melengkapkan satu kali misi penerbangan mengorbit Bumi dengan menaiki kapal angkasa Vostok 3KA melalui misi ' Vostok 1 ' di bawah program Vostok .

Yuri Gagarin yang berada di dalam Vostok 3KA berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Vostok-K
pada 12 April 1961 , jam 06:07 UTC dari Kosmodrom Baikonur lalu mengorbit Bumi pada altitud sehingga 327 Kilometer dengan kelajuan 27400 kilometer / jam sebelum kembali mendarat di permukaan Bumi , berhampiran barat daya Engels, di dalam wilayah Saratov  pada hari yang sama , jam 07:55 UTC .

Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 48 minit iaitu dari masa ia berlepas sehingga kembali mendarat di permukaan Bumi .

* Terdapat juga laporan yang menyatakan Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 46 minit sahaja .

Selain menempa nama sebagai manusia pertama ke angkasa di era moden ini , Yuri Gagarin juga turut menempa nama sebagai manusia pertama yang berjaya mengorbit Bumi dan menjadikan kejayaan Kesatuan Soviet tersebut sebagai perintis misi menghantar manusia ke angkasa selepas itu .

Kredit imej :- The Huntsville Times
974 views05:27
Open / Comment
2023-04-13 08:27:18
921 views05:27
Open / Comment