Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 6

2023-04-20 10:52:06
Detik - detik ketika bayangan Bulan menutupi permukaan Bumi semasa gerhana Matahari Hibrid hari ini, 20 April 2023 yang telah dirakam satelit Himawari-9 .
3.0K views07:52
Open / Comment
2023-04-20 07:34:03 Dapat saksikan gerhana Matahari separa ? Bolehlah Kongsikan gambar gerhana di kawasan masing2 untuk tatapan bersama . Tempat min mendung .
1.9K views04:34
Open / Comment
2023-04-20 06:44:21
Kemuncak gerhana Matahari penuh di Exmouth, Australia Barat.
3.6K views03:44
Open / Comment
2023-04-20 06:38:07
Australia ketika ini dilindungi bayangan Bulan . Di Malaysia pula dilindungi bayangan awan
1.7K views03:38
Open / Comment
2023-04-20 05:00:35 Live gerhana Matahari :-
https://www.youtube.com/live/ifILl7GeZpE?feature=share
11.4K views02:00
Open / Comment
2023-04-20 04:22:49
Tatacara Solat sunat gerhana Matahari.

Boleh dilakukan bermulanya gerhana Matahari sehingga gerhana Matahari berakhir .
4.0K views01:22
Open / Comment
2023-04-20 03:35:07
2.4K views00:35
Open / Comment
2023-04-19 15:39:55
Esok boleh pinjam penapis mak korang untuk menyaksikan gerhana Matahari dengan selamat

Tapi jangan lupa pulang . Nanti ada yang naik angin .
217 views12:39
Open / Comment
2023-04-19 10:53:10
AMARAN !

- Jangan menyaksikan gerhana Matahari secara terus dengan menggunakan mata kasar .
- Jangan menyaksikan gerhana melalui pantulan pada permukaan air .
- Jangan menggunakan cermin mata .
- Jangan menggunakan filem X-Ray
- Jangan menggunakan kepingan filem .
- Jangan menggunakan Cakera padat atau cakera liut .
..

Kesan jika menyaksikan gerhana Matahari dengan cara yang tidak selamat adalah mata berisiko tinggi rosak kekal dan yang paling berbahaya boleh menjadi faktor kebutaan !
1.0K views07:53
Open / Comment
2023-04-19 10:23:40 CARA SELAMAT MENYAKSIKAN GERHANA MATAHARI.
..

Tatkala kita semua ternanti - nanti untuk menyaksikan peristiwa gerhana Matahari separa pada 20 April 2023 ini, aspek keselamatan jangan pernah kita abaikan.

JANGAN sesekali menyaksikan gerhana Matahari secara langsung dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja.

Mata berisiko tinggi rosak kekal dan yang paling berbahaya boleh menjadi faktor kebutaan.

Terdapat beberapa cara yang paling selamat untuk menyaksikan gerhana Matahari, antaranya :-

1) Keadah Pinhole/lubang jarum.

- Barang yang boleh digunakan adalah dua helai kertas atau kadbod.
- Ambil sehelai kertas/kadbod dan buat satu lubang kecil di tengah.
- Pastikan lubang tersebut bulat dengan sempurna.
- Dengan cara membelakangi Matahari, pegang kertas/kadbod yang telah dilubangkan di atas bahu dan biarkan cahaya Matahari melalui lubang.
- Kertas yang kedua ( tiada lubang ) boleh dijadikan sebagai skrin.

2) Jari tangan.

-  Saksikan bayang Matahari yang melalui celah - celah jari tangan.

3) Daun pokok.

- Bayang yang muncul melalui ruang yang ada di antara daun - daun pokok boleh dijadikan salah satu kaedah menyaksikan gerhana Matahari.

4) Penapis.

- Gunakan penapis yang biasa digunakan di dapur.
- Cara menggunakan kaedah ini adalah dengan cara berdiri membelakangi Matahari sehingga cahaya Matahari muncul di tanah.
- Boleh juga menggunakan kertas putih sebagai skrin.

5) Cermin mata gerhana.

- Cermin mata khas untuk gerhana Matahari.

6) Kaca kimpalan.

- Gunakan kaca untuk kimpalan yang bernombor #14.
1.4K views07:23
Open / Comment