🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 157

2021-04-17 17:42:36
Surigae telah pun mencapai status Taufan Super kategori 5 ketika ini .

Fuhhh !!!
Mujur hanya berpusar - pusar di perairan . Jika Surigae tiba di daratan , kemusnahan yang dasyat bakal berlaku .

Unjuran daripada model ramalan menunjukkan pusat sistem tidak akan menerjah mana - mana daratan . Walaubagaimanapun ia masih mampu menyebabkan keadaan cuaca buruk di kawasan berhampirannya .

Setakat ini , Purata angin kencang berterusan yang direkodkan selamat 1 minit di sekitar pusat sistem mencapai kelajuan 155 knots manakala deruan angin langkisau mampu mencapai kelajuan 190 knots .
822 views14:42
Open / Comment
2021-04-17 16:21:51
Liputan siaran langsung peristiwa penghijaban planet Marikh oleh Bulan malam ini di :-

Apadilangit
(https://www.facebook.com/apadilangit/videos/270378508164838/)

Jabatan Mufti Negeri Selangor
(https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor/videos/813456985923225/)

Dark Sky Malaysia
(https://www.facebook.com/darkskymalaysia/videos/206113217946358/)

Saizwagazer Astronomy
(https://www.facebook.com/DrSairin/videos/452435429362605/)

Heng Ee Astronomy Club
(https://www.facebook.com/ACoHEHS/videos/1410283466002055/)

Balai Cerap Al-Biruni
(https://www.facebook.com/albeluranialfalakioriginal/videos/873891660133880/)
767 views13:21
Open / Comment
2021-04-17 15:40:14 Rasanya tak akan dapat tengok peristiwa penghijaban Marikh oleh Bulan malam ni tapi dapat tengok penghijaban Marikh dan Bulan oleh awan . . .
Tempat korang langit clear ke tu ?


mj: Langit berawan. Mmg tak nampak bulan

Epoi: Hijab dek awan

Mohd Parus: Berawan

Nurul Shafika Ahmad: Renyai renyai. Memang tak dapat tengoklah

FA: Mendung ...

Muhammad: Langit berawan sedih

M: Berawan kat sini

DNA : Langit berawan

Tini: Tak min..tgh guruh niy...kilat ada la

Muhammad: Hujan sehujan hujannya

🇸​🇺​🇩​🇮​🇳​: Hujan

11 people have voted so far.
Personal Board
744 views12:40
Open / Comment
2021-04-17 13:40:46
Surigae terus mengumpul kekuatan petang ini .
Statusnya yang terkini adalah TAUFAN SUPER kategori 4 ! .

Purata angin kencang berterusan yang direkodkan selamat 1 minit di sekitar pusat sistem mencapai kelajuan 130 knots (240 km/j) manakala deruan angin langkisau mampu mencapai kelajuan 160 knots (296 km/j) .
961 views10:40
Open / Comment
2021-04-17 11:41:08 Kepada Astrophile sekalian , jangan lupa untuk menyaksikan peristiwa penghijaban planet Marikh oleh Bulan pada malam ini .

Di dalam bidang Astronomi , penghijaban atau Occultation merujuk kepada peristiwa di mana sesuatu objek langit itu dilindungi oleh objek lain yang melintas dihadapannya sehingga ia hilang dari pandangan pemerhati untuk seketika .

Untuk peristiwa malam ini , planet Marikh akan beransur - ansur hilang dari pandangan kita apabila bahagian Bulan yang gelap mula melintas di hadapan Marikh sebelum muncul kembali di langit malam di bawah bahagian Bulan yang terang setelah Bulan bergerak menjauhi planet tersebut .

Secara umumnya , peristiwa ini dapat disaksikan di seluruh Malaysia dengan menggunakan mata kasar dan juga alat bantu optik seperti teleskop dalam lingkungan jam 09:00 PM , 17 April 2021 sehingga jam 10:40 PM di sekitar arah barat .

* Waktu yang lebih terperinci adalah berbeza - beza mengikut lokasi pemerhati .

Merujuk data The International Occultation Timing Association
(http://www.lunar-occultations.com/iota/planets/0417mars.htm) ,

Di Johor Bahru contohnya , bermula dari jam 09:21 PM sehingga 10:33 PM .
..
979 views08:41
Open / Comment
2021-04-17 11:41:03
861 views08:41
Open / Comment
2021-04-17 08:48:15
Selamat kembali ke Bumi . . .

Setelah menghabiskan masa selama kira - kira 185 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa , pada hari ini , 17 April 2021 , tiga orang angkasawan iaitu Kate Rubins ( USA ) , Sergey Ryzhikov ( Rusia ) dan Sergey Kud-Sverchkov ( Rusia ) telah selamat kembali ke Bumi .

* Ketiga - tiga angkasawan tersebut telah meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa pada jam 09:34 AM , 17 April 2021 dengan menaiki kapal angkasa kru Soyuz MS-17 dan berjaya mendarat di kawasan lapang berhampiran Dzhezkazgan , Kazakhstan .
1.1K views05:48
Open / Comment
2021-04-17 07:51:04

1.1K views04:51
Open / Comment
2021-04-17 05:28:20 surigae sudah membuka matanya pagi ini .

Mata sesuatu siklon tropika ( hurikan , taufan dan lain - lain nama ) merupakan bahagian yang paling tenang sekali di dalam struktur sistem siklon tropika

Tetapi , berhampiran mata siklon tropika terdapat dinding mata yang mengelilingi mata .

Dinding mata merupakan bahagian yang paling dasyat dan ditakuti dalam struktur sistem siklon tropika kerana kekuatan angin yang terhasil di kawasan tersebut

Mana - mana kawasan di Bumi yang dilalui dinding mata , kerosakan dan kemusnahan yang dasyat mungkin berlaku berbanding kawasan yang berada pada struktur sistem siklon tropika yang lain .
..

Merujuk data yang dikeluarkan Pusat Amaran Taufan Bersama ( JTWC ) , kemaskini jam 05:00 AM , 17 April 2021 , kekuatan Surigae telah meningkat dengan begitu pantas . Ia telah pun mencapai status taufan kategori 4 mengikut skala Saffir-Simpson .

Purata angin kencang berterusan yang direkodkan selamat 1 minit di sekitar pusat sistem telah mencapai kelajuan 115 knots manakala deruan angin langkisau mampu mencapai kelajuan 140 knots .
1.1K views02:28
Open / Comment
2021-04-17 05:28:17
1.0K views02:28
Open / Comment