🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 158

2021-04-16 06:39:56
Kekuatan ribut tropika Surigae yang berpusar - pusar di perairan berhampiran Filipina telah meningkat menjadi suatu taufan kategori 1 mengikut skala Saffir-Simpson pagi ini .

Purata angin kencang berterusan yang direkodkan selamat 1 minit di sekitar pusat sistem mencapai kelajuan 75 knots manakala deruan angin langkisau mampu mencapai kelajuan 90 knots .

Surigae ialah nama timangan untuk siklon tropika yang diberikan oleh Korea utara yang merujuk kepada sejenis Helang . Ia merupakan siklon tropika pertama di lembangan barat laut Pasifik yang mencapai kekuatan taufan bagi tahun 2021 ini .
1.1K views03:39
Open / Comment
2021-04-15 12:37:04
Berkepul - kepul awan kumulonimbus di semenanjung petang ini .
Kehadiran awan kumulonimbus ini petanda keadaan cuaca buruk .

Hati-hati dengan kehadiran angin kencang , risiko panahan petir , hujan lebat . . .
1.6K views09:37
Open / Comment
2021-04-15 08:43:17 ketika fasa peralihan monsun , memang kerap berlaku ribut . Sila cakna dengan setiap amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia .
1.5K views05:43
Open / Comment
2021-04-15 06:03:37
Kompas masyarakat Hawaii berpandukan bintang di langit .
..

" Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju . "

( surah Al-Nahl , ayat 16)
1.6K views03:03
Open / Comment
2021-04-15 03:46:22 Kenapa Malaysia puasa selasa , Brunei puasa rabu ?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223769950829084&id=1603315048
1.7K views00:46
Open / Comment
2021-04-14 18:58:19

1.8K views15:58
Open / Comment
2021-04-14 10:28:44
Terdapat satu sistem siklon tropika berstatus ribut tropika yang diberi nama timangan
' Surigae ' sedang berpusar - pusat di lembangan barat laut Pasifik ketika ini .
2.0K views07:28
Open / Comment
2021-04-14 03:52:09
2.0K views00:52
Open / Comment
2021-04-13 18:51:29
Tempoh berpuasa di serata dunia bagi tahun 2021.

- Secara umumnya , tempoh berpuasa tahun ini dalam lingkungan 10 ke 21 jam bergantung pada tempat .

- Pendudukan di hemisfera utara akan berpuasa lebih lama berbanding penduduk di hemisfera selatan.

- Tempoh berpuasa di Longyearbyen , Norway contohnya sekitar 21 jam manakala di Ushuaia , Argentina pula sekitar 10 ke 11 jam sahaja.

- 12 Mei 2021 merupakan tempoh berpuasa paling lama di hemisfera utara dan yang paling singkat di hemisfera selatan.

Mungkin ada yang tertanya - tanya bagaimana berpuasa di tempat yang siang harinya sangat panjang.

Ada beberapa pandangan untuk menjawap persoalan tersebut antaranya:-

1) Perlu berpuasa seperti biasa bermula terbit matahari sehinggalah terbenam matahari . Walaupun siangnya panjang , akan tetapi malam dan siang tetap dapat dibezakan dalam tempoh 24 jam .

2) Mengikut tempat terdekat yang memiliki keseimbangan waktu antara siang dan malam .

3) Mengikut waktu kota suci Mekah dan Madinah .

Kredit imej:- AlJazeera
3.5K viewsedited  15:51
Open / Comment
2021-04-13 10:15:22 MANUSIA PERTAMA KE ANGKASA

12 April 2021 merupakan ulang tahun ke 60 tahun kejayaan manusia pertama di era moden ini ke angkasa .

Manusia pertama yang berjaya ke angkasa tersebut ialah Yuri Alekseyevich Gagarin atau Yuri Gagarin dari Kesatuan Soviet ( kini Rusia ) .

Beliau telah melengkapkan satu kali misi penerbangan mengorbit Bumi dengan menaiki kapal angkasa Vostok 3KA melalui misi ' Vostok 1 ' di bawah program Vostok .

Yuri Gagarin yang berada di dalam Vostok 3KA berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Vostok-K
pada 12 April 1961 , jam 06:07 UTC dari Kosmodrom Baikonur lalu mengorbit Bumi pada altitud sehingga 327 Kilometer dengan kelajuan 27400 kilometer / jam sebelum kembali mendarat di permukaan Bumi , berhampiran barat daya Engels, di dalam wilayah Saratov pada hari yang sama , jam 07:55 UTC .

Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 48 minit iaitu dari masa ia berlepas sehingga kembali mendarat di permukaan Bumi .

* Terdapat juga laporan yang menyatakan Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 46 minit sahaja .

Selain menempa nama sebagai manusia pertama ke angkasa di era moden ini , Yuri Gagarin juga turut menempa nama sebagai manusia pertama yang berjaya mengorbit Bumi dan menjadikan kejayaan Kesatuan Soviet tersebut sebagai perintis misi menghantar manusia ke angkasa selepas itu .


Rujukan :-

- 'History of manned spaceflight'. Fédération Aéronautique Internationale.
( https://www.fai.org/page/icare-history-pioneers )

- 'Vostok lands successfully'.
( http://www.russianspaceweb.com/vostok1_landing.html )

- 'Yuri Gagarin and Vostok 1, the First Human Spaceflight'.
( https://www.planetary.org/space-missions/vostok-1 )

Kredit imej :- The Huntsville Times
2.0K views07:15
Open / Comment