Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 160

2021-04-11 08:10:16
Imej Swafoto Perayau Perseverance bersama helikopter Inguinity pada 06 April 2021 yang lalu . Ketika imej diambil , jarak Inguinity dengan Perseverance sekitar 4 meter .

Imej ini merupakan gabungan 62 imej menjadi satu . Setiap imej diambil dengan menggunakan kamera bernama WATSON (Wide Angle Topographic Sensor for Operations and eNgineering) yang merupakan bahagian daripada instrumen SHERLOC (Scanning Habitable Environments with Raman and Luminescence for Organics and Chemicals) yang terletak di hujung lengan robotik Perayau .

Bagaimana Perayau Marikh berswafoto ?

Boleh saksikan video ringkas di pautan ini :-

https://www.instagram.com/p/6k4pUMFbys/?utm_source=ig_embed&ig_mid=E93A2488-D75A-46B8-817D-29881CBDFFC2




..
1.6K views05:10
Open / Comment
2021-04-10 17:55:18
Peta ini menunjukkan negara yang tidak mempunyai sungai mengalir secara kekal .

Semenanjung Arab merupakan wilayah yang tidak mempunyai sungai mengalir secara kekal terbesar di dunia .

Sumber air utama diperoleh dari air bawah tanah dan juga penyahgaraman air laut .
1.7K viewsedited  14:55
Open / Comment
2021-04-10 15:41:42
Setibanya 3 orang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa semalam , kini terdapat 10 orang angkasawan yang sedang berada di sana .

10 orang angkasawan tersebut ialah :-

- Kate Rubins ( USA )
- Sergey Ryzhikov ( Rusia )
- Sergey Kud-Sverchkov ( Rusia )
- Shannon Walker ( USA )
- Victor Glover ( USA )
- Mike Hopkins ( USA )
- Soichi Noguchi ( Jepun )
- Oleg Novitsky ( Rusia )
- Pyotr Dubrov ( Rusia )
- Mark T. Vande Hei ( USA )
1.7K views12:41
Open / Comment
2021-04-10 05:27:16
Dua tahun yang lalu iaitu pada 10 April 2019 , buat pertama kalinya dalam sejarah , saintis daripada projek Event Horizon Telescope telah mengumumkan kejayaan merakam imej pertama sebuah lohong hitam yang terletak di pusat galaksi M87 dengan jarak melebihi 53 juta tahun cahaya dari Bumi .
2.0K views02:27
Open / Comment
2021-04-09 13:28:26 Liputan siaran langsung ketibaan kapal angkasa kru Soyuz MS-18 di Stesen Angkasa Antarabangsa bermula ! .

Soyuz MS-18 yang membawa tiga orang angkasawan iaitu Oleg Novitsky ( Rusia ) , Pyotr Dubrov ( Rusia ) dan Mark T. Vande Hei ( USA ) dijadual akan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa dan bercantum pada pangkalan cantum modul Rassvet sekitar jam 07:07 PM , 09 APRIL 2021.



489 viewsedited  10:28
Open / Comment
2021-04-09 11:54:13 Siaran langsung ketibaan Soyuz MS-18 di Stesen Angkasa Antarabangsa boleh disaksikan di :-

(

)
* Liputan bermula dari jam 06:15 PM , 09 April 2021 .
689 views08:54
Open / Comment
2021-04-09 11:48:20
Detik - detik pelancaran roket Soyuz 2.1a dari tapak pelancaran pad 31/6 Baikonur Cosmodrome , Kazakhstan pada jam 03:42 PM , 09 April 2021 bagi menempat kapal angkasa kru Soyuz MS-18 ke orbit sebelum ia memulakan perjalanan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa .

Soyuz MS-18 yang membawa tiga orang angkasawan iaitu Oleg Novitsky ( Rusia ) , Pyotr Dubrov ( Rusia ) dan Mark T. Vande Hei ( USA ) dijadual akan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa dan bercantum pada pangkalan cantum modul Rassvet sekitar jam 07:07 PM , 09 APRIL 2021 .

* Tujuh orang angkawasan yang sedang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa ketika ini akan menyambut ketibaan mereka bertiga di sana .

Tujuh orang angkasawan tersebut ialah :-

- Kate Rubins ( USA )
- Sergey Ryzhikov ( Rusia )
- Sergey Kud-Sverchkov ( Rusia )
- Shannon Walker ( USA )
- Victor Glover ( USA )
- Mike Hopkins ( USA )
- Soichi Noguchi ( Jepun )
754 views08:48
Open / Comment
2021-04-09 10:30:45 TIGA ANGKASAWAN KE ISS .

Liputan siaran langsung pelancaran roket Soyuz 2.1a yang membawa kapal angkasa kru Soyuz MS-18 menuju ke angkasa dari tapak pelancaran pad 31/6 Baikonur Cosmodrome , Kazakhstan .
..

Roket dijadual dilancarkan pada jam 03:42 PM , 09 APRIL 2021 .
..

Tujuan pelancaran adalah untuk meletakkan kapal angkasa kru Soyuz MS-18 ke orbit bagi memulakan perjalanan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) .
..

* Soyuz MS-18 dijangka akan tiba di ISS dan bercantum pada pangkalan cantum modul Rassvet sekitar jam 07:07 PM , 09 APRIL 2021 .
..

Kapal angkasa kry Soyuz MS-18 merupakan misi kapal angkasa yang membawa 3 angkasawan ke ISS iaitu :-

- Oleg Novitsky ( Rusia )
- Pyotr Dubrov ( Rusia )
- Mark T. Vande Hei ( USA )
..



878 views07:30
Open / Comment
2021-04-08 07:59:55
Lautan Pasifik yang merupakan lautan terbesar di Bumi juga dikenali sebagai Lautan Teduh di alam Melayu .
173 views04:59
Open / Comment
2021-04-06 15:23:29
Sekitar Subuh esok hari , boleh cuba pandang ke arah timur .

Kedudukan Bulan , Zuhal dan Musytari membentuk formasi segi tiga kosmos .
884 views12:23
Open / Comment