Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 164

2021-03-22 05:14:10
Hari ini , 22 Mac 2021 merupakan sambutan Hari Air Sedunia .

Hargailah air kita . .

Kredit imej :- MetMalaysia
2.7K views02:14
Open / Comment
2021-03-21 13:31:43 Sedikit info berkenaan Asteroid 231937 ( 2001 FO32 ) yang sedang heboh ketika ini .

Nak hentam Bumi ke ? ...

- Asteroid 2001 FO32 ditemukan oleh Projek Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di Lincoln Laboratory's Experimental Test Site , New Mexico , Amerika Syarikat pada 23 Mac 2001 .

- Diameter Asteroid tersebut dianggarkan sekitar 0.767 kilometer ke 1.714 kilometer . Berpandukan data yang telah dikumpulkan , 2001 FO32 dijangkakan akan bergerak melintasi Bumi pada 22 Mac 2021 dan berada di kedudukan terdekatnya dengan Bumi pada jam 12:03 AM .

- Ketika ia melintasi Bumi , jarak terdekatnya dengan Bumi sekitar 5.25 kali jarak purata Bumi Bulan atau sekitar 2 juta kilometer .

- Setakat ini , 2001 FO32 merupakan Asteroid terbesar yang akan melintasi Bumi bagi tahun 2021. Selain itu , ia juga merupakan salah satu Asteroid yang bergerak paling cepat semasa melintasi Bumi dengan kelajuan 123887 kilometer/jam .

- Semasa melintasi Bumi , anda tidak boleh menyaksikan Asteroid tersebut dengan hanya menggunakan mata kasar . Perlukan teleskop bersaiz 8 inci dan ke atas .

- Tidak perlu panik . Tidak perlu sebar info palsu . 2001 FO32 hanya melintasi Bumi dengan jarak yang sangat jauh .Tiada kesan buruk yang akan berlaku .

Sekian ,
Wallahu A'lam .
..

Ikuti Channel telegram
'AstroMet Malaysia' untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :-

( https://t.me/AstroMetMalaysia )
3.5K views10:31
Open / Comment
2021-03-21 13:31:30
3.0K views10:31
Open / Comment
2021-03-20 16:09:47 Jom sertai live kami sekarang.


649 views13:09
Open / Comment
2021-03-20 12:44:23
Secara teknikalnya , Matahari telah berada tepat di atas Khatulistiwa pada jam 05:37 PM hari ini , 20 Mac 2021 .
1.4K views09:44
Open / Comment
2021-03-20 09:10:13 Adakah tempoh masa siang dan malam sama panjang semasa hari Ekuinoks di seluruh dunia ?

Ramai yang beranggapan bahawa siang dan malam adalah sama panjang ketika Ekuinoks berlaku .

Benarkah ? Secara teknikalnya TIDAK

Kenapa ?

Untuk pengetahuan semua ,
Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .

Ketika terbenam pula , walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk , namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat , ia masih dikira waktu siang .

Selain itu , pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjangnya waktu siang . Akibat pembiasan , sinaran cahaya Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya jasad matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .

Jadi , apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera diambil kira , waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam .
1.6K views06:10
Open / Comment
2021-03-20 09:10:03
1.4K viewsedited  06:10
Open / Comment
2021-03-20 07:13:05 MITOS SEMASA EKUINOKS :-

- Siang dan malam sama panjang .
- Suhu panas melampau .
- Telur boleh tegak berdiri .
1.5K views04:13
Open / Comment
2021-03-20 05:24:24 TAHUKAH ANDA ? :-
Mengikut takrifan Astronomi , Ekuinoks Mac menandakan permulaan musim bunga di hemisfera utara & musim luruh di hemisfera selatan .
387 views02:24
Open / Comment
2021-03-20 01:42:51
20 MAC 2021

Hari ini merupakan hari ekuinoks Mac .
Matahari kelihatan berada tepat di khatulistiwa .

Ketika terbit , Matahari berada tepat pada arah timur dan ketika terbenam , ia berada tepat pada arah barat . .

Ini peluang untuk anda mencari di mana arah sebenar timur dan barat .
..
1.1K views22:42
Open / Comment