🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 9

2022-05-22 18:16:44 Bagaimanapun saya berpendapat Pak Hid bukanlah berani membabi buta. Dia tidak akan menyergah seekor harimau sedang tidur, kalau dengan keberanian hati semata-mata. Tetapi sudah lama sejak beberapa bulan ini saya mendampingi Pak Hid masih belum dapat saya lihat kebenaran tentang cerita mengenai dirinya selama ini.

Oleh itulah saya mengajak Pak Hid sama ke Kampung Melang iaitu kampung kawan Jali. Saya beritahu Hasim bahawa Pak Hid memang berpengalaman mengenai pontianak, padahal saya tidak tahu sama ada Pak Hid betul-betul berpengalaman atau tidak. Tujuan saya adalah untuk mengelak diri dari Hasim, supaya tidak dianggapnya saya tahu mengenai pontianak itu.

Sepanjang umur saya belum pernah bertemu dengan golongan syaitan ini di alam nyata, kecuali melalui perubatan secara tidur. Ketika ke Kuala Terengganu dengan seorang kawan, dia memberitahu mengenai peristiwanya bertemu dengan lembaga manusia di Bukit Kijal. Oleh itu dia mengingatkan saya agar tidak terkejut sekiranya ternampak lembaga berkenaan.

Alhamdulillah, apabila kereta kami sampai di Bukit Kijal kira-kira pukul 11.30 malam, saya tidak ternampak pun lembaga yang dibimbangkan oleh kawan saya itu. Saya memberitahunya, "Saya tak mau bertemu dengan syaitan, tetapi kalau bertemu saya tidak akan undur sebab dia adalah musuh saya". Mujurlah sepanjang perjalanan itu pergi dan balik, saya tidak bertemu dengan lembaga yang sangat ditakuti oleh pemandu-pemandu kereta di Bukit Kijal itu.

"Bagaimana kalau ustaz bertemu dengan lembaga tersebut?" soal kawan itu mahu menguji perasaan saya.

"Saya tidak akan peduli, kecuali kalau dia mengganggu saya" jelas saya perlahan.

"Kalau dia mengganggu?" tanya kawan itu lagi.

"Saya memohon perlindungan Allah" beritahu saya.

Kawan saya terdiam. Dia sedar apabila seseorang itu sudah menyerahkan dirinya kepada Allah, bahawa dia tidak akan takut menghadapi sebarang musuhnya. Kawan saya itu memang pernah belajar menjadi dukun dari beberapa orang dukun terkenal. Malah dia pernah menuntut ilmu pendukunan dari seorang Tok Batin di Jerantut.

Bagaimanapun dia telah meninggalkan ilmu pendukunannya setelah menyertai satu kumpulan harakah Islam. Dia merasakan ayat-ayat Quran lebih tinggi martabatnya dari sebarang jampi serapah. Inilah hakikat sebenarnya tentang kekuatan ayat-ayat Quran itu, terutama dalam menghadapi musuh yang paling besar iaitu godaan syaitan.

Kawan saya itu pernah dihambat oleh lembaga yang menjelma seperti seorang wanita memakai pakaian nipis di tepi cermin keretanya semasa melalui Bukit Kijal dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur. Kawan saya ini dikenali di kalangan rakan-rakannya Kadir Misai. Dia ke Kuala Terengganu bersama kawannya dari Temerloh Suman Awangteh.

Suman Awangteh yang memandu kereta. Biasanya lembaga berkenaan akan menghambat mangsanya dari tepi jalan saja. Lembaga wanita akan mengejar kalau kereta menuju ke Kuala Terengganu, manakala lembaga lelaki akan menghambat kalau kereta meninggalkan Kuala Terengganu. Seolah-olah macam satu simbolik pula iaitu apabila datang ke Terengganu akan dinanti oleh wanita, dan apabila balik meninggalkan wanita berkenaan maka akan diperhambatlah oleh lelaki pula.

Kadir Misai sudah mendengar kisah di Bukit Kijal ini. Dia menceritakan pada Suman Awangteh mengenai gangguan lembaga halus di Bukit Kijal. Tetapi Suman Awangteh macam percaya dengan tidak saja cerita Kadir Misai ini. Kebetulan malam itu kira-kira pukul 10.00 mereka melalui Bukit Kijal untuk ke Terengganu.

Sebaik saja menurun dari Bukit Kijal tiba-tiba Kadir Misai nampak satu lembaga putih menerkam ke arah kereta. Mujurlah cermin kereta sudah dinaikkan. Jadi, lembaga itu berdentam ke pintu kereta. Terkejut juga Suman Awangteh melihat kejadian itu. Bagaimanapun dia masih dapat mengawal perasaan supaya tidak dipengaruhi oleh ketakutan.

" Jangan peduli Kadir..." bisiknya mengerling ke arah Kadir Misai.

"Awak pun jangan lari laju sangat, kalau kita laju dia akan berlari laju juga" ujar Kadir Misai menjauhkan diri dari cermin kereta. Terasa olehnya tangan wanita itu seolah-olah dapat menggapai mukanya.
87 viewsAmir Ahmad, 15:16
Open / Comment
2022-05-22 18:16:44 Pak Hid bukanlah tinggal di Ulu Kelang, tetapi menumpang di rumah seorang kawannya. Dia berasal dari Kuala Selangor. Sebelumnya menjadi nelayan di situ menangkap udang dan ketam di kuala sungai. Saya berkawan dengan Pak Hid pun baru saja, tetapi sudah terasa begitu mesra.

Semasa menangguk udang di sebelah malam Pak Hid pernah bertemu dengan pontianak di satu belukar bakau. Dia mendengar pontianak itu ketawa mengilai sewaktu bulan mengambang penuh. Pak Hid terus menerpa ke arah bunyi pontianak mengilai itu. Dia dapat melihat jelas pontianak itu bertenggek di hujung pokok bakau.

Apabila Pak Hid menggoncang pokok tersebut dia telah dikencing oleh pontianak berkenaan. Akibat dukencing itu Pak Hid terpaksa membakar pakaiannya yang disimbahi oleh kencing pontianak itu. Katanya, bau hancing kencing pontianak itu tidak akan hilang sekalipun berkotak-kotak sabun basuh digunakan.

"Mengapa tak tangkap?" saya bergurau dengan Pak Hid.

"Memang aku nak tangkap, tapi dia lari..." sahut Pak Hid tersengih-sengih.

"Pak Hid bawa paku?" usik saya lagi.

"Buat apa..." katanya menggaru-garu tunggul janggut di dagu. Memang dia sudah menduga maksud saya bertanya demikian. "Ustaz mau saya berkahwin dengan pontianak? Buat apa...kan manusia ramai, lagi cantik..." ujarnya ketawa berderai.

Cerita orang-orang tua mengenai pontianak ini, kononnya tengkuk pontianak itu berlubang. Bila dicucukkan paku dia akan menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada asalnya. Saya kira inilah sebahagian dari cerita tahyol yang menyimpang dari akidah Islam. Kalaulah pontianak ini ujud dia tetap jenis syaitan juga yang menjadi musuh manusia. Tidak ada sebab dia boleh menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada kehidupan asalnya setelah lubang di tengkuknya disendal dengan paku.

Bila mengenang Pak Hid dikencing pontianak, saya juga pernah mengalami keadaan demikian. Masa ini saya masih anak nakal berumur dalam lingkungan 15 tahun. Saya telah menemankan seorang kawan menemui kekasihnya di satu malam berdekatan dengan belukar kubur. Semasa kawan saya pergi menemui kekasihnya itu, saya tercangkung kira-kira empat rantai dari tempat pertemuannya menunggu dia. Selapas itu kami akan sama-sama balik ke madrasah Tok Aji untuk tidur di sana.

Kalaulah Tok Aji tahu perbuatan nakal saya itu, tentulah saya akan dimarahinya. Tetapi saya sengaja memberanikan hati untuk menolong kawan saya itu. Bagaimanapun dia kemudiannya berkahwin juga dengan kekasihnya itu.

Jadi, ketika inilah saya mendengar bunyi orang ketawa mengilai di atas pokok rambai yang rimbun di tepi belukar kubur itu. Disebabkan saya tidak mempunyai perasaan takut, kerana Tok Aji telah mengingatkan supaya takut kepada Allah saja, saya pun menghampiri pokok rambai tersebut lalu menyuluh dengan lampu picit.

Tiba-tiba saya rasa air memercik dari atas, dan saya mendengar satu lompatan ke arah pokok enau yang berhampiran. Jelas pada silau lampu picit itu seekor musang berlari melarikan diri. Air yang memercik tadi, memangnya air kencing, Baunya hancing dan tidak hilang setelah direndam dan disabun.

Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanyakan kepada Pak Hid mengenai persamaan musang dengan pontianak. Bimbang juga saya kalau-kalau dia kecil hati dengan pertanyaan demikian. Tetapi saya percaya Pak Hid seorang yang berani, kerana ada kawan-kawannya yang mengatakan Pak Hid pernah mengejar harimau apabila terserempak sewaktu mencari ketam di kuala sungai.

Saya tanya Pak Hid mengenai cerita dia mengejar harimau itu. Katanya "Aku terserempak harimau bintang. Dia membelakangkan aku di atas tebing, lalu aku pun sergah dia. Disebabkan dia terperanjat dia pun melompat langsung lari, aku pun pura-puralah mengejarnya. Aku tak kejar betul-betul, mana tau kalau dia berpaling, huh nahas aku dibahamnya" dia tertawa terkekeh-kekeh bila mengenang peristiwa dia dikatakan mengejar harimau itu.
72 viewsAmir Ahmad, 15:16
Open / Comment
2022-05-22 18:16:44 #KoleksiTokAwangNgah

HANTU PONTIANAK TERSESAT.

(Bab 12 bahagian 1)

KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya.

Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya.

Jali berasal dari Bukit Mertajam di sebelah utara. Dia hanya sekadar menceritakan peristiwa 20 tahun dulu kepada saya. Ketika ini dia masih kecil berumur kira-kira 10 tahun. Tentulah anak kecil seperti ini tidak berdaya membantah apabila orang menyuruh menyeksa jenazah emaknya.

Mungkin langsuyar yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah sejenis syaitan juga, tetapi tidak mungkin ianya berasal dari perempuan mati beranak. Di dalam Islam perempuan yang mati kerana beranak itu dikira sebagai syahid, bagaimanakah kita boleh mempercayainya bertukar menjadi langsuyar?

Saya difahamkan langsuyar ini juga dikenali oleh orang-orang di selatan Semenanjung sebagai pontianak. Sebab itulah dalam tahun-tahun 50an dulu terdapatnya pengusaha filem tempatan membuat cerita pontianak. Saya juga pernah dibawa oleh sepupu saya menonton filem pontianak ini. Malah saya tertarik hati dengan pelakon yang jadi pontianak itu iaitu Maria Menado.

Apakah pontianak yang ujud di muka bumi sama seperti pontianak yang difilemkan? Atau samakah dengan kepercayaan orang-orang Melayu bahawa ianya berasal dari perempuan mati beranak? Tetapi kita tidak boleh menafikan ujudnya syaitan dan iblis serta makhluk halus yang sentiasa mengganggu ketenteraman manusia.

Sebaliknya kita harus yakin bahawa syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Syaitan dan iblis akan berani mengganggu manusia apabila dia digunakan oleh manusia yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan. Sedangkan syaitan dan iblis secara bersendirian dia tidak akan dapat mengganggu manusia.

Selalunya mereka berlindung pada manusia, sebelum mengganggu manusia. Sebaik-baiknya hendaklah manusia sendiri jangan mengamalkan ilmu-ilmu syaitan.

Hanya orang-orang yang mengamalkan ilmu syaitan saja memuja mayat perempuan mati beranak supaya melakukan suruhannya. Apabila mayat ini diresapi oleh semangat syaitan, jadilah ia langsuyar yang dikatakan mengganggu manusia.

Sebab itulah saya merasa kesihan dengan cerita Jali mengenai kematian emaknya 20 tahun lalu. Sebenarnya timbul cerita langsuyar ini, kerana tiba-tiba saja di Kampung Melang heboh mengenai pontianak mengganggu. Anehnya pontianak ini tidaklah menjadikan manusia sebagai mangsanya, sebaliknya ternakan.

Mereka dapati kambing, lembu atau kerbau mati terdapat kesan bertebuk di tengkuknya. Seolah-olah darah di tengkuk itu kena hisap. Apabila dibawa ke pengetahuan Pejabat Haiwan, pihaknya juga tidak dapat memastikan apakah binatang yang menghisap darah demikian.

Seorang kawan Jali dari Kampung Melang telah memberitahunya. Jadi, Jali pun dengan tidak bersoal jawab mengajak kawannya itu berjumpa dengan saya. Tentulah saya serba salah bila diajak ke Kampung Melang untuk menangkap pontianak itu.

"Saya tak tau mengenai pontianak..." beritahu saya pada Jali dan kawannya Hasim.

Memang saya tidak mahu pergi kalau semata-mata mahu menangkap pontianak. Tetapi ada juga keinginan saya mahu melihat sendiri apakah rupanya pontianak. Adakah ianya sama seperti yang digambarkan oleh Maria Menado dalam filem pontianak?

"Lebih baik ajak Pak Hid di Ulu Kelang" kata saya.

"Maukah dia pergi?" tanya Jali

"Kita cubalah beritahu dulu" ujar saya berkuat mahu mengajak Pak Hid pergi sama.

Biasanya Pak Hid ini kalau saya ajak ke mana-mana, memang dia sanggup. Lagi pun dia bukanlah ada kerja sangat. Tambah pula menduda sejak kematian isterinya. Anak pun tak ada. Jadi, bila ada anak-anak muda yang mahu berkawan dengannya dia pun samalah menjadi orang muda.
94 viewsAmir Ahmad, edited  15:16
Open / Comment
2022-05-19 21:15:57 Itulah cerita yang dapat diketahui oleh Dukun Busu, ketika dia mengubat penyakit Jana. Bagaimanapun Jana tidak dapat diselamatkan juga. Dia meninggal dunia setelah menderita sekian lama.

"Macam itulah cerita dari aruah nenek saya dulu" beritahu Simah termengah-mengah keletihan.

"Insya Allah..." kata saya perlahan dan merasa simpati dengan keadaan yang dialami oleh keluarga Simah itu. "Sementara kita bertemu Ulung Bahar, kita cuba buat lagi macam tadi. Moga-moga dia lari dari awak, sebab ianya bukan penyakit tapi benda permainan turun temurun" ujar saya menjelaskan kepadanya.

TAMAT Bab 11.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
114 viewsAmir Ahmad, edited  18:15
Open / Comment
2022-05-19 21:15:57 Satu hari telah berlaku pertengkaran di antara Tok Bani dengan isterinya Yong Saenah, berpunca dari perbuatan Yong Saenah yang bermain gila itu.

"Kau dah tak ada jantan, buat apa nak cemburu" kata Yong Saenah menyindir. "Kau dah mati pucuk, takkan boleh nak pandang alu sengkalan aje sepanjang masa..." ujar Yong Saenah mencabarnya. Kata-kata Yong Saenah itu benar-benar menghiris perasaan Tok Bani.

Bagi mengubat hatinya yang luka, Tok Bani selalu membawa diri bila terdengar ada anak muda datang menemui Yong Saenah. Perasaan marahnya tetap membara setiap kali terpandangkan wajah pemuda yang bermain gila dengan Yong Saenah. Ada juga hatinya mahu bertindak, tetapi terpaksa dipendamkannya saja bila teringatkan kata-kata Yong Saenah itu.

Satu malam, sebaik saja Tok Bani terlihat anak muda yang bermain gila dengan isterinya masuk ke bilik, dia pun keluar merayau-rayau ke dalam kampung dengan tidak ada tujuan. Ketika sampai berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan dia terdengar bunyi budak menangis.

Terasalah belas kesihan di hati Tok Bani mendengar tangisan bayi yang sangat menusuk kalbu. Dia pun mencari arah bunyi tangisan bayi itu hingga sampai ke kawasan tanah perkuburan. Semakin di hampirinya semakin kuat bunyi tangisan bayi tadi. Tok Bani memberanikan hatinya untuk melihat siapakah yang menangis itu.

Sebaik saja sampai di tempat bunyi bayi menangis itu Tok Bani melihat satu bungkusan di dalam kain putih terselit pada perdu pokok mengkudu. Dia memegang bungkusan itu, terasa lembik saja. Apabila hendak dibukanya bunyi tangisan itu menjadi kuat dan menggerunkan.

"Aku hanya nak menolong kau..." satu suara halus menegurnya.

Bila diselidiki oleh Tok Bani ternyata bungkusan kain putih itulah yang berkata-kata dengannya.

"Siapa kau?" tanya Tok Bani keheranan.

"Aku pelesit" sahut suara itu.

"Kau nak tolong aku?" dia merasa gembira bila ada orang yang sanggup menolong dia.

"Iya, aku akan menolong kau..." pelesit itu memberi jaminan.

Pelesit itu sanggup memulihkan semula tenaga batinnya, dan menghapuskan siapa saja yang telah menodai Yong Saenah dengan menghilangkan tenaga batin orang itu pula. Malah dia juga berjanji akan menjaga harta benda Tok Bani dari diganggu oleh pencuri dan sebagainya.

Mendengarkan janji pelesit itu Tok Bani tidak berfikir panjang terus menerima saja pertolongan tersebut.

"Tetapi dengan syarat, kita sama-sama berteguhan janji" tegas pelesit itu selanjutnya.

Tok Bani menerima juga syarat berteguhan janji itu.

"Syaratnya kau jangan buang aku, dan bila sampai masanya hendaklah kau serahkan aku pada waris kau untuk menjaga aku..." kata pelesit itu lagi.

Tidak ada bantahan apa-apa dari Tok Bani. Dia menerima saja syarat tersebut, kerana pada fikirannya syarat itu bukanlah susah sangat.

"Setiap kali bulan mengambang kau datanglah ke sini, dan siramkan aku dengan darah ayam" pelesit itu mengingatkan dia.

Itu juga diterima dengan senang hati oleh Tok Bani. Setelah berteguhan janji Tok Bani pun membuka bungkusan tersebut. Dilihatnya seorang bayi belum bersifat sedang memegang botol kecil. Bayi itu menyuruhnya mengambil botol seperti botol susu itu, dan di dalamnya ada seekor belalang.

Tok Bani pun mengambil botol itu dibawa balik ke rumah. Disimpannya baik-baik botol berisi belalang tersebut.

Sejak itu siapa saja lelaki tidak berani lagi menggoda Yong Saenah. Siapa saja berani main gila dengan Yong Saenah alamatnya kena lemah tenaga batin seumur hidup. Puaslah mereka berubat ke mana-mana pun tidak akan dapat disembuhkan. Sementara itu Yong Saenah pula selepas itu sentiasa mahukan Tok Bani mendampinginya.

Akhirnya dia sendiri tidak mampu lagi mahu melayani Tok Bani. Terpaksa pula Yong Saenah meminangkan ramai anak-anak gadis untuk menjadi isteri Tok Bani. Apabila Tok Bani meninggal dunia, botol berisi belalang itu dibuang oleh anak cucunya ke sungai, kerana pada sangkaan mereka belalang permainan Tok Bani saja.
101 viewsAmir Ahmad, 18:15
Open / Comment
2022-05-19 21:15:57 Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut.

Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi.

Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon.

Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi.

Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya.

"Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya" ujar Simah dalam keletihan. "Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya.." jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi.

Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung.

Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun.

Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman.

Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri.

Tidak siapa pun tahu Tok Bani memelihara pelesit. Malah isterinya sendiri Yong Saenah tidak tahu mengenai pelesit yang dipelihara oleh Tok Bani. Setelah berkahwin dengan Yong Saenah dia mendapat dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Selepas itu Tok Bani jatuh memanjat pokok menyebabkan dia patah pinggang.

Akibat dari kecederaan itulah Tok Bani hilang tenaga kelelakiannya. Bermula dari situlah keretakan rumahtangganya bermula, bila Yong Saenah mula bermain gila dengan anak muda. Tok Bani tidak boleh berbuat apa-apa, kerana kononnya Yong Saenah telah menggunakan bomoh untuk menundukkan Tok Bani. Walaupun Tok Bani tahu isterinya bermain gila dengan pemuda lain, dia tetap membisu saja.
67 viewsAmir Ahmad, 18:15
Open / Comment
2022-05-19 21:15:57 Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan.

Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya.

Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggang oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit.

"Jauhkan dia dari sini" rayu perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar.

Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu.

"Aku datang mencari anak cucu aku..." lelaki tua itu bersuara keras. "Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami" katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia.

"Simah tak perlukan awak lagi" sahut saya membentak. "Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia" ujar saya memarahinya.

Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi.

Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka.

Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin.

Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap.

Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita.

Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya.

Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu.

Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah-tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi.
63 viewsAmir Ahmad, 18:15
Open / Comment
2022-05-19 21:15:57 #KoleksiTokAwangNgah

SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN.

(Bab 11 bahagian 2)

"Jangan kau nak berdusta!" saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. "Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu" kata saya lagi.

Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah.

Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. "Anak aku ini akan mengajar kau...!" gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut.

Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya.

Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.

Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah.

Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah.

"Aku sayang pada Simah ni..." ujar lelaki bertubuh kurus itu. "Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?" suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan.

"Simah mahukah pada awak?" tanya saya.

"Ada masa dia mau, ada masa tak mau..." beritahunya perlahan berketar-ketar.

"Apa fasal dia tak mau?" saya mengujinya.

"Dia kata saya mati pucuk..." ujarnya serba salah.

"Simah dah nikah dengan Meon" jerkah saya memberi amaran. "Kenapa awak ganggu dia lagi?" tanya saya keras sambil mengejeknya.

"Saya cintakan dia" jelasnya menangis tersedu-sedu. "Buruk sangat rupa awak orang tua menangis..." sindir saya.

Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya.

"Dia inilah yang selalu kacau kita...!" kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya.

Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan.

"Dia nak pisahkan kita!" ujar perempuan tua itu lagi. "Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai" perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan.

Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu 'adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar.
88 viewsAmir Ahmad, edited  18:15
Open / Comment
2022-05-17 13:00:01
AWESOME CHANNEL 2020
come & join us
°konfem meriah°



├ t.me/BercakapDenganJin
│⊸ KISAH SERAM DUNIA GHAIB

├ @AlauyahCraft
│⊸ KRAFTANGAN MENGAIT DAN HANDMADE DIY

├ @KerjaKosongSatuMalaysia
│⊸ HIMPUNAN KERJA KOSONG MALAYSIA

├ @Info_PublicGold
│⊸ DISIPLIN MENYIMPAN RAHSIA MEMBINA KEKAYAAN

├ @IchigoCemuihhh
│⊸ SAHABAT UKHUWAH SELAMANYA

├ @BajuBudakMurahLtd
│⊸ KOLEKSI BAJU BUDAK TERMURAH

├ @PesanEmak
│⊸ BISIK HATI CEKAL DIRI

├ @IronlessCottonfly
│⊸ RETRO COTTON FENOMENA EVOLUSI KINI

├ @MutiaraAlQuran
│⊸ TUNJUKILAH KAMI JALAN YG LURUS

├ @PlussizeAttire
│⊸ PAKAIAN PLUSSIZE CONFIRM MURAH



J O I N A U T O S W A P
❊ 2Sister's @STU_D_bot ❊
Owner @HR_SisTwoUniteBot
56 viewsSISTWO UNITE D, 10:00
Open / Comment
2022-05-15 21:45:28 Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
158 viewsAmir Ahmad, 18:45
Open / Comment