🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 2

2022-07-17 19:08:24 “Boleh jadi” cepat saja Semah memotong. “Dia orang tak suka tengok kita senang sikit. Orang Melayu memang macam tu, tak boleh tengok jiran-jiran senang, hasad dengkilah” rungutnya melepaskan geram yang terbuku di hati.

“Tak baik cakap macam tu” Kadir menegur emaknya.

Kadir memang tahu emak dan ayahnya tidak mencampuri hal ehwal masyarakat di kampung kerana asyik berniaga di bandar. Memanglah apa yang dibuat oleh emak dan ayahnya tidak menyalahi dari segi agama kerana mencari rezeki halal, tetapi tinggal dalam satu masyarakat mestilah juga ambil tahu hal-hal jiran.

Kebetulan Kadir di Gedangsa memang menyertai tabligh, jadi dia menganggap kejadian yang menimpa emak dan ayahnya adalah disebabkan qada’ Allah, supaya mereka berdua mengurangkan tumpuan mengejar harta dunia semata-mata. Kejadian itu seolah-olah memberi peringatan supaya kurangkan tumpuan tersebut. Misalnya dengan jatuh sakit, tentulah tidak dapat pergi bekerja. Begitu juga duit yang ada dalam simpanan akan digunakan untuk mengubat penyakit.

“Semua ini adalah ingatan dari Allah kalau seseorang itu tidak mahu beringat” jelas Kadir, kerana didapatinya selama emak dan ayahnya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan, mereka kadangkala lupa menunaikan solat dan sebagainya.

Pandangan Kadir itu tidak dapat diterima oleh Jubir suami isteri. Malah adik beradik Kadir yang lain tidak dapat menerimanya. Dia mengingatkan, kerana selama ini memang tidak berapa bersetuju dengan Kadir kerana pendapat-pendapatnya yang dianggap terlalu sempit.

Kadangkala Kadir terasa malas mahu balik ke kampung kerana dirinya seolah-olah tersisih dari keluarga. Dia bukalah melarang emak dan ayahnya berusaha mencari kekayaan dunia, tetapi janganlah mengejar kekayaan itu sampai lupa kepada bercampur gaul dengan masyarakat kampung serta jiran-jiran. Malah kadangkala tertinggal solat disebabkan tidak ada masa.

“Bergaul dengan jiran-jiran juga dikehendaki oleh Islam. Menziarah mereka itu fardhu kifayah” Kadir masih mengharapkan emak dan ayahnya tidak terpengaruh dengan galakan adik iparnya Bachik supaya berlumba-lumba mengejar peluang yang disediakan seluas-luasnya sekarang dalam bidang perniagan.

Tetapi pandangan Kadir tidak penting sangat pada Jubir, kerana selama ini Kadir juga tidak memberi apa-apa bantuan kepadanya. Apalah yang boleh diharapkan dari Kadir hanya seorang peneroka di tanah rancangan. Lagi pun dia menyuruh Kadir balik bukanlah mahu mendengar peringatannya, tetapi memikirkan apa perlu dibuat mengatasi kejadian yang menimpa dia suami isteri sekarang.

BERSAMBUNG...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
180 viewsAmir Ahmad, edited  16:08
Open / Comment
2022-07-17 19:08:23 “Nak buat macam mana,” sahu Jubir keluar dari keretanya dengan langkah longlai naik ke rumah. “Nak repot polis bukannya ada kes. Tak ada barang yang hilang. TV, radio, mesin jahit, peti ais semuanya ada tak terusik,” dia tersandar di kerusi macam kebingungan.

“Carilah dukun mana-mana pun, kita berubat,” desak Semah.

Jubir mengangguk. Betul juga pendapat isterinya. Kalau perkara demikian memang menemui dukun sajalah cara mengatasinya. Dia percaya perbuatan itu memang dilakukan oleh sihir orang. Kepandaian ilmu sihir mesti dilawan dengan kepandaian dukunlah pula.

Selepas itu Jubir pun mendapatkan khidmat dukun dari beberapa tempat hingga sampai ke Kundur di Rembau. Setelah dukun tersebut menanamkan rumput sambau pada empat penjuru, keadaan rumah Jubir boleh dikatakan reda dalam masa 3 minggu saja. Gangguan itu datang lagi.

Semah memberitahu Eton di Kuala Lumpur mengenai kejadian menimpa rumah mereka di kampung. Kadir abang Eton di Gedangsa juga diberitahu. Talip di Melaka juga diberitahu mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di kampung. Begitu juga dengan Ijah di Sabak Bernam. Sebelum itu memang Semah tidak mahu memberitahu anak-anak, tetapi setelah lebih sebulan kejadian berlarutan, maka terpaksalah diberitahu juga anak-anak.

Di samping itu dia dapat menduga, apabila kejadian itu berlaku, maka sudah pasti sama ada dia atau suaminya akan jatuh sakit. Kadangkala sampai seminggu lebih terlantar, sehingga salah seorang sahaja yang pergi berniaga. Kadangkala langsung tidak pergi pergi berniaga, kerana bimbang pula kepada salah seorang yang ditinggalkan sedang sakit.

Sakitnya pun aneh juga. Siapa yang sakit akan mengalami sakit perut, muntah-muntah dan seluruh sendi-sendi terasa lemah. Apabila dibawa jumpa doktor di hospital doktor mendapati tidak ada penyakit. Kata doktor mungkin angin yang menyebabkan mereka termuntah-muntah itu. Doktor menasihatkan supaya sentiasa menjaga perut supaya tidak pernah kosong hingga dimasuki angin.

“Dah, bapak cari dukun?” tanya Eton yang balik bersama suaminya Bachik. Ketika ini Jubir memang mengidap sakit, tetapi sudah melarat sapai sesak nafas pula.

“Dukun dari Rembau dah ubatkan” jelas Semah masih kebingungan.

“Apa kata dukun tu, ada orang buat?” tanya Bachil pula.

“Dukun tu tak cakap.....,” sahut Jubir termengah-mengah menahan sesak dada. “Katanya tugas dukun mengubat yang sakit, perkara kalau dibuat orang atau tidak, itu bukan kerja dukun” ujarnya kelihatan lemah dan pucat.

“Memang semua dukun macam tu” Kadir pula menyampuk. Memang Kadir tahu bahawa dukun tidak akan memberitahu siapa yang melakukan kalau tahu pun, kerana menuduh itu melanggar petua dukun.

“Lainlah kalau dukun mencari kesempatan, benda yang tak ada pun diada-adakannya” katanya mengeluh kecil bila mengenangkan kejadian yang diceritakan oleh emaknya itu.

Talip dan Ijah hanya terkelip-kelip mata saja. Mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan. Walaupun Talip bekerja di Melaka, dia tidak tahu di mana ada dukun yang paling baik di Melaka. Sementara Ijah mengikut suaminya yang bekerja di Sabak Bernam pun tidak tahu di mana ada dukun yang boleh mengubat kejadian seperti ini.

Bagi mereka yang penting ialah ayahnya yang sakit mesti diubat. Perkara rumah diganggu tidak penting kepadanya. Orang tua itu yang perlu diubat, samada dibawa ke hospital atau pun berubat pada dukun.

“Aku dah pergi hospital” beritahu Jubir bila didesak oleh Talip supaya berubat ke hospital.

“Doktor kata aku ni tak sakit. Boleh jadi aku ni letih kerana terlalu banyak bekerja, sebab itu dia suruh aku berehat saja" ujarnya menerangkan keputusan dokter.

“Sakit ayah ni ada kaitan dengan gangguan ke atas rumah ni” Bachik mengingatkan adik iparnya Talip.

“Rumah ini perlu di ubat dulu, kalau tak ada gangguan pada rumah lagi, tentulah tak ada sakit” katanya kesal dengan kejadian yang menimpa keluarga isterinya itu.

“Agaknya ada orang sakit hati” Ijah pula memberitahu pendapatnya.
132 viewsAmir Ahmad, 16:08
Open / Comment
2022-07-17 19:08:20 #KoleksiTokAwangNgah

ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

(Bab 20 bahagian 1)

Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya.

Tiap - tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri.

Bagaimana pun mereka berdua tidak mengharapkan bantuan dari anak-anak, sebab itu mereka lebih suka berniaga di pasar. Kebetulan kesibukan inilah Jubir dan isterinya jarang dapat bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Kalau ada kenduri kendara dia selalunya tidak dapat ikut sama. Kecualilah kalau ada kematian, barulah mereka sanggup tinggalkan perniagaannya di pasar.

Ada juga orang-orang kampung menuduhnya mementingkan diri sendiri dan mahu mencari kekayaan saja, sehingga tidak bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Tetapi Jubir dan isterinya tidak hiraukan sangat tentang tuduhan tersebut, namun dia bersedia menyumbangkan wang ringgit kalau ada mufakat untuk bergotong royong demi membangunkan kampungnya.

Seperti biasa selepas habis berniaga di pasar, mereka berdua pun terus balik ke rumah. Jubir memandu station-wagonnya mengikut jalan yang membelah ditengah-tengah kebun getah itu. Angin sepoi-sepoi bahasa itu memanglah terasa nyaman, tetapi kalau tidak betul-betul badan terasa seakan-akan mahu demam saja.

Petang itu mereka berdua balik lebih awal dari biasa. Sudah seminggu rumahnya diganggu orang apabila dia balik hampir masuk maghrib. Sampai saja di rumah mereka berdua terkejut semua pintu dan tingkap rumahnya terbuka. Pada mulanya Semah menyangka anaknya di Kuala Lumpur balik, kerana Eton yang di Kuala Lumpur itu selalu balik menjengok dia di kampung.

Sekiranya Eton balik tidak pula kedengaran suara anak-anak kecil memekik gembira bergurau senda. Sepatutnya sudah senja demikian, tentunya Eton memasang lampu.
Sebaliknya Eton kalau balik jarang tidak bersama suaminya. Mana kereta suami Eton kalaulah benar dia yang balik dan membuka pintu serta tingkap rumah.

Sudah seminggu Jubir dan isterinya menghadapi keadaan demikian. Anehnya tidak ada barang-barang yang kehilangan sekiranya pencuri yang masuk. Tidaklah ada satu barang yang diambil.

Hari pertama Semah tidak merasa apa-apa dengan keadaan pintu dan tingkap rumahnya itu terbuka. Tetapi malamnya selepas makan nasi, dia suami isteri merasa sakit perut hingga berlumba-lumba mengejar tandas. Kemudian pada hari kedua dia sudah faham bahawa beras dan makanan yang tersimpan didalam peti sejuk tidak boleh digunakan. Oleh itu terpaksalah dia membuang makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk.

Hendak mengadu pada jiran-jiran terasa malu kerana selama ini dia tidak mengambil berat jiran-jiran. Oleh itu Jubir terpaksa mendiamkan dulu kejadian itu. Lagi pun rumahnya terpencil sedikit dari jiran-jiran.

Petang itu dia sampai di kampungnya Tanjung Karang kira-kira 5.30 petang. Sampai saja di halaman rumah hati Jubir berdebar-debar kerana keadaan seperti seminggu sudah berulang juga. Pintu dan semua tingkap – tingkap terbuka dengan mangga pintu sudah diganti dengan yang lebih besar. Mangga pintu terbuka dengan tidak dikopak langsung, seolah-olah dibuka dengan anak kunci saja lakunya.

Semah cepat-cepat naik ke rumah dan memeriksa barang-barang rumah. Memang tidak ada satu pun yang diusik. Almari pakaian juga tidak diusik kalaulah yang melakukan itu pencuri. Tetapi dia sudah tahu memang semua barang-barang makanan yang ada di dalam rumah tidak boleh dimakan lagi. Terpaksalah semuanya dibuang begitu saja.

“Macam ni tak boleh jadi bang,” keluh Semah menyimpan dendam terbuku di hati.
132 viewsAmir Ahmad, edited  16:08
Open / Comment
2022-07-17 19:05:02 PPE Achernar STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@DearHati
HATI itu INDAH bila memaafkan.

@lovestoryneverend
This Love Story All About Us

@quotesmusicwllppr
️I can't forget But I can pretend

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@kalamsepi
Verily, الله with us

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
136 viewsAchernar Star, 16:05
Open / Comment
2022-07-16 15:31:01 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
List SABTU


@GayaSihatCantik
TIPS dan PETUA viral masakini.

@DearHati
Diari sekeping hati yang usang.

@ResepiDuniaMasakan
MEDAN resepi SEANTERO dunia, TIPS dapur dan PETUA.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM pengalaman tamar dan atuknya.

@KerjaKosongSatuMalaysia
kerja kosong untuk warga kita.

Telegram.me/QuoteTalks
Quote, Motivational, Tips, Lyrics + Song


NOTA : Stay list 24jam

Nak join, start @PPEpromoter_bot
TERIMA KASIH
194 viewsPPE Sabtu, 12:31
Open / Comment
2022-07-16 03:15:25 CARIAN PANTAS CHANNEL BDJ

CERPEN PERTAMA
t.me/BercakapDenganJin/3


========================
INTRO / MANUSKRIP BDJ
- Bercakap Dengan Jin
t.me/BercakapDenganJin/121

Selamat membaca.
Doakan arwah penulis BDJ, tuan tamar jalis ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al fatihah
(tiada lagi sambungan siri Bercakap Dengan Jin)


=========================
Rujukan hastag

#cerpen #KisahSeram

#faktaMistik #videoBDJ

#VideoSeramPendek

#VideoKisahSeram

#KoleksiTokAwangNgah

192 viewsAmir Ahmad, 00:15
Open / Comment
2022-07-15 10:03:03 PPE TAIKO LIST Selasa
Be my guests. Just click and join.
========================


"Aku TAK PEDULI apa orang nak cakap."
~ @LantakAhh

"ENGLISH is a LANGUAGE, not a KNOWLEDGE."
~ @OhMyQuotes

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

"PETUA tradisional dan pelbagai TIPS."
~ @GayaSihatCantik

"Kisah tamar jalis dan atuknya"
~ @BercakapDenganJin

"Pelbagai MENU dan TIPS dapur."
~ @ResepiDuniaMasakan

"Cinta itu menjadi buta kerana nafsu."
~ @CintaLuka


NOTA : Stay list 24jam

========================
provided by @PPEpromoter_bot
213 viewsPromot TAIKO Selasa, 07:03
Open / Comment
2022-07-14 20:23:24 Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya menyetujui kata-kata yang ditegaskan oleh Johar itu. Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan saya pun beredar meninggalkan Johar.

TAMAT Bab 19.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
206 viewsAmir Ahmad, edited  17:23
Open / Comment
2022-07-14 20:23:23 “Hah setan tak akan dapat melawan ilmu Allah“ ujarnya menggertap bibir.

“Macam ni laa, Pak Hid” Tok Imam Lias menghampiri dia. “Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia” dia meminta dengan penuh tanggungjawab.

“Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih. “Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan” katanya mengerling Ali Gemuk.

“Saya tak tahu Pak Hid” keluh Ali Gemuk serba salah.

Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang-orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang.

Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya.

“Sekarang orang kampung sudah kenal kau” kata Pak Hid mengejeknya. “Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan.

Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua-tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat.

“Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias. “Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu setan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya.

Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia terasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan.

Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya. Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah. Kalau mangsanya tidak sedar akan berlakunya perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal.

Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh. Apabila dia masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup.

Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang. Jadi apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi.

“Ali tak mahu berdendam dengan kau” Pak Hid mengingatkan. “Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah” katanya mencabar penanggal tersebut.

Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha.

“Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau” Pak Hid mendoakan. Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu.

Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata.

“Macam tulah ceritanya, Ustaz” beritahu Johar selanjutnya.

“Kau kenal orangnya?” saya menduga.

“Tak tau, saya tak kenal” ujar Johar mengerutkan dahi. “Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya” katanya lagi.
181 viewsAmir Ahmad, 17:23
Open / Comment
2022-07-14 20:23:23 “Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ.

Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang. Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip-kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu.

“Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah.

Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa.

“Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk.

“Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang” rungut orang tua itu.

“Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk.

“Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran yang diajarkan oleh Pak Hid.

Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut.

“Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung.

Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya. Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu.

Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia. “Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat.

Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya.

“Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman.

“Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid” jelas Ali Gemuk.

“Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia” Tok Imam Lias mencadangkan.

“Saya tak tau macam mana nak lepaskan” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan selepas itu.

“Macam tu, kena panggil Pak Hid” kata Tok Imam Lias menasihatkan, “Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat” ujarnya kesal.

Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman.

Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman.

“Awak nak panggil saya, Ali” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya.

“Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari” katanya lagi.

Bertambah heran emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya. Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi heran dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja.

“Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan. “Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari” Pak Hid menjelaskan.

“Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang keheranan dengan kehadiran dia di situ.

“Sudah...” Ali Gemuk mengangguk.

“Alhamdulillah” sahutnya tersenyum.

“Tapi, macam mana dengan setan tu?”Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang. Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.
134 viewsAmir Ahmad, 17:23
Open / Comment