🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 3

2022-06-24 10:04:02 PPE TAIKO LIST Jumaat
Be my guests. Just click and join.
=========================


''aku TAK PEDULI apa yang orang cakap.''
~ @LantakAhh

''English QUOTES only.''
~ @OhMyQuotes

''kisah SERAM tamar jalis bersama atuknya.''
~ @BercakapDenganJin

''TIPS dan pelbagai PETUA.''
~ @GayaSihatCantik

"Segala jenis LAWAK yang menghiburkan.''
~ @GifLawak

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

all tumblr wallpaper is here
~ @fwallpapers


NOTA : Stay list 24jam

=========================
provided by @PPEpromoter_bot
14 viewsPromot TAIKO Jumaat, 07:04
Open / Comment
2022-06-22 19:03:03 PPE Denebola STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@ServisFollowersCikWina
SERVIS MEDIA SOSIAL TERBAIK PADA ABAD KINI

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@ItsAllAboutUs
Luahan Kata, Cerita Kau & Aku. Just Quotes

@IronlessCottonfly
RETRO COTTON FENOMENA EVOLUSI KINI

@IrisStyListaWarDrope
Koleksi Pakaian Mampu Milik 2018 Cantik, Menarik, Meletops UpToDate

@kasutviralstore
Kasut viral & setiap bulan ada harga runtuh!

@testimonishopee
Belajar rahsia berniaga borong cina dan Shopee.


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
66 viewsDenebola Star, 16:03
Open / Comment
2022-06-21 19:09:46 Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil-manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim.

Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya patah semasa kereta terhumban ke tebing. Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut.

"Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat-saat begini" ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur.

"Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga" katanya perlahan.

Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu.

Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung.

Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh.

"Begitulah Allah memberi pertolongan" kata Ustaz Badur tersenyum. "Tiba-tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya" dia menjelaskan dengan terharu.

Saya mengangguk-ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan. Kadangkala inilah yang disalah ertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu.

Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya-iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tidak ada ilmu itu pada saya.

"Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu" kata saya.

"Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh" ujar saya sengaja bergurau.

"Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau" dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian.

BERSAMBUNG...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
132 viewsAmir Ahmad, edited  16:09
Open / Comment
2022-06-21 19:09:46 Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut.

Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu-pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang.

Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan.

Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan.

Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak-anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta.

Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu.

"Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi" ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah.

Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. "Banyak minum nanti banyak kencing" katanya nakal.

Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim.

"Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak" Mak Seha mengingatkan dia.

"Ah, aku seorang minum buat apa" rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu.

Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju.

"Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah" Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan.

"Orang nampaknya tu..." Mak Seha tergamam sedikit.

"Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni" rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta.

Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing.

Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya.
104 viewsAmir Ahmad, 16:09
Open / Comment
2022-06-21 19:09:46 #KoleksiTokAwangNgah

MAYAT BANGUN MINTA AIR

(Bab 17 bahagian 1)

KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979.

Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya.

Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit.

Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Tanjung Malim melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Tanjung Malim, cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur.

Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen tangan, tetapi dia tersengih-sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut.

"Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik" dia memberitahu dengan ketawa.

"Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah" Ustaz Badur memberitahu.

"Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol" ujarnya mencebikkan bibir.

"Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa" saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita.

"Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz" kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi.

Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat-cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya.

Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah.

"Lari tak laju Ustaz" beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada.

"Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta" jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut.

"Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak" ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal-sengal.

"Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas" kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet.

"Saya pun nampak, Ustaz" Zaqlul pula menyampuk. "Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas" dia tersengih-sengih juga.

Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama.
99 viewsAmir Ahmad, edited  16:09
Open / Comment
2022-06-20 18:55:00 PPE Birdun STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@ResepiDuniaMasakan
Resepi SEANTERO dunia.

@GayaSihatCantik
PETUA dan TIPS bermanfaat.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@SemuanyaMurah
KOLEKSI pakaian harga GUDANG.

@SweetSadQuotes
Buat Hati Yang Terluka Gembira

@LuahanHatiPelbagaiDialek
PELBAGAI LOGHAT DALAM MALAYSIA


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
48 viewsBirdun Star, 15:55
Open / Comment
2022-06-20 15:23:03 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
List Isnin

CHANNEL PUBLIC

KOLEKSI: Petua, Resepi, GIF, Video, Lawak

@GayaSihatCantik
telegram.me/GifLawak
@BercakapDenganJin
@ResepiDuniaMasakan


BUSINESS / KERJA KOSONG

@AlauyahCraft
@SemuanyaMurah
@KerjaKosongSatuMalaysia
@NamingCloset
@begmurahfesyenterkini_freepos


DIARI, LUAHAN, CORETAN.

@DearHati
@CintaLuka
@LantakAhh
@terushijrahofficial
@HatimilikAllah


QUOTES DAN DAKWAH

@QuoteTalks
@OhMyQuotes
@kitabdoa
@tarbiahkartun
@KataNasihatAgamaDanSyair


NOTA : Stay list 24jam

BERMINAT JOIN? Hubungi kami di @PPEpromoter_bot
TERIMA KASIH
62 viewsPPE Isnin, 12:23
Open / Comment
2022-06-19 19:05:02 PPE Achernar STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@DearHati
HATI itu INDAH bila memaafkan.

@lovestoryneverend
This Love Story All About Us

@quotesmusicwllppr
️I can't forget But I can pretend

@doumissmelikeimiss_u
❝αĸυ, ғαll ιɴ love.❞

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@kalamsepi
Verily, الله with us

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@AkakSharing
Sharing Is Caring.


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
14 viewsAchernar Star, 16:05
Open / Comment
2022-06-18 15:30:01 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
List SABTU


@GayaSihatCantik
TIPS dan PETUA viral masakini.

Telegram.me/DearHati
Diari sekeping hati yang usang.

@ResepiDuniaMasakan
MEDAN resepi SEANTERO dunia, TIPS dapur dan PETUA.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM pengalaman tamar dan atuknya.

@WallpaperPadu
Wallpaper Istimewa

@nasihat_diri
Himpunan Ilmu (sunnah) Dan Hadits Shahih Untuk Keinsafan Diri


NOTA : Stay list 24jam

Nak join, start @PPEpromoter_bot
TERIMA KASIH
103 viewsPPE Sabtu, 12:30
Open / Comment
2022-06-17 10:04:03 PPE TAIKO LIST Jumaat
Be my guests. Just click and join.
=========================


''aku TAK PEDULI apa yang orang cakap.''
~ @LantakAhh

''English QUOTES only.''
~ @OhMyQuotes

''kisah SERAM tamar jalis bersama atuknya.''
~ @BercakapDenganJin

''TIPS dan pelbagai PETUA.''
~ @GayaSihatCantik

"Segala jenis LAWAK yang menghiburkan.''
~ @GifLawak

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

all tumblr wallpaper is here
~ @fwallpapers


NOTA : Stay list 24jam

=========================
provided by @PPEpromoter_bot
33 viewsPromot TAIKO Jumaat, 07:04
Open / Comment