🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 4

2022-06-16 15:22:03 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
List KHAMIS

English QUOTES only.
@OhMyQuotes

Nasihat-nasihat Kehidupan.
@quotephotovideo

HIMPUNAN doa.
@kitabdoa

pelbagai TIPS dan PETUA.
Telegram.me/GayaSihatCantik

DIY - Do It Yourself.
@mrdoityourself

ISLAM itu indah.
@islamitu_indah

kisah SERAM dan alam maya.
@BercakapDenganJin

RETRO COTTON FENOMENA EVOLUSI KINI
@IronlessCottonfly

𝒂𝒏𝒅 𝒉𝒆 𝒇𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒔𝒕 , 𝒂𝒏𝒅 𝒈𝒖𝒊𝒅𝒆𝒅 𝒚𝒐𝒖 .
@twinpages


NOTA : Stay list 24jam

nak join? Start @PPEpromoter_bot
TERIMA KASIH
104 viewsPPE khamis, 12:22
Open / Comment
2022-06-16 04:29:03 Dengan rasa takut, aku bangun juga. Mungkin Kak Jiela tak dengar suara aku tadi. Entah kenapa aku rasa takut. Takut yang teramat seperti ada benda sedang mempermainkan aku.

Sebaik sahaja aku pulas tombol dan menarik pintu, lutut aku terasa lemah longlai. Suara aku tersekat untuk menjerit. Satu susuk perempuan berbaju putih lusuh dengan rambut panjang mengurai berdiri betul betul di hadapan aku. Hilaian tawanya kedengaran sayup sayup sebelum aku pengsan di depan pintu.

“Iris, okay tak ni?” sebaik sahaja membuka mata, Kak Jiela ada di sebelah bersama dua orang wanita lingkungan 40-an.

“Akak jumpa Iris pengsan depan pintu bilik. Ni Kak Noor dengan Kak Midah. Mereka duduk rumah sebelah. Akak terpaksa pergi panggil orang sebab risau Iris tak bangun.”

“Tadi Iris nampak..” “Akak tahu. Dah ramai cakap benda yang sama. Sebab tu akak malas cari penyewa. Akak pun selalu kena kacau tapi akak buat tak tahu je.”

Esoknya aku dah mula keluar untuk kerja lapangan. Dalam pukul lapan malam baru sampai di rumah. Nak naik ke tingkat tiga, aku perlu melalui tingkat dua yang gelap sebab lampu rosak.

Cuma ada cahaya samar samar dari lampu jalan di sebelah blok. Goyah juga hati aku nak melangkah.

“Miaw!!” tiba tiba seekor kucing melompat di hadapan aku sebaik sahaja kakiku menjejak anak tangga di tingkat dua. Aku beristighfar. Sudahlah aku penakut.

Aku naik cepat cepat dan ketika melintasi rumah jiran sebelah, aku perasan ada kain putih terbang melayang di sebelah kanan aku iaitu di luar koridor. Laju dan tak sempat nak tengok jelas. Yang pasti kain putih itu terbang ke arah tempat pembuangan sampah di belakang blok.

“Kak Jiela!” aku mengetuk pintu bertalu talu kerana terlampau takut. Iyelah, dah nampak kain putih terbang.

“Baru balik… hihihi…” satu suara menyapa. Aku tersentak, jantung aku pulak berdegup tanpa had. Wajah aku sudah pucat lesi mendengar suara seram yang entah datang dari mana. Aku pejamkan mata sambil peluk beg laptop. Ayat Kursi pun dah berterabur aku baca. Tiba tiba aku terciom bau ikan masin. Bau yang sama seperti semalam.

“Jangan baca…” suara itu mengejek lalu ketawa mengilai. Aku makin pejamkan mata.

“Kak Jiela!!” Syukur suara aku masih ada. Aku menjerit dengan mata terpejam. Tetapi hilaian tawa itu makin jelas kedengaran. Seolah olah aku berdiri sebelah lembaga itu.

“Eh, dah lama ke Iris sampai?” Kak Jiela membuka pintu. Dia bertelekung.

“Maaf, akak solat tadi.” sambungnya.

Aku buka mata dan pandang sekeliling. Tak ada sesiapa. Bau tadi pun dah hilang.

“Akak, malam ni Iris tidur dengan akak.” aku terus masuk ambil barang barang dan bawa ke bilik Kak Jiela. Tak sanggup aku kena kacau lagi.

Sejak malam itu, Kak Jiela akan tunggu di bawah kalau aku balik. Gangguan pun tak ada kalau berteman. Tapi pernah aku nampak kelibat kain putih di kawasan flat Kak Jiela sewaktu pulang malam. Mungkin tempat mahluk tu.
Tamat.

Sumber : Iris via Fiksyen Shasha.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin
106 viewsKak AL, edited  01:29
Open / Comment
2022-06-16 04:26:45 Malam itu, sebelum tidur aku akan check semua WhatsApp yang masuk. Risau terlepas pandang sebab esok pagi dah start kerja lapangan. Sedang ralit membaca WhatsApp group, pintu bilik aku diketuk. Aku cepat cepat bangun dari katil dan membuka pintu. Mungkin Kak Jiela.

Tiada sesiapa. Aku pandang sekeliling. Cuma ada ruang tamu yang gelap. Tapi aku tak silap dengar. Memang pintu bilik aku yang diketuk tadi.

Aku pandang lagi sekeliling dan kali ini jantung aku seperti hendak terkeluar. Tidak jauh dari aku, dalam kegelapan ruang tamu, ada sepasang mata merah sedang merenung ke arahku.

Entah mata siapa tetapi matanya merah menyala dan mengerikan. Aku terus menutup pintu dengan kuat dan berlari ke katil.

“Hello, Kak Jiela! Iris takut. Iris nampak benda dekat ruang tamu.” aku menelefon Kak Jiela. Kak Jiela masih buat kerja di bilik tengah, tidak jauh dari bilik aku.

“Kejap, dalam lima minit akak datang bilik Iris. Akak habiskan sikit lagi kerja. Jangan takut, tak ada apa la.”

Aku berselimut sementara menunggu Kak Jiela datang. Ayat Kursi dibiar terpasang.

“Iris…” tiba tiba pintu bilik aku diketuk diiringi suara Kak Jiela. “Buka je kak. Iris tak kunci pintu.” jeritku. Aku tak ada kekuatan nak bangun pergi buka. Tuboh aku masih menggigil.

“Iris…” sekali lagi suara Kak Jiela menyapa.
79 viewsKak AL, 01:26
Open / Comment
2022-06-16 04:25:03 #KisahSeram Gangguan di rumah Kak Jiela
Sumber kisah rakyat

Tngah mgoreng telur, tiba2 terciom bau ikan masin. Aku terus tegur tp trkejot dgr jwapan Kak Ziela. Aku dah meremang.

Aku Iris. Kisah ni berlaku kira kira dua tahun lepas ketika aku menumpang sementara di rumah kakak angkat aku. Aku ditugaskan untuk menyertai kajian di Johor selama dua minggu dan dalam masa yang sama ada bilik kosong di rumah kakak angkat aku.

Hari pertama aku sampai di rumah Kak Jiela, aku rasa sedikit seram. Perasaan meremang tu tiba tiba hadir. Sekali pandang rumah Kak Jiela ni biasa saja. Rumah flat tingkat tiga, ada tiga bilik dan agak cantik susunan perabot.

Kak Jiela memang peminat shopee. Semua hiasan dibelinya dari shopee. Tetapi, rasa seram itu tetap ada. Seolah olah ada yang menyambut kedatangan aku. Selesai mandi dan solat Maghrib, aku keluar ke dapur untuk membantu Kak Jiela masak makan malam.

Sedang seronok menggoreng telur dadar sambil berborak, tiba tiba aku tercium bau ikan masin. Kuat menyengat rongga hidung. Bau itu datang dari pintu belakang iaitu dekat dengan dapur memasak.

Mula mula aku fikir bau sampah tetapi makin lama makin kuat bau itu. “Rumah jiran ke yang goreng ikan masin ni? Kuat betul bau!” aku mengomel sendirian.

“Jangan tegur dia. Biarkan je.” tiba tiba Kak Jiela membalas. Bulu tengkuk aku meremang. Pengalaman seram aku memang banyak tapi aku berharap tak berlaku apa apa sebab aku memang penakut. Lagi lagi di rumah ini hanya ada aku dan Kak Jiela.

Kak Jiela membuka TV ketika kami sedang makan untuk kurangkan rasa sunyi. Flat Kak Jiela memang tersorok di hujung sekali dan agak sepi. Sesekali kedengaran salakan anjing liar. Tak dapat bayang macam mana Kak Jiela duduk seorang diri tanpa roommate. Hati kering betul.

“Kak Jiela bayar sewa satu rumah la kan? Kenapa tak cari penyewa lain untuk dua bilik tu?” soalku. “Malas la. Bilik hujung tu akak buat office. Semua barang barang lukisan, letak situ. Bilik hujung tu je kosong. Tapi malas nak cari orang baru. Banyak songeh pulak nanti.” jawabnya bersahaja.

“Orang baru? Means pernah ada roommate eh?” banyak pulak mulut aku malam tu. Rasa nak tampar mulut sendiri. Kak Jiela tersenyum tanpa cakap apa apa. Kami berhenti berborak di situ sahaja. Mungkin Kak Jiela pernah ada krisis dengan ex-roommate dia. Sebab tu dia nampak tak berminat nak cerita banyak.
74 viewsKak AL, 01:25
Open / Comment
2022-06-16 03:02:12 Selepas itu dia menyuruh pemuda itu balik ke kampungnya dengan tidak membenarkan Derih Gagap membalas dendam. Sejak itu tidak ada lagi gangguan seperti itu di kampung tersebut. Memang menjadi syaratnya orang yang ditawan secara demikian tidak boleh dicederakan, sebaliknya diberi makan dan wang sebanyak dua ringgit sebagai sedekah.

"Insya Allah, dia akan insaf dan kembali kepada jalan Allah" beritahu Aki Kidam menutup ceritanya kepada saya dan Tumin.

TAMAT Bab 16.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
66 viewsAmir Ahmad, edited  00:02
Open / Comment
2022-06-16 03:02:12 "Betullah kau ni tak sabar kan dek apa" ketua kampung memarahinya, menyebabkan Derih Gagap terdiam. Memang dendamnya masih membara kerana pemuda berkenaan telah tidur berbaring di sebelah isterinya, walaupun dia tidak memperkosa tetapi sudah tentu mencabar dirinya sebagai seorang lelaki.

Kalaulah tidak mengenangkan janjinya dengan Aki Kidam, memang dia tidak dapat bersabar. Tetapi janji itu mesti dipegang teguh kerana masalah yang dihadapi bukanlah dirinya seorang, sebaliknya untuk kepentingan semua penduduk-penduduk kampung. Bila mengenangkan hal-hal seperti ini, Derih Gagap terpaksa menahan perasaan dendamnya yang terbuku di hatinya.

Mereka bersama-sama menghisap rokok daun yang dibawa oleh Aki Kidam dengan tidak memperdulikan lelaki itu berpusing-pusing sekeliling rumah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Derih Gagap bersandar kepada sendi tiang, terlelap juga beberapa ketika sampai ke pagi. Dia tertunggu-tunggu juga apa yang akan dilakukan oleh Aki Kidam seterusnya.

Setelah pagi cerah, barulah mereka bertiga keluar dari bawah rumah. Aki Kidam mengajak mereka berdua sembahyang subuh saja di rumah Derih Gagap, kemudian sembahyang sunat syukur. Sebelum itu Derih Gagap sudah membangunkan isterinya supaya perempuan itu tidak terkejut. Dia membisikkan tentang lelaki yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya.

"Memang dia tu laa" bisik Kak Senah pada Derih Gagap apabila terlihat lelaki itu melalui tingkap. "Sudah, kau masak air. Nanti buatkan kopi pekat untuknya. Aki Kidam yang suruh buat macam tu" dia memberitahu isterinya.

Perempuan itu tidak membantah. Dia terus ke dapur untuk memasak air seperti yang disuruh suaminya. Lagi pun ketua kampung akan membuat keputusan mengenai lelaki yang sudah dikira masuk perangkap itu. Tetapi dari raut mukanya, Kak Senah tidak mengenali lelaki berkenaan. Ternyata dia bukanlah berasal dari kampung tersebut.

Setelah selesai sembahyang, Aki Kidam duduk di muka tangga dengan berjuntai kaki. Apabila lelaki itu melintas di depan halaman , Aki Kidam memukul kedua-dua lututnya dengan penumbuk. Lelaki itu tiba-tiba berhenti dan berpusing mengadap Aki Kidam di muka tangga.

"Hai, nak kemana awak ni?" tegur Aki Kidam memerhati lelaki yang berumur kira-kira 25 tahun itu.

"Nak cari jalan keluar, sekeliling ni tembok batu. Entah mana pintunya tak jumpa" sahut lelaki itu lemah.

"Awak ni siapa, datang dari mana?" Aki Kidam bertanya, manakala ketua kampung dan Derih Gagap sudah tercegat di belakangnya. Kak Senah juga berdiri di tingkap keheranan melihat peristiwa tersebut.

"Nama saya Johar dari Kampung Pesagi" ujarnya ketakutan.

"Hah, jauh awak ke mari" kata Aki Kidam macam mengejek. Pemuda itu terdiam. Dia terkelip-kelip mata mendongak ke arah Aki Kidam yang masih duduk di muka pintu dengan dua tapak tangannya menekan kepala lutut.

"Tolonglah lepaskan saya, saya minta ampun" dia terketar-ketar meminta perlindungan.

"Naiklah dulu..." Aki Kidam menyuruhnya naik.

Dia tidak membantah dan terus naik ke rumah. Kemudian dia menyuruh Kak Senah mengeluarkan kopi O. Mereka berempat pun minumlah bersama-sama. Setelah disoal oleh ketua kampung pemuda bernama Johar itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut. Dia telah menuntut satu ilmu kebatinan yang mengikut pesan gurunya mesti melakukan perbuatan tersebut sampai genap 44 malam.

"Awak berjanji tak ganggu lagi kampung ni!" kata Aki Kidam. Pemuda itu mengangguk. Dia juga melihat ke tengah halaman, tidak ada tembok batu yang dikatakannya itu. Barulah dia menyedari bahawa ilmu setan yang dituntutnya boleh dikalahkan juga.

"Ilmu setan boleh dikalahkan, kerana ianya terbatas" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. "Tetapi ilmu Allah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun, apatah lagi oleh setan. Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi dengan tidak ada batasnya" dia menasihatkan pemuda berkenaan.
66 viewsAmir Ahmad, 00:02
Open / Comment
2022-06-16 03:02:12 "Boleh jadi juga" Aki Kidam mengangguk. Orang seperti itu memang ada gerak sendiri. Sekiranya dia mendapati nahas di pertengahan jalan, dia tidak akan meneruskan perbuatannya. Dia akan menunggu orang-orang kampung terlalai barulah dia bertindak semula.

"Aki kena usahakan juga, hindarkan dia dari mengganggu" ujar ketua kampung gelisah dengan bencana yang menimpa kampungnya. "Kalau tak dapat kita halang, orang-orang kampung tak senang nak buat itu dan ini" katanya dengan penuh harapan.

Aki Kidam menggigit ibu jarinya macam memikirkan sesuatu, tetapi sebenarnya ada petua dia lakukan demikian. "Kita lorongkan dia ke rumah kau ajelah Derih" Aki Kidam tersengih-sengih.

Mula-mula Derih Gagap gelisah juga dengan permintaan Aki Kidam itu. Mana tahu pemuda itu lebih dari Aki Kidam. Orang jahat mesti ada muslihatnya sendiri untuk melepaskan diri. Tetapi kerana nekadnya untuk mengetahui apakah kesudahan penceroboh itu dia bersetuju dengan apa sahaja cadangan Aki Kidam.

Mereka bertiga menuju ke rumah Derih Gagap. Samapai di kepala simpang Aki Kidam menghentakkan tumitmya tiga kali ke bumi, kemudian barulah mereka terus ke rumah Derih Gagap. Dia menegah Derih Gagap dari membangunkan isterinya, sebaliknya dia menyuruh Derih Gagap duduk di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya tidur. Manakala ketua kampung duduk di bawah serambi.

Derih Gagap nampak Aki Kidam mengelilingi rumahnya dengan mengguriskan kelengkeng ke tanah, sebanyak tiga kali pusing. Apakah yang dibuatnya mereka berdua tidak tahu. Lepas itu barulah Aki Kidam masuk ke bawah rumah di bahagian dapur. Sebelum itu dia berpesan kepada dua orang rakannya itu jangan buat apa-apa kalau terlihat sesuatu, kecuali apabila dia memberi isyarat supaya keluar dari bawah rumah.

Kira-kira 1 jam mereka bertiga tercangkung di bawah rumah, barulah Derih Gagap terdengar bunyi orang mendehem. Pada mulanya dia menyangka Aki Kidam. Begitu juga ketua kampung, dia menyangka Derih Gagap yang mendehem. Marah juga dia pada Derih Gagap kerana melanggar arahan Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun.

Tetapi jelas bunyi orang mendehem itu jauh di luar kawasan rumah. Kemudian dehemnya lebih kuat kerana sudah dekat dengan kawasan rumah. Lepas itu terdengar pula bunyi pasir diserakkan ke atas bumbung rumah itu sebanyak tiga kali. Tetapi Derih Gagap belum melihat sesiapapun melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh amaran Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun kalau terdengar atau terlihat sesuatu yang ganjil.

Dia memerhati ke arah bawah rumah serambi, ketua kampung mengangkat tangan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut menyuruh dia mendiamkan diri. Apabila melihat ke bawah rumah di bahagian dapur, Aki Kidam juga menyuruh dia mendiamkan diri. Barulah lega hati Derih Gagap, kerana dia yakin penceroboh itu tidak akan dapat lagi masuk ke rumahnya.

Setelah beberapa minit bunyi pasir dilemparkan ke atas atap itu berhenti, sekali lagi terdengar orang mendehem tiga kali. Kemudian barulah ternampak oleh Derih Gagap, seorang lelaki berjalan mengelilingi rumahnya di dalam kawasan yang diguris oleh Aki Kidam sebelum tadi.

Lelaki itu memakai seluar hitam dan berbaju teluk belanga biru tua, berjalan saja sambil matanya terlangah-langah seperti mencari sesuatu. Dia berlegar-legar saja di sekeliling rumah, tetapi tidak terkeluar dari kawasan yang diguris oleh Aki Kidam dengan kelengkengnya.

Selepas itu barulah Aki Kidam merangkak mendapatkan Derih Gagap. Mereka berdua terus pula mendapatkan ketua kampung di bawah rumah serambi.

"Biarlah dulu, tak ke mana larinya" bisik Aki Kidam mengeluarkan rokok dari sakunya. Dia menghisap rokok macam tidak menghiraukan lelaki di halaman rumah berlegar-legar.

"Biar aku ajar dia, Aki" ujar Derih Gagap menyimpan dendam.

"Hah, kau dah lupa Derih...!" Aki Kidam mengingatkan.
58 viewsAmir Ahmad, 00:02
Open / Comment
2022-06-16 03:02:12 #KoleksiTokAwangNgah

LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR

(Bab 16 bahagian 2)

Sejak itulah Derih Gagap sering menemui Aki Kidam kalau dia sakit atau memerlukan doa orang tua itu.

Ketua kampung bersetuju dengan cadangan Derih Gagap untuk menemui Aki Kidam. Dalam pertemuan itu ketua kampung juga bersetuju dengan syarat yang diberi oleh Aki Kidam supaya tidak memberitahu orang kampung, apakah yang harus dibuatnya. Sementara itu dia menyuruh semua orang memakai tangkal yang diberi oleh Anjang Hak.

Malah apa yang disuruh buat oleh Anjang Hak juga mereka lakukan seperti yang diingatkan oleh ketua kampung. Mereka dikehendaki merentang benang hitam pada tiap-tiap tingkap dan pintu. Kata Anjang Hak sekiranya orang itu menceroboh juga dia akan dapat dilihat, ilmu ghaib tidak akan menjadi lagi. Lebih sebulan mereka melakukan seperti yang disuruh oleh Anjang Hak iaitu merentangkan benang hitam pada pintu dan tingkap, sejak itu lenyaplah cerita lelaki menceroboh itu.

Setahu orang-orang kampung usaha Anjang Hak itulah yang membantu mereka menghindarkan malapetaka itu. Rahsia sebenarnya hanya diketahui oleh ketua kampung dan Derih Gagap. Mereka berdua teguh memegang janji dengan Aki Kidam supaya tidak memberitahu mengenai usaha Aki Kidam itu kepada orang-orang kampung.

Sudah berpuluh tahun berlalu barulah Derih Gagap menceritakan pada anaknya Tumin. Dialah berpesan kepada Tumin supaya menjengok-jengok orang tua itu kalau masih hidup. Puas juga Tumin mencari barulah ditemuinya orang tua itu. Dia pula mengajak saya menemui orang tua tersebut, kerana dia tahu saya sangat gemar menemui orang tua seperti Aki Kidam ini.

Aki Kidam sudah dapat mengagak bahwa kekacauan di kampung tempat dia menumpang itu dilakukan oleh orang yang baru mencuba amalannya. Walaupun setakat itu lelaki berkenaan belum melakukan kejahatan, tetapi ianya amat membimbangkan orang-orang kampung.

Memang Aki Kidam tahu bahwa amalan itu tidak boleh mencabul kehormatan mangsanya. Dia hanya dikehendaki melucutkan pakaian mangsanya dan berbaring di sebelahnya beberapa ketika sehingga mangsanya terjaga dari tidur. Jika itu berjaya dilakukannya barulah amalannya dikira berjaya sepenuhnya.

Bagi Aki Kidam amalan itu bukanlah asing kepadanya. Malah dia juga pernah melakukannya, tetapi tidak mahu diteruskan kerana diketahuinya bertentangan dengan ajaran islam. "Ilmu ini tidak memberi manafaat, kecuali untuk tujuan jahat dan ditunggang oleh setan" katanya menyesali perbuatan pemuda itu.

Kelebihan pada pemuda itu sudah dapat dirasakan oleh Aki Kidam. Di mana saja ada bahagian yang boleh lulus angin, maka di situlah dia boleh masuk. Oleh itu tidak semestinya dia masuk melalui tingkap atau pintu saja. Pemuda itu itu boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah dinding juga.

"Tetapi tiap-tiap ilmu setan, ada kelemahannya. Kita mesti cari tempat lemahnya" jelas Aki Kidam.

Dia tidak menerangkan di mana kelemahan yang mesti dicari. Tetapi setakat ini memang Derih Gagap tahu bahawa rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu oleh lelaki tersebut. Malah semasa orang-orang kampung heboh dengan pencuri, rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu. Pernah juga Usup Kecih mengesyaki perbuatan Aki Kidam, sebab itulah rumahnya tidak diganggu.

Aki Kidam hanya mengajak ketua kampung dan Derih Gagap saja berkawal malam. Orang-orang lain hanya disuruh menunggu rumah masing-masing saja setelah mendapat tangkal dari Anjang Hak.

Malam pertama mereka bertiga berkawal, tidak ada tanda lelaki berkenaan masuk menceroboh. Ketua kampung dan Derih Gagap dibawa oleh Aki Kidam berjalan di sekeliling kampung, dan menunggu di jalan masuk ke kampung itu. Setelah jam 12 malam Aki Kidam mendapati tidak ada apa-apa tanda. Dia pun mengajak kedua-dua rakannya itu balik saja.

Tiga malam berkawal masih belum ada tanda-tanda yang diagak oleh Aki Kidam. Dalam masa tiga malam itu juga tidak ada orang yang gempar kerana diceroboh.

"Agaknya dia dah tahu kita berkawal" bisik Derih Gagap.
67 viewsAmir Ahmad, edited  00:02
Open / Comment
2022-06-15 19:03:02 PPE Denebola STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@ServisFollowersCikWina
SERVIS MEDIA SOSIAL TERBAIK PADA ABAD KINI

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@ItsAllAboutUs
Luahan Kata, Cerita Kau & Aku. Just Quotes

@IronlessCottonfly
RETRO COTTON FENOMENA EVOLUSI KINI

@IrisStyListaWarDrope
Koleksi Pakaian Mampu Milik 2018 Cantik, Menarik, Meletops UpToDate

@kasutviralstore
Kasut viral & setiap bulan ada harga runtuh!

@testimonishopee
Belajar rahsia berniaga borong cina dan Shopee.


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
96 viewsDenebola Star, 16:03
Open / Comment
2022-06-14 18:56:01 PPE Caph STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@GayaSihatCantik
PETUA dan TIPS bermanfaat.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@thinkpositivee
Pelangi muncul selepas hujan

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@lovestoryneverend
This Love Story All About Us

@thekopipanas
Motivasi itu adalah untuk setiap hari.

@GadisSolehah
Wanita Hiasan Syurga

@QuotesByEnglish
Kuiz Soalan Panas


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
138 viewsCaph Star, 15:56
Open / Comment