🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages 7

2022-06-02 21:01:23 Daboh hanya tersengih-sengih melihat emaknya menangis merintih-rintih. Kadangkala dia menggaru-garu belakang dengan menggosokkannya ke dinding. Atau dia berjalan berligar-ligar di dalam kandang kayu yang dibuat berpasung itu. Daboh tidak akan menyahut apa-apa kalau emaknya merintih-rintih di depannya.

"Nasib kaulah Daboh, kalau pendek umur emak macam manalah kau Daboh" Mak Leha menahan kesedihan yang mengganggu jiwanya.

Daboh hanya tersengih-sengih. Dia tidak peduli emaknya merintih-rintih tersedu di depannya.

Sama ada Daboh terkena badi binatang hutan, Mak Leha tidaklah hiraukan sangat kerana dia tahu Daboh memang gemar berburu. Pernah juga dia mengidap sakit telinga berdarah selepas dapat menjerat kijang. Ketika kijang meronta-ronta dia dan kawan-kawannya merebahkan binatang itu ke tanah. Daboh menekan lututnya ke pangkal telinga kijang itu bagi membolehkan Lajis menyembelih.

Balik dari hutan itu semua mereka yang pergi seramai 8 orang jatuh demam. Lajis demam kena beguk hingga kedua-dua belah lehernya bengkak. Mat Jol yang memegangkan kaki pula kena bisul pada betis samapai sebulan lebih menghidap bengkak betis. Rasip meracau-racau takutkan orang besar mengganggu setiap kali terlena. Liham pula sakit mata sebulan biji matanya merah tidak boleh melihat. Sanip pula terberak-berak darah menghidap berbulan-bulan. Hendak dikatakan buasir bukannya penyakit buasir, tetapi duburnya terasa seperti luka baru sembuh.

Keenam-enam mereka terkena badi kata Dukun Sood. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sarip jeran sejeran-jerannya selepas dikatakan badi kijang itu. Baik saja dari sakit mereka tidak mahu lagi berburu binatang hutan. Lajis yang menyembelih kijang terasa lehernya pedih bagaikan dihiris dengan pisau semasa menghidap beguk itu. Kalau beguk biasa dua tiga hari akan sembuh. Atau ianya boleh menjangkit pada orang lain.

Sebaliknya beguk yang dihidap oleh Lajis sampai lebih sebulan. Terpaksa Dukun Sood berkebas dengan kain hitam dan mayang pinang. Sementara Mat Jol yang memegangkan kaki, betisnya pula hinggap bisul. Betis itu membengkak sampai sebesar batang pinang. Dukun Sood juga mengubatnya dengan merendang bertih. Hampir sebulan dia mengidap barulah bisul itu meletus hingga keluar nanah bercampur darah pekat.

Rasip cuma duduk saja diatas badan kijang yang sudah rebah ke tanah. Dia tidak melakukan apa-apa. Tetapi apabila balik ke rumah dia kena demam panas seluruh badan. Setiap malam dia merepek meracau-racau takutkan orang besar datang mencekik lehernya. Dukun Sood berkebas dengan kain hitam juga di samping air tujuh geluk dari tujuh kuala sungai dibubuh bunga tujuh warna. Sampai kurus badan Rasip menderita sakit barulah dia pulih semula.

Sementara Liham pula kerana mahu cepat dia menerpa hingga pahanya menghimpit bahagian mata kijang. Mungkin itulah sebabnya dia mengidap sakit mata sebulan lebih. Matanya merah tidak boleh celik kalau berdepan dengan cahaya. Apabila bangun pagi kedua pelupuk matanya seperti kena gam melekat tidak boleh dibuka. Terpaksa pula dibasuh dengan air embun. Kadangkala mata itu pedih seperti dibubuh pasir.

Sanip yang melompat ke atas perut kijang itu berdiri dan menginjak-nginjak supaya binatang itu tidak dapat berkuat terkena pula sakit terberak-berak darah. Semuanya berubat kepada Dukun Sood. Mengikut cerita Dukun Sood memang mereka terkena badi kijang.

Begitu jugalah Daboh yang menghimpit pangkal telinga kijang itu dengan kepala lututnya, menyebabkan telinganya berdarah. Dia merasa menggelegak macam dimasuki lipas. Bila disumbat dengan kapas didapati kapas itu berdarah. "Binatang hutan ada gembala, kalau tak tahu permainan gembalanya nanti kita yang musnah" Dukun Sood mengingatkan mereka supaya jangan lagi memburu binatang hutan.

"Yang kuat badinya burung puyuh..." jelas Dukun Sood menasihati anak-anak muda yang ghairah memburu itu. "Yang kedua ayam denak, yang ketiga rusa dan keempat kijang. Nasib baiklah awak semua terkena badi kijang, masih boleh ditolong" beritahunya macam memberi amaran.
23 viewsAmir Ahmad, 18:01
Open / Comment
2022-06-02 21:01:23 #KoleksiTokAwangNgah

RINTIHAN DARI KUBUR

(Bab 14 bahagian 1)

SEPANJANG lima bulan Daboh dalam kurungan pasung kayu, dia hanya tersengih-sengih saja setiap kali Dukun Sood datang. Kadangkala dia melambai-lambai tangan apabila Dukun Sood membakar kemenyan. Tetapi Daboh akan merungut-rungut sekiranya dia nampak Sarip Kubung tersandar pada tiang tengah.

Dukun Sood sering mengingatkan Sarip Kubung supaya tidak berkasar dengan adiknya itu. Daboh sakit hilang akal, bukannya demam biasa. Dia tidak mengganggu sesiapa, cuma tersengih-sengih saja. Dukun Sood menyuruh dikurung dalam pasung kayu, bukan bimbangkan Daboh mengganggu orang, tetapi supaya dia terkawal tidak dapat merayau-rayau ke sana ke mari.

Bila terlepas Daboh akan berjalan-jalan ke tepi sungai sambil tersengih-sengih. Perempuan-perempuan yang sedang membasuh akan bertempiaran lari bila ternampak Daboh, kerana ketakutan. Sebenarnya Daboh tidak mengusik sesiapa pun. Tetapi disebabkan takut perempuan-perempuan itu lari bertempiaran. Daboh pula akan terlompat-lompat kesukaan melihat perempuan-perempuan itu lari.

Sarip Kubung pula akan menempeleng muka adiknya itu kalau dijumpainya merayau-rayau di keliling kampung. Dia akan mengheret Daboh memaksa adiknya balik semula ke rumah. Kadang-kala menangis juga Mak Leha melihat lutut Daboh berdarah-darah kerana diheret oleh abangnya.

Kira-kira lima bulan Daboh menderita dalam kurungan pasung kayu. Kalau Dukun Sood tidak suruh demikian tentulah lebih teruk Daboh diseksa oleh abangnya Sarip Kubung. Manalah dapat menahan Daboh berjalan-jalan sambil tersengih-sengih memegang sebatang kayu, sedangkan fikirannya bukanlah seperti orang biasa. Dia hilang akal sejak beberapa lama.

Puncanya tidak siapa pun tahu. Tetapi seingat-ingat Mak Leha, mula-mulanya Daboh selalu duduk termenung. Dia tidak lagi mengikut kawan-kawannya memburu ke hutan, atau memikat balam, atau mendekut wak-wak. Disuruh makan pun, Daboh tidak mahu. Dia enggan bercakap dengan sesiapa.

Kemudian sedikit demi sedikit perangainya mula berubah. Dia mula bercakap seorang diri, tersengih-sengih dan ketawa sesuka hatinya bila masa saja. Dukun Sood yang dipanggil mengubatnya hanya dapat mengatakan Daboh terkena badi hutan.

"Kau tak boleh berkasar dengan adik kau, Sarip." Dukun Sood mengingatkan setelah mendengar cerita Mak Leha bagaimana Sarip Kubung melayani adiknya itu. "Dia tu kena badi, susah nak diubat. Kena bersabarlah kita menjaga dia," nasihat dukun itu.

Sarip Kubung hanya mengangguk kepala. Sebenarnya dia tidak berniat untuk bersikap kasar dengan Daboh. Tetapi apabila dipujuk baik-baik Daboh tidak mahu mempedulikannya, sebab itulah dia terpaksa berkeras. Kadang-kadang disuruh makan pun Daboh sengaja terberak atau terkencing di dalam pinggan, kecuali apabila disergah barulah dia mahu menurut perintah Sarip Kubung.

"Menjaga orang macam ni memang susah" kata Dukun Sood lagi. "Tapi, kita kenalah sabar. Kalau tidak kita menjaga dia siapa lagi hendak diharapkan!" ujar orang tua itu mengingatkan.

Mak Leha memang tidak dapat berkata-kata lagi sejak Daboh jatuh sakit. Sarip Kubung dah berkahwin, hanya dengan Daboh sajalah dia tinggal di rumahnya. Daboh yang menyara hidupnya selama ini. Kalau patut menoreh getah, Daboh akan pergi menoreh getah. Kalau patut ke hutan mencari manau, damar atau petai, dia ke hutan bersama kawan-kawannya.

Kadangkala Daboh memasang perangkap pelanduk, memburu denak, mendekut wak-wak. Memang Daboh anak muda yang rajin bekerja. Susuk tubuhnya gempal berambut kerinting, berkulit hitam manis. Boleh dikatakan dalam kampung itu dia merupakan anak muda yang tampan juga. Kalau ada kenduri kendara selalulah dia bersenda gurau dengan anak gadis di penanggah.

Tetapi semenjak dia jatuh sakit, Daboh berubah sama sekali. Tubuhnya masih gempal tetapi comot selekeh tidak terurus. Baunya hapak kerana jarang mandi. Hanya sekali sekala saja emaknya dapat memujuk menyuruh dia mandi.

"Kenapa kau jadi macam ni Daboh!" rintih Mak Leha bila sekali sekala dia tidak dapat menahan perasaan terharunya melihat keadaan anaknya itu.
38 viewsAmir Ahmad, edited  18:01
Open / Comment
2022-05-29 21:27:46 Kira-kira setengah jam dia menjelma menjadi harimau, Wak Samin pun memulihkan semula dirinya. Setelah dia kembali kepada asalnya, cepat-cepat dia mendapatkan isterinya di atas para. Tapi, alangkah terkejutnya dia melihat Lisun pengsan tidak sedarkan diri.

Disebabkan dia sudah menduga Lisun memang terkejut melihat harimau hidup maka tidak Wak Samin terkejut benar. Tetapi yang diketahui oleh Wak Samin ialah Lisun terkejut kerana suaminya bertukar menjadi harimau.

Terpaksa pula Wak Samin memulihkan isterinya dari pengsan. Sebaik saja Lisun sembuh dia terus meluru ke pintu lari dari rumahnya. Dia terus balik ke rumah emaknya dan enggan balik semula kepada suaminya. Puas dipujuk oleh Jalit supaya Lisun jangan ikutkan perasaan, namun dia tetap berdegil tidak mahu balik lagi mendapatkan Wak Samin.

“Selama ni saya nikah dengan harimau,” dia merintih-rintih memberitahu keluarganya. “Saya lihat sendiri Samin bertukar menjadi harimau. Saya tak mahu lagi bersuamikan harimau,” katanya menangis hiba.

“Perasaan kau saja Lisun,” kata Jalit memarahinya. “Pasal kau berkeras mahu melihat harimau, sebab tu Samin pun kau kata harimau!” Jalit tidak percaya dakwaan adiknya Wak Samin bertukar menjadi harimau.

Emaknya juga menasihatkan Lisun supaya balik semula ke rumah. Masalah Wak Samin bertukar menjadi harimau bukanlah perkara yang boleh meruntuhkan rumah tangga mereka. Wak Samin tidak pernah menganggu sesiapa pun dengan kepandaiannya menukar dirinya menjadi harimau.

Malah dia sudah menolong Pak Kidam dengan kebolehannya itu, disamping menyelamatkan nyawa Jalit. Ilmu di dada menjadi salah kalau ianya disalah gunakan , tetapi kalau digunakan dijalan kebaikan, ia tetap memberi manafaat kepada semua orang.

Setelahmendapat tahu isterinya tidak mahu lagi balik kepadanya, disamping menuduhnya seekor harimau, maka dengan diam-diam Wak Saminmelarikan diri dari kampung tersebut. Dia malu bertemu muka dengan mak mentuanya dan juga sanak saudara Lisun. Tidak pula diduganya Lisun membukakan rahsia tersebut kepada kaum keluarganya.

Tidak siapa pun mengetahui ke mana Wak Samin membawa dirinya. Sementara Lisun pula sentiasa meracau-racau takut menjadi isteri harimau. Dia memekik-mekik kerana sudah trerpeday hingga menjadi isteri harimau. Penyakit Lisun tidak dapat diberitahu kepada Wak Samin. Hingga akhirnya Lisun meninggal dunia akibat terkejut melihat suaminya menjadi harimau, siapa pun tidak dapat menyampaikan berita itu pada Wak Samin.

“Saya kira amalan menjadi harimau ni bertentangan dengan ajaran Islam,’ kata saya memerhati Wak Samin.

Dia menganggukan kepala. Kemudian menunduk memikirkan sesuatu.

“Iya, kerana menyamakan diri kita dengan binatang,” keluhnya perlahan.
Saya tahu Wak Samin juga bukanlah sebarangan orang dari segi pengetahuan agama. Sebab itu saya tidak banyak bertanya mengenai perkara lain selain dari amalan dirinya yang boleh menukarkan sifat tubuhnya kepada harimu.

“Ustaz tak takukan Wak? “ katanya macam menyindir.

“Tidak,” sahut saya menggelengkan kepala. “Saya hanya takut kepada Allah,” beritahu saya tegas.

“Alhamdulillah.....’” dia tersenyum menatap muka saya.

Ketika ini saya membaca Ayat Kursi di dalam hati hingga sampai 313 kali. Tetapi saya lihat Wak Samin tetap tidak menghadapi apa-apa perubahan. Kemudian dia tersenyum lagi sambil menepuk paha saya.

“Wak tak ada apa-apa Ustaz,” katanya lagi. Saya merasakan diri saya disindir, tetapi saya sedar Wak Samin juga tahu saya sedang mengujinya. “ Wak tak ada amalkan ajaran yang berlawanan dengan aqidah Islam. Hanya kepada Allah, Wak mohon pertolongan dan perlindungan,” jelasnya terangguk-angguk.

Saya percaya dengan kata-kata Wak Samin itu. Memang Tok Aji sudah pesankan kepada saya mengenai diri Wak Samin itu dia tidak lagi mengamalkan pertapaan yang membolehkan dirinya menjelama menjadi haiwan. Sudah tentulah menjadikan diri kepada haiwan itu tidak dikehendaki oleh Islam.

TAMAT Bab 13.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
3 viewsAmir Ahmad, edited  18:27
Open / Comment
2022-05-29 21:27:44 Tetapi permintaan seperti Lisun ini jarangbenar didengar. Malah tidak pernah perempuan mengandung mahu mengidammelihat binatang buas hidup-hidup. Apa lagi harimau yang ganas di hutan.

“Janganlah kau minta yang bukan-bukan Lisun “ ujar Jalit menasihatinya.

“Saya ingin sangat nak tengok.....” Lisun macam merayu.

“Tak boleh kah kau minta yang lain?” soal Jalit semakin heran.

“Entah lah bang, saya tak dapat nak minta yang lain” jelasnya tegas.

Wak Samin terdiam dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah mengenangkan permintaan yang diluar dugaan itu. Bagaimanakah seorang perempuan mengandung mengidam mahu melihat harimau hidup-hidup padahal tidak pernah didengarnya perempuan mengidam sedemikian.

Tetapi pembawaan perempuan mengandung bermacam-macam. Ada perempuan yang suka menghisap puntung rokok saja, ada yang suka makan sepah sirih, ada yang mahu makan asam, ada pula yang suka mandi air telaga dan bermacam-macam lagi. Wak Samin terpaksa menerima hakikat ini bahawa amalan-amalan yang dipelajari dari Tok Malim Udoh inilah yang sedang menguji dia sekarang.

Sedangkan Jalit sudah tidak berupaya untuk menghalang kemahuan Lisun. Apa lagi permintaan itu merupakan pembawaan perempuan mengandung.

“Aku tak dapat nak cakaplah, Samin” keluh Jalit memberi keputusan kerana tidak sanggup lagi menasihatkan Lisun.

“Tak apalah bang Jalit, muga-muga dia boleh lupakan juga” sahut Wak Samin dengan satu harapan tergaris di hatinya.

Tetapi sepeninggalan Jalit itu, Lisun tetap tidak mahu mengalah. Dia berkeras mahu mengajak Wak Samin ke hutan kerana hendak melihat sendiri harimau hidup-hidup. Puas Wak Samin memujuk dia berkeras juga mahu seperti yang dihajatinya.

“Nanti kau terkejut kerana takut” Wak Samin cuba berdalih.

“Ah, itu dalih abang saja kerana tak mahu membawa saya ke hutan” Lisun mencemiknya.

“Kalau Lisun nak tengok harimau tak payah ke hutan” beritahu Wak Samin perlahan. “Abang boleh panggilkan harimau datang ke sini” jelasnya tersengih-sengih macam menduga perasaan Lisun.

“Abang sengaja takut-takutkan saya” perempuan itu menjuihkan bibir mengejek. :Kalau abang boleh panggilkan, panggillah” ujarnya mencabar Wak Samin.

“Nanti Lisun ketakutan” Wak Samin masih menasihatkan dia.

“Saya teringin nak tengok, tak kan saya ketakutan” sahutnya keras.

“Kalau begitu baiklah’ Wak Samin memberi jaminan.

Sedapat-dapatnya dia tak mahu melukakan hati isterinya. Dia tahu hidup berdagang di rantau mesti tahu membawa diri. Mesti selalu merendahlkan diri kepada sesiapa saja. Apa lagi dengan isteri sendiri dia dia mesti tunjukkan segala kasih sayangnya. Apa saja permintaan isteri mesti dipenuhi juga.

Dia menyuruh Lisun naik keatas para romeh, iaitu lantai yang sengaja dibuat seperti silng rumah.

“Lisun tunggulah di sini, dan jangan kemana-mana” katanya kepada isterinya penuh kasih sayang.

Setelah Lisun naik keatas para rumah, Wak Samin pula mula membakar kemenyan dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Lisun memerhatikan sahaja kelakuan suaminya, sementara matanya melingas-lingas dari manakah harimau yang dipanggil oleh suaminya akan masuk ke dalam rumah.

Lama Lisun memerhatikan suaminya, dia terperanjat bila Wak Samin membongkok sambil meneran sesuatu seperti laku orang mahu membuang air besar. Tiba-tiba ekor panjang keluar dari punggongnya. Setelah ekornya keluar, Wak Samin mula meniarap seperti kucing bangun dari tidurnya.

Kemudian dia menguling-gulingkan badannya dan mengeliat-ngeliat. Dari sinilah tubahnya berubah sedikit demi sedikit menjadi harimau sepenuhnya. Apabila sudah menjadi harimau sepenuhnya, Wak Samin pun melompat dan berjalan dari serambi masuk ke induk rumah. Dia menganga- ngangakan mulut seperti terkuap-kuap kelaparan. Sekali sekala mengerling juga ke arah para rumah supaya isterinya dapat melihat dengan jelas rupa seekor harimau yang hidup.
2 viewsAmir Ahmad, 18:27
Open / Comment
2022-05-29 21:27:44 #KoleksiTokAwangNgah

HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI

(Bab 13 bahagian 2)

“Tak sangka awak boleh menentang harimau Wak Samin” keluh Pak Kidam masih terasa gementar.

Wak Samin tidak menyahut. Dia sendiri menyesal kerana terlalu cepat menunjukkan kepandaiannya. Tetapi kalau dia terlambat, tentulah abang iparnya Jalit menjadi mangsa pula. Harimau itu sudah bersedia untuk menerkam semasa dia terjun ke tanah. Kalau harimau tersebut sempat menerkam tentulah Jalit mendapat cedera parah. Sebab itulah Wak Samin tidak bertangguh terjun ke tanah bagi menyelamatkan abang iparnya.

Ketika ini dia tidak memikirkan apa orang kampung akan kata. Boleh jadi orang-orang kampung merasa kagum dengan tindakannya, dan boleh jadi juga mereka takut bila berhadapan dengannya. Itulah pertama kali Wak Samin menunjukkan kepandaiannya. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan apa-apa kelebihan kepada masyarakat kampung. Malah Tok Aji sendiri tidak tahu tentang kebolehan Wak Samin menentang seekor harimau liar di hutan.

“Terima kasihlah Wak Samin kerana sudah menolong orang-orang kampung “ kata Pak Kidam mengajak semua anak buah balik semula. Cerita Wak Samin menentang harimau dengan tidak bersenjata itu cepat saja meribak ke seluruh kampung. Jalit juga memuji-muji adik iparnya itu, malah dia merasa terhutang nyawa kepada Wak Samin. Kalaulah tidak kerana Wak Samin cepat datang menolong sudah tentu dia menjadi mangsa harimau.

Kegagahan Wak Samin menentang harimau ini telah menjadi bualan. Tidak lama kemudian Tok Aji, membawa anak isterinya ke Singapura, tinggallah Wak Kamin saja di Kota Tinggi. Ketika ini Lisun sudah mula mengandung 3 bulan. Entah mengapa dalam masa mengandung ini Lisun kuat mendesak Wak Samin ke hutan kerana dia mahu melihat harimau hidup-hidup.

Wak Samin tahu desakan Lisun bukanlah kerana mendengar kegagahan dia meneang harimau dan menyelamatkan Jalit, tetapi pembawaan orang mengandung. Heran juga dia dengan pembawaan Lisun. Kalau perkara lain dia memang bersedia untuk memenuhi kemahuannya, tetapi untuk melihat harimau hidup bukanlah perkara yang menjadi kebiasaan.

“Saya hendak sangat melihat harimau hidup, bang” desak Lisun selepas makan tengah hari.

“His, merepek aje kau ni Lisun” rungut Wak Samin.

“Betul-betul ni bang, saya ingin sangat” kata Lisun lagi bagaikan tidak sabar.

“Harimau di trengah hutan, macam mana nak bawa kau ke sana? “ Wak Samin cuba menasihati isterinya.

“Cubalah abang bawa saya jumpa harimau” ujar Lisun bersungguh-sungguh

Wak Samin tahu pernmintaan Lisun itu bukanlah olok-olok. Memang pembawaan orang mengandung bermacam-macam. Tetapi dia heran juga dengan pembawaan Lisun yang ganjil dari orang lain. Belum pernah dia mendengar pembawaan perempuan mengandung mahu melihat harimau berjalan-jalan dan melompat-lompat.

Harimau binatang ganas yang liar di hutan, bukanlah seperti kucing yang boleh dibuat permainan. Sebaliknya bila didesak oleh Lisun, dia menjadi serba salah juga. Kalau tidak dipenuhi pembawaan orang mengandung entah apa pula bencana.

Puas memikirkan apa harus dibuat. Wak Samin mengadukan halnya kepada Jalit. Selalunya dia minta buah fikiran Tok Aji, tetapi disebabkan Tok Aji tidak ada, dia pn bertanya pada Jalit.

“Kau dah gila.....” Jalit memarahi adiknya Lisun kerana membuat permintaan yang bukan-bukan. “Apa yang kau pinta Samin lakukan ni cari nahas saja” ujar Jalit keras.

“ Saya tahu Abang Samin boleh jinakkan harimau. Nyawa abang pun Abang Samin yang selamatkan” Lisun tersinggung dengan sikap abangnya berkasar terhadap dirinya. “Takkan dia tak boleh jinakkan harimau, kalau saya sendiri yang nak tengok” katanya macam mengejek.

“Perkara sia-sia yang kau minta Samin buat” jerkah Jalit masih heran dengan permintaan adiknya.

Dia tahu Lisun sudah mendengar cerita Wak Samin membawanya ke hutan untuk melihat harimau hidup-hidup. Kalau memakan binatang-binatang hutan seperti pelanduk, kijang, rusa atau naouh dia sendiri sanggup menemankan Wak Samin pergi memburu.
3 viewsAmir Ahmad, edited  18:27
Open / Comment
2022-05-29 19:05:05 PPE Achernar STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@DearHati
HATI itu INDAH bila memaafkan.

@lovestoryneverend
This Love Story All About Us

@quotesmusicwllppr
️I can't forget But I can pretend

@doumissmelikeimiss_u
❝αĸυ, ғαll ιɴ love.❞

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@kalamsepi
Verily, الله with us

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@AkakSharing
Sharing Is Caring.


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
21 viewsAchernar Star, 16:05
Open / Comment
2022-05-27 18:32:37 Harimau itu seolah-olah meronta, tetapi badannya tidak dapat bergerak. Dia bagaikan terlekat pada tanah tidak boleh menghambur. Ngaumannya juga tidak keluar dari rahangnya, cuma rungutan kecil. Jalit nampak air liur harimau itu meleleh keluar seperti termakan cili padi.

“Dengan orang kampung ni kau boleh tunjuk keras kepala, tapi dengan Samin kau jangan cuba main-main” Wak Samin menggertap bibir sambil berjalan mara mendapatkan harimau yang terpaku di depannya.

Pak Kidam yang memegang senapang tidak dapat melepaskan tembakan dia. Jarinya seolah-olah kaku tidak dapat memetik trigger. Dia terpegun melihat Wak Samin yang tiba-tiba saja melompat ke tanah sebaik saja abang iparnya terperangkap tidak sempat naik ke atas pondok.

“Biadap kau…” tepiknya lantas menampar muka harimau itu sekuat hatinya.

Harimau itu menjerit kesakitan tetapi kakinya tidak terlepas dari bumi. Kaki harimau itu seolah-olah diikat dengan simin ke tanah tidak boleh diangkat langsung.

“Depan Samin, kau jangan nak tunjuk garang” dia menampar sebelah lagi muka harimau itu.

Tok Aji nampak apa yang dibuat oleh Wak Samin, kerana kedudukan pondok itu tidaklah jauh sangat. Cahaya samar-samar di pinggir hutan itu masih jelas boleh nampak dari jarak yang tidak berapa jauh. Tok Aji hanya tersenyum melihat kehebatan kawannya, tidaklah terperanjat seperti Pak Kidam. Malah Pak Kidam sendiri terasa gementar apabila Wak Samin menampar muka harimau itu.

Harimau itu merungut-rungut, tetapi tidak mengaum kuat. Air liurnya meleleh-leleh keluar. Jalit yang tercegat di bawah pokok tempat mereka membuat pondok terkencing dalam seluar kerana terlalu takut. Dia melihat sendiri harimau sebesar lembu itu tercegat di depan adik iparnya. Kemudian adik iparnya menampar beberapa kali ke muka harimau itu, tetapi sedikit pun harimau itu tidak melawan.

Beberapa minit kemudian tidak kedengaran lagi rungutan harimau. Wak Samin berpaling ke belakang dan berjalan mendapatkan abang iparnya Jalit yang terketar-ketar ketakutan. Apabila dia meninggalkan harimau berkenaan, tiba-tiba saja tubuh harimau itu berdebap jatuh.

Barulah semua orang di atas pokok turun ke tanah. Mereka memeriksa harimau itu sama ada sudah mati atau masih hidup. Sebenarnya tidak siapa pun berani mendekati harimau itu apabila turun dari pokok. Hanya setelah Tok Aji merapati harimau tersebut sambil menyepak-nyepak punggungnya, barulah orang lain berani.

Setelah diperiksa didapati muka harimau lekuk seperti disinggahi pukulan yang terlalu kuar lagi berat berpikul-pikul. Harimau itu sudah mati terbujur dengan tulang mukanya remuk. Kalau diamat-amati bekas penampar Wak Samin yang singgah ke muka harimau itu seolah-olah bekas diterjah kayu balak yang besar.

BERSAMBUNG...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
164 viewsAmir Ahmad, edited  15:32
Open / Comment
2022-05-27 18:32:36 Kerana mahu melupakan kisah-kisah di Sumatera inilah dia sanggup mengembara jauh. Dia hanya mahu menyerahkan diri semata-mata kepada Allah. Ilmu-ilmu kebatinan yang berlawanan dengan ajaran Islam, mahu dibuang jauh-jauh dari ingatannya.

Rupa-rupanya orang-orang di Semenanjung ketika itu apabila berkahwin dengan orang-orang dari Sumatera, bimbang kalau berkahwin dengan orang-orang dari Jambi. Cerita ini merebak dari satu telinga sehingga mereka benar-benar takut kepada orang-orang Jambi.

“Mereka takut harimau kerinci…” ujar Tok Aji ketawa geli hati dengan nasib yang menimpa kawannya Wak Samin.

Bagaimanapun Tok Aji dapat meyakinkan Lisun bahawa cerita-cerita mengenai harimau kerinci, harimau cinaku atau harimau jadian itu hanya reka-rekaan saja bagi menakutkan orang-orang Semenanjung dengan orang-orang Jambi.

Ketika ini ramai orang-orang Semenanjung mengambil menantu dari mereka yang datang dari Sumatera kerana dipercaya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Untuk menyedarkan orang-orang seperti inilah ditimbulkan cerita-cerita seperti ini.

Lisun pula tidaklah mengesyaki apa-apa lagi terhadap suaminya, malah dia semakin kasih akan Wak Samin. Dia sama-sama membantu Wak Samin pergi menoreh getah atau mengait kelapa.

Satu ketika orang-orang di kampung itu diganggu oleh harimau yang membaham kambing-kambing ternakan. Mereka takut dengan gangguan itu, kerana setiap masa ada saja mangsanya. Beberapa kali dibuat perangkap tetapi mereka tidak berjaya membunuh harimau tersebut.

Akhirnya lembu ketua kampung sendiri dilarikan oleh harimau. Lembu jantan itu kesayangan ketua kampung Pak Kidam. Oleh itu Pak Kidam sanggup membayar sampai seratus ringgit kepada sesiapa yang sanggup membunuh harimau berkenaan. Pak Kidam sendiri mengajak beberapa orang kampung mengikut jejak harimau itu masuh ke hutan dengan mengesan titisan darah lembu yang menjadi mangsanya.

Di antara yang sama mengikut itu termasuklah Tok Aji dan Wak Samin sendiri. Sebagai orang dagang mereka terpaksalah mengambil hati ketua kampung supaya tidak dipandang serong. Mereka berdua sama-sama mengesan jejak harimau melarikan lembu itu.

Mereka sampai juga kepada bangkai lembu yang sudah habis sebelah pahanya ditinggalkan pada sebatang pokok. Pak Kidam pun menyuruh membuat pondok di atas pokok bagi menunggu kedatangan harimau mengulangi lagi bangkai lembu berkenaan. Pak Kidam menunggu pada sasaran yang senang dia membedil dengan senapangnya. Seolah-olah dia betul-betul berdendam dengan binatang tersebut.

Tok Aji sengaja memilih pondok tempat Pak Kidam menunggu dengan senapangnya. Sementara Wak Samin menunggu pada pokok yang satu lagi bersetentang dengan pondok Pak Kidam.

Lama juga mereka menunggu sehingga hari malam, tetapi harimau itu tidak juga datang mengulangi mangsanya. Mereka tahu lambat laun harimau itu akan datang juga semula. Disebabkan terlalu lama menunggu, salah seorang yang bertahan di pondok Wak Samin iaitu Jalit abang iparnya sendiri, terasa mahu buang air kecil.

Dia malu mahu buang air dari atas pokok itu saja, maka terpaksalah dia turun ke tanah. Ketika dia turun inilah Pak Kidam ternampak dua biji mata mara ke situ. Pak Kidam cepat-cepat menyuruh Jalit naik segera ke pondoknya, tetapi belum sempat Jalit naik semula ke pondok, harimau itu sudah hampir benar.

Serba salah Pak Kidam mahu menembak. Kalau tembakannya tidak tepat harimau itu pasti akan menerkam Jalit. Harimau terluka tentu lebih ganas apabila ternampak mangsa.

Disebabkan harimau sudah terlalu dekat, sedangkan Jalit masih belum naik ke atas pondok tempat bertahan, maka Wak Samin pun terjun ke tanah mahu menyelamatkan abang iparnya iaitu abang Lisun. Sebaik saja harimau itu mahu menerkam, Jalit nampak Wak Samin menekan ibu jari kakinya ke tanah menyebabkan harimau itu tidak dapat menerkam.

“Kau nak tunjuk kuat ye!” herdik Wak Samin.
107 viewsAmir Ahmad, 15:32
Open / Comment
2022-05-27 18:32:35 #KoleksiTokAwangNgah

HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI

(Bab 13 bahagian 1)

Tergelak besar Wak Samin bila saya tanyakan kepadanya mengenai harimau cinaku atau harimau jadian. Bagi mereka di Sumatera terutama di daerah Jambi kisah harimau cinaku ini perkara biasa saja kepada mereka, tetapi bagi orang-orang di Semenanjung mendengarnya sebagai cerita tahyol saja. Sebab itu Wak Samin tergelak besar, kerana pada sangkaannya saya hanya mahu bertanya disebabkan merasakan cerita tersebut sebagai tahyol saja.

Kebanyakan harimau cinaku ini boleh mencuri kerbau dan lembu orang-orang kampong. Mereka boleh menghilangkan diri dalam sekelip mata saja. Ada juga orang mengatakan bahawa harimau cinaku ini hanya kepalanya saja bertukar menjadi harimau, sementara batang tubuhnya kekal sebagai manusia.

“Wak tak dengar cerita macam tu” beritahu Wak Samin apabila saya tanyakan mengenai cerita harimau cinaku yang kepalanya bertukar menjadi harimau sedangkan batang tubuhnya masih kekal seperti manusia biasa.

“Setahu Wak, harimau cinaku ini berubah menjadi harimau seluruh batang tubuhnya” jelasnya lagi.

“Harimau cinaku ni banyak di Jambi ye Wak?” saya cuba menduga.

“Kebetulan saja” ujarnya perlahan.

“Dulu, orang kata orang-orang Jambi yang jadi harimau cinaku” katanya tersengih-sengih macam gelihati dengan tuduhan tersebut.

“Adakah Tok Malim Udoh tu menuntut ilmu harimau cinaku?” tanya saya selanjutnya.

Dia menggelengkan kepala. Malah Wak Samin tidak mahu langsung menyebut kisah Tok Malim Udoh, sekadar dia memberitahu mengapa dia datang ke Tanah Melayu ini. Kalaulah tidak berlaku peristiwa yang menimpa gurunya, memang dia tidak akan meninggalkan kampung halamannya merantau sedemikian jauh.

Sebelum datang ke Endau, Wak Samin pernah juga berkahwin dengan seorang janda di Kota Tinggi. Perkahwinan itu tidak lama kerana isterinya lari meninggalkan dia. Disebabkan malu dengan peristiwa isterinya meninggalkannya itu Wak Samin lari membawa diri ke Endau. Demikian Tok Aji memberitahu saya mengenani kawannya Wak Samin yang sama-sama menumpang kapal barang dari Dumai menyeberang ke Tanah Melayu dan naik di Johor.

Sementara berkahwin dengan janda di Kota Tinggi itu, Tok Aji ikut sama jadi pengapit Wak Samin. Ketika ini Tok Aji juga berkahwin di Kota Tinggi dan sudah mendapat seorang anak lelaki.

Pada malam pertama hari perkahwinannya itu, janda tersebut Lisun terkejut kerana Wak Samin tidur bersener kuat. Bunyi senarnya seolah-olah seperti harimau mendengkur. Kerana was-was dengan suaminya yang datang berdagang ke situ, Lisun bertanya dari mana kampung halaman Wak Samin.

“Abang dari Palembang, tetapi menetap di Bukit Tinggi” dia menjelaskan kepada isterinya.

“Abang bukan dari Jambi?” tanya Lisun lagi.

“Tidak…” beritahu Wak Samin keheranan. Hatinya mula tertanya-tanya sama ada isterinya menduga yang bukan-bukan terhadap dirinya.

“Lisun, syak yang tak baik terhadap diri abang?” soalnya macam rasa tersinggung.

“Saya hanya nak tau, kerana orang kata orang Jambi suka jadi harimau” jelas Lisun secara jujur.

Memang dia pernah mendengar dari orang tua-tua mengenai kesukaan orang-orang Jambi mempelajari ilmu kebatinan menjelma menjadi harimau. Kebanyakan mereka pula menyalahgunakan kepandaian tersebut, dengan melakukan rompakan dan mencuri harta benda.

“Bukan semua orang Jambi begitu” Wak Samin menerangkan kepada isterinya.

Segala kebimbangan isterinya itu diceritakan oleh Wak Samin kepada Tok Aji. Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan dia supaya bersabar saja, kerana niat baik tentu dibalas dengan baik juga.

Wak Samin sudah melupakan ilmu-ilmu kebatinan yang dituntutnya selama di Sumatera dulu. Sebab itu dia lebih suka orang memanggilnya Wak Samin saja kerana panggilan Wak itu biasanya digunakan kepada orang-orang dari Tanah Jawa saja. Kalau orang-orang dari Sumatera biasanya dipanggil ‘Pak Tua’ sebagai menghormati orang yang lebih tua.
100 viewsAmir Ahmad, edited  15:32
Open / Comment
2022-05-27 11:34:51 PPE TAIKO LIST Jumaat
Be my guests. Just click and join.
=========================


''aku TAK PEDULI apa yang orang cakap.''
~ @LantakAhh

''English QUOTES only.''
~ @OhMyQuotes

''kisah SERAM tamar jalis bersama atuknya.''
~ @BercakapDenganJin

''TIPS dan pelbagai PETUA.''
~ @GayaSihatCantik

"Segala jenis LAWAK yang menghiburkan.''
~ @GifLawak

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

all tumblr wallpaper is here
~ @fwallpapers


NOTA : Stay list 24jam

=========================
provided by @PPEpromoter_bot
133 viewsPromot TAIKO Jumaat, 08:34
Open / Comment