Get Mystery Box with random crypto!

🔥KONGSI ILMU BISNES🔥

Logo of telegram channel herobisnes2021 — 🔥KONGSI ILMU BISNES🔥 K
Logo of telegram channel herobisnes2021 — 🔥KONGSI ILMU BISNES🔥
Channel address: @herobisnes2021
Categories: Advices
Language: English
Subscribers: 275
Description from channel

Assalamualaikum Warrahmahtullahi Wabarakaatuh❤
Perkongsian tips & trik jana income sampingan online.
Kata2 motivasi & nasihat bermanfaat.
Semoga anda kaya & berjaya dunia akhirat.
Aamiin...Aamiin...Aamiin ya rabbal alamin
AlFatihah dibaca buat semua❤

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 2

2021-09-03 06:08:06
[ AMALAN PEMBUKA REZEKI ]

 Solat awal waktu, lazimi solat duha, tahajud dan taubat.

 Bahagiakan ayah dan ibu.

 Selalu tolong orang terutama keluarga sendiri.

 Sedekah di waktu Subuh.

 Sentiasa beristighfar.

 Sentiasa bersalawat.

 Sentiasa memberi ilmu.

 Sentiasa senyum dan tenang.

 Selalu membantu orang.

 Selalu memberi manfaat kepada orang.

 Sentiasa bersyukur.

 Niat cari rezeki kerana Allah.

 Amalkan membaca surah Al-Waqiah.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari .
16 views03:08
Open / Comment
2021-09-01 14:18:26 3 Tips Booster Sale Untuk Newbies


1) TESTIMONI

Gunakan gambar testimoni yang original dari pelanggan anda, tunjukkan testimoni ini di platform yang anda gunakan untuk meningkatkan lagi trust prospek terhadap produk anda.

Selepas beberapa hari pelanggan membeli, anda wajib ambil testimoni pelanggan dan dengan testimoni ini anda boleh highlight kan pada orang ramai tentang keberkesanan produk anda.


2) GAMBAR

Cara untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang pada produk anda, adalah dengan mengubah gambar-gambar amatur kepada profesional.

Jika tidak pandai, upah lah orang untuk ambilkan gambar yang lebih profesional supaya produk anda ada kredibiliti tersendiri.


3) HADIAH

Anda boleh sediakan hadiah untuk prospek anda supaya mereka lebih mudah membeli, tetapi hadiah mestilah sesuatu yang ada "Value" yang tinggi pada prospek.

Contoh anda menjual baju baby, tawarkan hadiah botol susu atau stokin baby pada prospek supaya mereka rasa nak membeli untuk dapatkan hadiah yang ditawarkan sekali.

Dengan hadiah dan bonus yang ditawarkan bersama produk, keinginan prospek untuk membeli akan meningkat.

_________________________

*Jangan gunakan testimoni yang tipu ya, kita nak cari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga.

*Kalau takde bajet lagi untuk upah orang, anda edit lah sendiri gambar produk anda. Alaaa tengok youtube jee.

*Hadiah jangan mahal dari harga produk ya, nanti anda yang rugi, kita berniaga nak ada untung. Anda sendiri yang tahu berapa rugi berapa untung, So kira sendiri untuk bajet hadiah ni, tak mampu jangan buat lagi.



Moga bermanfaat !


Share pada rakan2 bisnes anda, Kita belajar sama-sama berjaya sama-sama okay.

@HeroBisnes2021
27 views11:18
Open / Comment
2021-08-31 06:55:05 NAK SALES MENCANAK NAIK?

1. Mulai hari ni, kena post 1 iklan setiap waktu peak period ni

8am : 1 iklan
8.30am : 1 iklan
9.00am : 1 iklan
10.30am : 1 iklan
12.00pm: 1 iklan
1pm : 1 iklan
2pm : 1 iklan
4pm : 1 iklan
6pm : 1 iklan
9pm : 1 iklan
10pm : 1 iklan

Kena upload at least 8 iklan sehari ikut masa2 kat atas ni.

Bagi yang bekerja, korang xde masa sangat kan?
Upload laaa ikut masa yang korang free tapi make sure 8x sehari.

Apa nak upload dalam sehari tu?
1: kebaikan/kelebihan produk/cara guna produk
2: testimoni produk
3 : gambar postage/stok

Task yang ni, memang kena konsisten buat dalam masa 2 minggu berturut2 xboleh skip. . sebelum kita dapat customer, kedai kita kena cun dan lengkap dengan info dulu.
Baru orang yakin nak beli dengan kita.

https://t.me/HeroBisnes2021
32 views03:55
Open / Comment
2021-08-30 14:32:13 Hai nak belajar automasi bisnes tak?

Saya harap anda semua memahami apa yg di sampai kan oleh saya ( founder Gorilla auto bisnes )

Anda semua nak sales masuk? Nak ramai pembeli nampak bisnes anda atau senang ckp anda semua nak cari Pelanggan dengan lebih targeted audience?

Yes.. Anda semua tak salah pilih

Apa yg menarik di dalam Gorilla Automation Viral ini?

Anda selalu beriklan secara manual ya Gorilla auto dapat bantu anda konsisten iklan setiap hari di platform ( telegram & whatsApp 24 jam sekali settings je tau & paling best pakai handphone je

Kedua Gorilla auto? Ada tools menarik yg sangat powerful, whatsApp blaster. Iaitu anda boleh cari Pelanggan mengikut targeted anda, boleh scraper contact, auto save & auto BLAST UNLIMITED MESEJ

ketiga? Nak tau tak apa lagi menarik & sy sangat rekemen untuk anda semua... Telegram sekarang dah jadi trading peniaga online berniaga?

Iaitu tools auto adder member unlimited di telegram group

Paling best anda boleh cri Pelanggan atau dropship Dari group pesaing ke group anda sendiri & boleh hard sales atau cri agent-agent yg mahir berniaga

Sehari 5 ribu dropship power ² pun boleh dapat tau

Tapi syg nya anda semua tak try lagi Gorilla auto ni, banyak ilmu, tools & trick marketing di ajar, insya allah sales naik lepas guna tools serta trick ilmu yg di kongsikan

Apa tunggu lagi jom cuba Skrg ada PROMOSI 30%

https://bit.ly/3wRvKM7
https://bit.ly/3wRvKM7
29 views11:32
Open / Comment
2021-08-29 08:42:28 Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30.

50% #Fakta.
20% #Emosi.
30% #ImpakPositif.

Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting.

Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas.

Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja.

*

Contoh ayat fakta di media sosial:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu.

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion.

Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting.

*

Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul.

Contoh ayat yang ditambah emosi:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey!

Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus.

*

Impak postif pula, ia mesti:

- apabila orang baca, orang faham. Atau,
- apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau
- apabila orang baca, orang boleh beli terus.

Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis:

Jika kalian nak bermula,

Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian.

Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa.

Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai.

Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang.

(Sampai habis step).

*

Itu antara mudahnya menulis menggunakan content.

Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja.

Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM.
34 views05:42
Open / Comment