Get Mystery Box with random crypto!

MyCARE 🇲🇾

Logo of telegram channel mycare — MyCARE 🇲🇾 M
Logo of telegram channel mycare — MyCARE 🇲🇾
Channel address: @mycare
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.48K
Description from channel

Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.
MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.
mycare.org.my
fb.me/mycarehq

Ratings & Reviews

1.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


The latest Messages 6

2022-05-08 05:13:52 Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Rose2Rose dengan sukacitanya melancarkan Rose2Rose Motherhood Month (R2RMM)

Bersempena dengan hari ibu yang jatuh pada 8 Mei hari ini, Rose2Rose ingin mengajak rakyat Malaysia, untuk sama-sama menyayangi, menghormati, menghargai serta berbakti kepada para ibu. Rose2Rose mengangkat bulan Mei sebagai bulan keibuan, R2RMM.

Antara objektif R2RMM ini adalah untuk:
1) Mengiktiraf pengorbanan dan ketabahan seorang ibu.

2) Menunjukkan rasa sayang, prihatin dan penghargaan kepada ibu

3) Memberikan ketenangan di hati dan fikiran ibu-dengan menjadi anak yang baik serta bermanfaat dengan menabur bakti kepada orang sekeliling.

4) Membantah segala bentuk penindasan, penderaan fizikal, seksual dan mental terhadap ibu diseluruh dunia.

Marilah bersama-sama kami Rose2Rose meraikan ibu tidak kira sama ada ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat kerana setiap seorang ibu memiliki pengorbanannya yang tersendiri.

#ciumpelukibu
#terimakasihibu
#rose2rosemotherhoodmonth
507 views02:13
Open / Comment
2022-05-02 13:33:18
Perutusan Khas Aidilfitri 2022 dari Pengerusi MyCARE, Dr. Hafidzi Mohd Noor.

Pihak MyCARE mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang yang menjayakan kempen MyRamadan 2022.

Semoga kita semua dikurniakan umur untuk bertemu Ramadan di tahun yang mendatang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

#raya #eid #syawal
429 views10:33
Open / Comment
2022-05-01 15:41:43
Eidul Fitr preparations in Gaza. Despite the suffering, people struggle to be happy.

Happy Eidul Fitr to our Malaysian friends.

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum!
711 views12:41
Open / Comment
2022-05-01 15:09:08
Laungan takbir hadirnya Syawal,
Rai kemenangan pohon kemaafan,
Ibadah Ramadan dijadikan bekal,
Nikmat dikongsi cipta kegembiraan.

Dengan ingatan tulus ikhlas, pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta agensi-agensi dibawahnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.

JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang telah menjayakan kempen MyRamadan 2022.

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum!

#MyCARE #AqsaSyarif #Rose2Rose #i4Syria #NusantaraCare #SalamIraq

#Syawal #MyRamadan #Raya #Aidilfitri2022
2.3K views12:09
Open / Comment
2022-04-30 10:18:10 Cadangan Teks Khutbah Raya 2022 oleh Pengerusi MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor.

Ayuh kita ambil intipati teks ini dan beri perhatian kepada perkembangan di Masjid al Aqsa, masjid ketiga paling mulia dan kiblat pertama yang sedang diancam musuh.

Semoga bermanfaat.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."
307 views07:18
Open / Comment
2022-04-30 09:26:42
MyCARE Agih 1200 Helai Baju Raya di Seluruh Malaysia

Sudah 2 tahun tak beraya macam biasa,
Covid 19 melanda, Bencana menerpa,
Ada kurang pendatan, Ada dibuang kerja,
Berjimat cermat lalui hari seterusnya,
Ramadan dan Syawal dilalui seadanya,
Dapat BAJU RAYA, SYUKUR terasa.

Terima kasih para DERMAWAN.

Melalui projek tajaan "BAJU RAYA untuk ANAK YATIM & ASNAF”, MyCARE berjaya menyampaikan sumbangan kepada 1200 penerima di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah.

Agihan telah dilaksanakan oleh sekretariat negeri secara bekerjasama dengan organisasi di negeri seperti IKRAM, RDC, Masjid-masjid serta komuniti setempat.

Semoga anak-anak yatim dan asnaf ini juga dapat merasai nikmat kegembiraan menggayakan sepasang BAJU RAYA di pagi Eidul Fitri yang mulia.

Sementara itu, MyCARE masih meneruskan usaha-usaha pengumpulan dana untuk Ramadan.

Salurkan sumbangan @ infaq para dermawan melalui :

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

#MyRamadan #Ramadan #MyCARE
264 views06:26
Open / Comment
2022-04-30 09:13:20 Tahniah Para Pemenang!

Tahniah para pemenang!
Anda memang kreatif!

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Video Screenmaster 2022 yang telah diadakan secara atas talian pada hari ini iaitu hari Sabtu 30 April 2022 bersamaan hari ke-28 bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan Video Screenmaster 2022 ini.

Dari puisi hinggalah kompilasi foto, nasyid dan video telah dijadikan bahan untuk menghasilkan video kreatif masing-masing berdasarkan tema dan peraturan yang diberikan oleh penganjur.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan ringkas dan saranan oleh CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Bin Shaharul Anwar yang menekankan betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia membantu membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada genggaman Zionis bersama rakyat Palestin walapun kita berada jauh dengan menggunakan pelbagai cara termasuk penghasilan video seperti pertandingan ini.

Seperti yang kita maklum, salah satu cara membantu usaha tersebut adalah dengan menyantuni anak-anak yatim dan keluarga asnaf Palestine.

Pengurus Besar MyCARE, Puan Roha Hassan pula mengucapkan salam ukhuwwah dan tahniah kepada para peserta dan berharap dapat terus bekerjasama dari masa ke semasa.

Selanjutnya, dikongsikan Video Pemenang PERTAMA pertandingan Video Screenmaster ini.





Bagi menyaksikan video-video kreatif lain yang dihasilkan oleh para peserta, anda boleh menekan link yang kami kongsikan di bawah:-

https://youtube.com/playlist?list=PLHVDYbDxmdvcr8q7UeiDK89pdC3rFQXrA

"Nurturing Humanity, Making a Difference."
185 viewsedited  06:13
Open / Comment
2022-04-30 09:13:18
159 views06:13
Open / Comment