Get Mystery Box with random crypto!

Nasihat (Dakwah Sunnah)

Logo of telegram channel nasihat_diri — Nasihat (Dakwah Sunnah) N
Logo of telegram channel nasihat_diri — Nasihat (Dakwah Sunnah)
Channel address: @nasihat_diri
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 3.45K
Description from channel

Himpunan Ilmu (sunnah) Dan Hadits Shahih Untuk Keinsafan Diri

Ratings & Reviews

1.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


The latest Messages 8

2022-06-12 06:49:11 BANYAKKANLAH BERLINDUNG DARI NERAKA DAN MEMOHON JANNAH KEPADA ALLAH

((ما استجار عبد من النار سبع مرات في يوم إلا قالت النار:

يا رب إن عبدك فلانًا قد استجارك مني فأجره.

ولا يسأل الله عبد الجنة في يوم سبع مرات إلا قالت الجنة:

يا رب إن عبدك فلانًا سألني فأدخله الجنة.))

الصحيحة: ٢٥٠٦

❝Tidaklah seorang hamba berlindung dari neraka tujuh kali dalam sehari, kecuali NERAKA berkata,
"Ya Rabb, sesungguhnya hamba-Mu fulan telah berlindung kepada-Mu dariku, maka lindungilah dia."

Dan tidaklah seorang hamba memohon syurga kepada Allah dalam sehari sebanyak tujuh kali, kecuali SYURGA berkata,
"Ya Rabb, sesungguhnya hamba-Mu fulan telah memintaku, maka masukkanlah dia ke dalam syurga."❞

Ash-Shahihah: 2506

Diterjemahkan oleh Al-Ustadzah Ummu Abdillah bintu Ali Bahmid hafizhahallah

@nasihat_diri
152 viewsdurrah, 03:49
Open / Comment
2022-06-12 06:46:48 *REMINDER PUASA SUNNAH AYYAMUL BIDH*

*JADUAL PUASA AYYAMUL BIDH 13, 14, 15 DZULQO'DAH 1443 H*

إ ن شاءاللّٰه

ISNIN , 13 Dzulqo'dah 1443 H [ 13 Jun 2022 ]

SELASA , 14 Dzulqo'dah 1443 H [ 14 Jun 2022 ]

RABU, 15 Dzul'qo'dah 1443 H [ 15 Jun 2022 ]


Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

" Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun ."
(HR. Bukhari No: 1979)

Note :
Niat puasa sunnah *boleh* digabung dengan puasa sunnah lainnya, contoh berpuasa Ayyamul Bidh boleh digabungkan sekaligus dengan Isnin-Khamis
Niat puasa Sunnah *tidak boleh* digabungkan dengan puasa Qadha Ramadhan.

@nasihat_diri
169 viewsdurrah, 03:46
Open / Comment
2022-06-11 06:01:03
169 viewsdurrah, 03:01
Open / Comment
2022-06-11 05:56:22
175 viewsdurrah, 02:56
Open / Comment
2022-06-11 05:56:13
157 viewsdurrah, 02:56
Open / Comment
2022-06-11 05:52:41
143 viewsdurrah, 02:52
Open / Comment
2022-06-11 05:52:33 *INDAHNYA TAGHOFUL*

TAGHOFUL ertinya : melupakan kesalahan saudara kita dan tidak mengingat-ingatnya.

Ia adalah akhlak yang mulia..

Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata, “Taghoful adalah akhlak orang-orang yang mulia..”

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:

ﻣﺎ ﻳﺰﺍﻝ ﺍﻟﺘﻐﺎﻓﻞ ﻋﻦ ﺍﻟﺰﻻﺕ ﻣﻦ ﺃﺭﻗﻰ ﺷﻴﻢ ﺍﻟﻜﺮﺍﻡ
ﻓﺈﻥ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻣﺠﺒﻠﻮﻥ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺰﻻﻥ ﻭﺍﻷﺧﻄﺎﺀ ﻓﺈﻥ ﺍﻫﺘﻢ ﺍﻟﻤﺮﺀ ﺑﻜﻞ ﺯﻟﺔ ﻭﺧﻄﻴﺌﺔ ﺗﻌﺐ ﻭﺃﺗﻌﺐ ﻏﻴﺮﻩ ﻭﺍﻟﻌﺎﻗﻞ ﺍﻟﺬﻛﻲ ﻣﻦ ﻻ ﻳﺪﻗﻖ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺻﻐﻴﺮﺓ ﻭﻛﺒﻴﺮﺓ ﻣﻊ ﺃﻫﻠﻪ
ﻭﺃﺣﺒﺎﺑﻪ ﻭﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺟﺮﺍﻧﻪ ﻭﻟﻬﺬﺍ ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ : ﺗﺴﻌﺔ
ﺃﻋﺸﺎﺭ ﺣﺴﻦ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﻓﻲ ﺍﻟﺘﻐﺎﻓﻞ.

“Melupakan kesalahan orang lain adalah sifat orang-orang mulia. Kerana manusia tak ada yang lepas dari kesalahan dan dosa.

Apabila seseorang selalu memerhatikan setiap kesalahan orang lain, ia akan lelah/letih dan membuat orang lain lelah.

Orang yang berakal dan cerdas adalah orang yang tidak menghitung-hitung kesalahan saudaranya, tetangganya, temannya dan keluarganya.

Oleh kerana itu Imam Ahmad berkata, “Sembilan persepuluh akhlak yang baik ada pada taghoful..”

(Tahdzibul Kamal 19/230).

Bila kita cinta mungkin amat mudah kita melupakan kesalahannya..

Tetapi ketika kita benci..
Kesalahan kecil padanya nampak jelas di mata kita..

Allahul Musta’an..

Ditulis oleh,
Ustadz Abu Yahya Badrusalam Lc, حفظه الله تعالى

@nasihat_diri
149 viewsdurrah, 02:52
Open / Comment
2022-06-11 02:17:41 ENAM MUHASABAH

Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah ketika menyebutkan macam-macam muhasabah berkata,

محاسبتها على طاعة قصرت فيها من حق الله تعالى فلم توقعها على الوجه الذي ينبغي ، وحق الله في الطاعة ستة أمور :
– الإخلاص في العمل .
– ا لنصيحة لله فيه .
– متابعة الرسول – صلى الله عليه وسلم – .
– شهود مشهد الإحسان .
– شهود منة الله .
– شهود تقصيره فيه بعد ذلك كله .

“Me-muhasabah kekurangan yang ada pada ketaatan dalam hak Allah yang ia lakukan dengan cara yang tidak patut.

Kerana hak Allah dalam setiap ketaatan itu ada enam:

1. Ikhlas dalam beramal.

2. Nasihat Allah padanya (dengan meluruskan amal sesuai dengan keinginan-Nya).

3. Mengikuti tuntunan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi Wasallam.

4. Berbuat ihsan dalam amal (dengan melakukannya sebaik baiknya).

5. Menyaksikan nikmat Allah padanya. (Kerana Allah lah yang telah menunjuki dan memberinya kekuatan untuk beramal)

6. Memeriksa kekurangan yang ada pada amal tsb dan dirinya setelah itu.

(Ighotsatulahafan 1/83)

Maka setiap kita selalu memeriksa apakah telah melaksanakan enam hak itu pada amalan kita..

Adakah kekurangan padanya untuk kemudian kita perbaiki..

Ditulis oleh,
Ustadz Abu Yahya Badrusalam Lc, حفظه الله تعالى

@nasihat_diri
173 viewsdurrah, 23:17
Open / Comment